Alternatif Nak Dapatkan Dana yang Berkesan

Bagi sesebuah kumpulan atau individu yang mahu jalankan sebuah projek kemanusiaan mahupun apa-apa projek sekalipun  pasti mereka akan berhadapan dengan dana yang tidak mencukupi. Di sini kami akan berkongsikan beberapa langkah alternatif dalam pengumpulan dana yang mungkin anda boleh jalankan bagi projek anda.

Alternatif 1:Tabung Sumbangan

Tabung sumbangan boleh dibuat dalam bentuk edaran ataupun statik di sesebuah tempat. Pengumpulan dana cara ini boleh dijalankan di masjid, kedai, sesebuah event mahupun pelbagai tempat. Walaupun ia mengambil masa dan tenaga untuk membuat edaran tabung sumbangan, akan tetapi tabung sumbangan tersebut serba sedikit dapat membantu dalam pengumpulan dana bagi projek yang anda mahu jalankan.

Alternatif 2: Penjanaan Syarikat

Untuk permohonan sponsor pula, anda boleh membuat pengumpulan dana dengan menghantar surat ataupun email ke mana-mana institusi syarikat. Akan tetapi terdapat beberapa prosedur yang perlu dilaksanakan bagi mendapatkan dana yang dibutuhkan. Selain itu, anda juga mestilah mempunyai sebuah projek yang gempak bagi menarik minat syarikat tersebut untuk menaja projek anda. Jika anda berpeluang untuk mendapatkan sponsor syarikat, anda berkemungkinan tidak perlu lagi untuk mengeluarkan duit yang banyak untuk menjalankan projek yang hendak dijalankan.

Alternatif 3: Program/Aktiviti yang Boleh Membawa Pulangan

Selain itu, anda juga boleh jalankan aktiviti atau program  yang boleh membawa pulangan semula kepada anda dalam pengumpulan dana. Contoh aktiviti-aktiviti yang boleh membawa pulangan semula adalah seperti jualan, persembahan, festival dan sebagainya. Bagi menarik minat dan pengetahuan orang ramai untuk menyertai program anda, kami mencadangkan untuk membuat aktiviti tersebut dalam konsep sumbangan agar dapat memberi maklumat kepada peserta menyertai aktiviti anda. Hal ini secara tidak langsung, aktiviti tersebut dapat memberi sumbangan dalam pengumpulan dana projek anda.

Alternatif 4: Crowdfunding

Pengumpulan dana yang paling mudah dan berkesan adalah dengan menggunakan crowdfunding. Kenapa kami berkata begitu? Hal ini kerana semuanya dalam satu platform di mana tabung sumbangan boleh diviralkan di media sosial. Memandangkan zaman kini maju dengan teknologi di mana semua meluangkan masa di media sosial, kenapa tidak anda mengambil peluang tersebut dengan share kepada rakan-rakan anda akan projek yang hendak dijalankan d media sosial. Malahan, orang yang mahu menderma juga mudah untuk menyalurkan dana di laman web crowdfunding tersebut. Anda boleh cuba jalankan pengumpulan dana secara crowdfunding di sini.

Pengumpulan dana sosial yang terbaik

Bagi sesebuah kumpulan atau individu yang mahu menjalankan pengumpulan dana sosial bagi menjalankan projek kemasyarakatan dan kemanusiaan, kenapa anda tidak menjalankan pengumpulan dana melalui crowdfunding yang telah disediakan di Airtripp Funding sahaja?

Terdapat  sebuah badan pertubuhan, organisasi mahupun individu yang mempunyai matlamat mereka tersendiri seperti membantu masyarakat yang kurang berkemampuan, perlindungan haiwan yang teraniaya, pembianaan kapasiti masyarakat setempat yang susah dan sebagainya.

