Sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelma tidak lama lagi, Kami daripada Airtripp Funding berbesar hati mengalu-alukan mana-mana badan pertubuhan organisasi (NGO), sekumpulan projek ataupun individu yang ingin mengkhabarkan usaha-usaha mereka semua ini kepada orang ramai sepanjang bulan Ramadhan yang akan datang seperti mengadakan misi bantuan kepada mereka yang memerlukan dalam bentuk makanan ruji, keperluan asas dan sebagainya.
Kami menyediakan platform untuk anda di mana anda semua boleh berkongsikan segala maklumat mengenai program yang hendak anda jalankan sepanjang bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi untuk dikongsikan kepada orang ramai. Dengan platform sedemikian dapat memberi kesedaran kepada orang ramai untuk memberikan sokongan serta sumbangan berbentuk dana melalui online yang boleh dijalankan di media sosial.
Jika anda mahu lebih mendalami lagi mengenai platform Airtripp Funding, anda boleh melawatnya di sini . Semoga segala projek yang hendak anda semua jalankan dipermudahkan urusan.
Apabila disebut sahaja mengenai pelajar, tidak kira lah dari pelajar universiti mana sekali pun, masalah utama yang mereka pasti akan hadapi adalah masalah kewangan. Mana tidaknya, bila dikatakan sebagai pelajar U, mereka masih belajar dan tidak mempunyai kewangan yang tetap di mana mereka tidak bekerja. Akan tetapi, mereka memerlukan kewangan yang terlalu banyak untuk menanggung yuran pengajian universiti, menjalankan projek penyelidikan dan sebagainya. Jadi, kami di sini akan share kepada anda mengenai crowdfunding yang boleh digunakan bagi para pelajar untuk mendapatkan dana.
1. Membayar Yuran Pengajian Universiti
Pasti anda sudah menggunakan pelabagai kaedah untuk mendapatkan duit membayar yuran pengajian U seperti bekerja part time, memohon biasiswa mahupun pinjaman dan sebagainya, dan ia masih tidak mencukupi untuk membayar yuran pengajian uni anda, bukan. Crowdfunding merupakan jalan penyelesaian bagi pelajar U untuk membayar yuran pengajian universiti seperti yang telah berjaya diajalanakan oleh Francisca dari Indonesia melalui crowdfunding di sini , gadis ini telah berjaya mengurangkan beban kewangan rakannya melalui crowdfunding untuk membayar yuran sekolah.
2. Belajar Ke Luar Negara
Tidak mustahil bagi sesiapa pun untuk melanjutkan pengajian mereka ke U luar negara. Sayang sama sekali bagi seorang pelajar U itu yang mempunyai bakat dan kemahiran yang tinggi akan tetapi masalah kewangan menjadi pemutus impiannya untuk menyambungkan pelajarannya ke universiti luar negara. Crowdfunding dapat membantu anda menampung perbelanjaan pembelajaran anda ke luar negara. Hal ini terbukti, di mana Carol, dari Singapura telah menggunakan crowdfunding untuk belajar ke Uni luar negara. Kini dia masih mempunyai 7 hari berbaki lagi dan anda juga berpeluang untuk membantu gadis ini mencapai cita-citanya untuk belajar ke U luar negara.
3. Projek Penyelidikan
Projek penyelidikan bagi para pelajar U sebegini sangat bagus bagi melahirkan generasi yang mempunyai pemikiran kritis, berpengetahuan luas serta menguasai dalam pelbagai aspek. Akan tetapi, proses penyelidikan bagi pelajar U sebegini memerlukan kos yang banyak. Pelajar universiti boleh cuba menggunakan crowdfunding dengan meminta sokongan dan bantuan orang ramai untuk mendapatkan perbelanjaan projek penyelidikan yang hendak dijalankan.
4. Program/Event
Crowdfunding juga boleh dijalankan bagi sekumpulan para pelajar uni yang mahu jalankan sesebuah program mahupun event universiti mereka seperti program kemanusiaan, program larian dan sebagainya.
Memandangkan zaman kini maju dengan perkembangan teknologi, kenapa tidak anda mengambil peluang tersebut dengan menggunakan crowdfunding ini untuk memperoleh dana bagi menanggung perbelanjaan universiti yang sudah anda tidak mampu lagi untuk dapatkan. Jadi, jangan lupa kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda yang mungkin memperoleh manfaat daripadanya.
Anda ada rasa keinginan yang mendalam nak pergi travel ke Korea? Mana tidaknya, dengan perkembangan teknologi penularan muzik dan drama korea menjadi minat orang ramai kini, gelombang industri Korea tersebar dan menjadi tarikan orang ramai di seluruh dunia. Jadi, kami akan share kepada anda apa yang menariknya Korea ini!
1. Makanan yang pelbagai dan menarik
Bagi peminat yang sukakan untuk menonton mukbang, iniliah peluang anda untuk merasai makanan-makanan korea apabila sampainya di korea. Bila lagi mahu merasai Jajangmyeon,Tteokbokki dan sebagainya fresh dari Korea. Tambahan pula, sudah banyak restoran halal yang disediakan di Korea sejurus kenaikan kadar pelancong asing ke Korea. Jadi,anda boleh merasai pelbagai makanan yang menarik apabila bercuti di Korea.
2. Mahu merasai tempat-tempat yang menarik seperti dalam drama
Bagi peminat Kdramas, anda mesti pergi ke Sangam apabila bercuti ke Korea kerana di situlah tempat-tempat rakaman kdramas seperti ‘She Was Pretty’, ‘Mr.Black’, ‘Pinnochio’ dan sebagainya. Anda boleh mengambil feeling seperti dalam drama! Tidak lupa juga bagi Kpopers untuk pergi ke SMTown Coex Artium kerana tempat tersebut wajib untuk anda pergi apabila bercuti di Korea.
3.Menikmati Keunikan Korea
Seoul merupakan ibu negara Korea di mana pelancong yang datang bercuti ke Korea wajib pergi! Selain itu, tempat-tempat sejarah juga tidak dilupai untuk melawatnya kerana Korea merupakan negara yang kaya dengan sejarah. Kita boleh mengambil pengajaran