Target jumlah dana yang diperlukan oleh sesebuah kumpulan atau individu untuk menjalan kempen tersebut pasti memerlukan jumlah dana yang banyak. Jadi, mereka memerlukan sokongan dan sumbangan orang ramai untuk menjalankan projek mereka. Crowdfunding ini memudahkan sesebuah kumpulan atau individu untuk membuat pengumpulan dana secara online. Tambahan pula, pengumpulan dana di platform  Airtripp Funding ini memudahkan sesebuah kumpulan atau individu untuk menderma, berkongsi kempen untuk diderma, malah memberi kesedaran kepada orang ramai akan kehidupan dunia realiti yang terjadi.

Antara contoh kempen bagi pengumpulan dana sosial yang telah berjaya dijalankan di Airtripp Funding ialah:

1. Pengumpulan dana “Networking Action for Disabled Youth”, NADY

Kempen ini telah dijalankan daripada sebuah badan organisasi dari Malaysia yang membantu golongan belia yang kurang upaya dengan mengasah bakat tersembunyi mereka dalam membuat kraftangan serta membantu dalam pemasaran produk mereka. Mereka telah menjalankan pengumpulan dana di Airtripp Funding ini untuk memberi sumbangan keperluan harian mereka seperti makanan, pakaian dan membantu perjalanan organisasi untuk mengurangkan beban golongan belia yang kurang upaya.
Lihat Projeknya di sini!

2. Pengumpulan dana sosial bagi membantu mangsa gempa bumi di Indonesia

Kempen ini telah dijalankan daripada seorang individu yang diberi nama Bagus dari Indonesia yang telah membuat pengumpulan dana di Airtripp Funding bagi membantu mangsa gempa bumi yang telah berlaku pada ogos lalu di Pulau Lombok. Hasil daripada kempen yang telah dijalankan olehnya  di Airtripp Funding, dia telah berjaya menyumbangkan keperluan asas kepada masyarakat setempat.
Lihat projeknya di sini!

3. Pengumpulan dana sosial bagi perlindungan golongan wanita

Kempen ini telah dijalankan dari sebuah organisasi daripada Singapura yang diberi nama “Her Future, Coalition” di mana mereka telah menggunakan hasil pengumpulan dana di Airtripp Funding tersebut untuk perlindungan, pendidikan dan pekerjaan kepada golongan wanita yang teraniaya.
Lihat projeknya di sini!

Menariknya pengumpulan dana di Airtripp Funding ini adalah setiap orang meliputi satu global dapat membantu bersama hanya di dalam satu platform. Anda boleh lihat di sini untuk menjalankan pengumpulan dana.

Jauhi Membuat Pinjaman Tuisyen Pengajian

Apabila ditanya mengenai kaedah bagaimana pelajar menyelesaikan yuran tuisyen pengajian mereka, Kebanyakannya menjawab, melalui biasiswa, meminta duit yuran tuisyen pengajian daripada ibu bapa mereka dan pinjaman pengajian.

Bagi pelajar yang  mendapat biasiswa, tahniah diucapkan kerana anda dikalangan pelajar cemerlang yang terpilih. Hendak mendapatkan biasiswa ini susah sekali. Jadi, gunakanlah sebaiknya. Bagi pelajar daripada keluarga yang berpendapatan tinggi, ia menjadi tiada masalah kepada pelajar tersebut kerana ada jaminan kewangan daripada ibu bapa mereka. Walaubagaimanapun, tidak lupa juga bagi pelajar yang berasal dari keluarga yang berpendapatan rendah, mereka masih boleh mendapatkan bantuan pengajian daripada mana-mana institusi yang menyediakan keperluan bantuan pengajian seperti zakat, yayasan dan sebagainya.

Tetapi, bagi pelajar yang tidak mendapat sebarang bantuan pendidikan, pilihan terakhir yang  pasti pelajar pilih ialah membuat pinjaman untuk membayar yuran tuisyen pengajian. Membuat pinjaman untuk membayar yuran tuisyen pengajian itu tidak  salah sama sekali, lagipun banyak sahaja skim pinjaman pengajian disediakan. Tetapi pelajar perlu diingatkan bahawa mereka perlu membayar yuran tuisyen pengajian mereka semula apabila mereka sudah mendapat pendapatan sendiri. Pada masa hadapan pasti mereka akan menghadapi situasi di mana rungsing memikirkan bagaimana untuk selesaikan skim pinjaman tuisyen pengajian yang terlalu banyak daripada hasil pendapatan kerja yang mereka perolehi. Adakah mereka mampu untuk selesaikan skim pinjaman pengajian mereka itu di masa hadapan dengan baik atau mereka akan diisytihar muflis. Kenapa tidak anda cuba alternatif lain selain daripada mengambil skim pinjaman pengajian  untuk membayar yuran tuisyen pengajian.

Hal ini kerana, terdapat alternatif lain yang dapat membantu pelajar menyelesaikan yuran tuisyen pengajian iaitu dengan hanya menggunakan crowdfunding di internet. Crowdfunding sahaja boleh membantu pelajar membiayai tuisyen pengajian. Apa tu crowdfunding? Di sini kami akan berkongsikan sedikit mengenai crowdfunding yang ramai rakyat Malaysia kurang diberi pendedahan sedangkan kaedah ini telah famous digunakan oleh orang ramai di negara luar. Crowdfunding ialah pengumpulan dana daripada seseorang individu atau sekumpulan dengan meminta bantuan untuk mencapai impian atau matlamat mereka kepada individu lain yang boleh dan mahu membantu mereka dengan hanya sekadar melalui internet.

Pendek kata, anda boleh mencuba crowdfunding dengan berkongsi matlamat anda iaitu menyelesaikan yuran tuisyen kepada orang ramai yang mungkin boleh membantu anda daripada memikirkan untuk mengambil pinjaman tuisyen pengajian yang akan menghantui bebanan hutang pada masa hadapan. Sekarang anda sudah tahu mengenai crowdfunding, di mana ia boleh digunakan untuk membantu pelajar menyelesaikan yuran tuisyen pengajian. Jadi, jangan lupa share kan artikel ini bersama rakan-rakan anda yang mungkin memperoleh manfaat daripadanya.

Jalan Penyelesaian bagi pelajar yang tidak mampu untuk membayar yuran tuisyen yang mahal

Semua ibu bapa mahukan yang terbaik buat anak-anak mereka, bukan? Pasti mereka mahu melihat anak-anak mereka berjaya dalam pembelajaran. Kini, pembelajaran di sekolah sahaja tidak mencukupi. Anak-anak memerlukan pendidikan sampingan selain di sekolah iaitu dengan penambahan dan pengukuhan ilmu di pusat tuisyen. Tetapi perkara yang menjadi masalah kini ialah apabila mendapati kadar yuran tuisyen yang terlalu mahal. Sehinggakan ibu bapa rungsing memikirkan bagaimana hendak selesaikan masalah anak-anak mereka untuk membayar yuran tuisyen yang mahal. Apa kata anda selesaikan yuran tuisyen yang mahal itu dengan hanya menggunakan crowdfunding!

“Crowdfunding bukan hanya untuk digunakan bagi pelajar yang mahu pergi luar negara sahaja ke?” Memang diakui bahawa ramai yang telah menggunakan crowdfunding ini untuk belajar ke luar negara, akan tetapi sebenarnya crowdfunding ini boleh digunakan dalam pelbagai projek. Salah satunya ialah crowdfunding ini  boleh digunakan untuk menyelesaikan yuran tuisyen yang mahal untuk anak-anak mahupun untuk orang yang tersayang.

Banyak sahaja platfrom yang memperkenalkan crowdfunding di internet. Di anatara  salah satunya ialah Airtripp Funding. Menariknya Airtripp Funding ini ialah ia merupakan salah satu platform yang menyediakan pengumpulan dana kepada orang ramai secara online dengan mudah. Anda boleh menjalankan kutipan bantuan dana untuk membayar tuisyen dengan berkongsikan projek crowdfunding ini  kepada orang ramai. Airtripp Funding ini bukan sahaja dapat memudahkan pengutipan dana kepada orang ramai secara online, akan tetapi ia juga sah dan diyakini digunakan di Malaysia. Apa tunggu lagi, anda boleh cuba menggunakan crowdfunding yang telah disediakan di Airtripp Funding. Mana lah tahu dengan crowdfunding ini dapat membantu menyelesaikan yuran tuisyen yang mahal untuk anak-anak serta ia juga dapat meringankan beban ibu bapa.

Jadikan PTPTN pilihan terakhir untuk membayar yuran pengajian Universiti

Sudah namanya pinjaman, peminjam haruslah membayarnya semula. Kebanyakan lepasan graduan pasti akan terjerut dengan bebanan hutang pinjaman PTPTN yang tinggi sehingga boleh tersenarai hitam kewangan kerana tidak bayar balik pinjaman PTPTN. Sebelum perkara ini terjadi kepada anda, kami akan memberikan pendedahan mengenai kaedah bagaimana untuk membayar yuran pengajian Universiti selain menggunakan pinjaman PTPTN.

Pinjaman PTPTN yang telah disenarai hitam sukar untuk membuat permohonan pinjaman bank

Walaupun kerajaan baru telah mengumumkan bahawa peminjam PTPTN yang telah disenarai hitam untuk ditahan imigresen ke luar negara dihapuskan, akan tetapi bagi peminjam PTPTN yang dikenakan CCRIS, mereka tetap akan mengahadapi kesukaran untuk membuat permohonan pinjaman bank. Mereka akan kekal dilabel dalam senarai hitam kewangan. Hal ini menyebabkan mereka akan menghadapi kesukaran untuk membuat pinjaman yang lain seperti  kereta, rumah dan sebagainya. Memang tidak diakui lagi bahawa perjalanan peminjam PTPTN ke luar negara tidak akan disekat kini walaupun tunggakan PTPTN masih banyak tidak dijelaskan. Akan tetapi permohonan untuk membuat pinjaman yang lain pada masa hadapan susah untuk dilakukan apabila nama peminjam telah disenarai hitam kewangan.

Kebanyakan Peminjam PTPTN tidak mampu untuk bayar balik

Bagaimana peminjam PTPTN ini hendak membayar balik jika mereka tidak mendapat sebarang pekerjaan. Hal ini kerana, lepasan graduan pasti akan mengalami masalah mendapatkan pekerjaan sebaik sahaja graduasi kerana peluang pekerjaan kini tidak banyak. Memang susah untuk mendapatkan pekerjaan. Ramai majikan yang mencari pekerja yang mempunyai pengalaman. Bukan itu sahaja, jika para graduan mendapat pekerjaan sekali pun, gaji permulaan yang mereka dapat agak rendah, gaji tersebut hanya sekadar cukup-cukup makan. Mungkin ada juga sebahagian peminjam PTPTN harus menanggung beban kaluarga dengan hasil gaji tersebut. Memang agak sukar untuk mereka hendak bayar balik duit pinjaman PTPTN tersebut. Walaupun diberi peringatan daripada bank untuk membayar balik duit pinjaman tersebut, mereka masih tidak mampu untuk membayar balik atas masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka.

Kaedah bayar balik Yuran pengajian Universiti selain membuat pinjaman PTPTN

Sebelum anda terjerut sama sekali seperti nasib peminjam di atas yang telah disenari hitam, mungkin anda boleh menggunakan kaedah lain yang dapat membantu anda melanjutkan pengajian ke tahap yang lebih tinggi. Pasti anda mahu mendapatkan ijazah dengan tenang tanpa memikirkan masalah kewangan bukan? Pasti juga anda mahu meneruskan pengajian tanpa memikirkan bebanan hutang yang akan dialami di masa hadapan, bukan? Antara salah satu solusi selain menggunakan pinjaman pendidikan PTPTN ialah, anda boleh mencuba crowdfunding! Bagi sesiapa yang kurang diberi pendedahan mengenai crowdfunding, ia merupakan pengumpulan dana daripada orang ramai secara online. Anda boleh menggunakan crowdfunding , di mana banyak platform yang telah disediakan secara online di internet bagi menyelesaikan masalah penjelasan yuran pengajian dan asrama di universiti.

Jangan lupa kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan anda di Facebook, Whatsapp, Instagram dan Twitter yang mungkin memperoleh manfaat daripadanya.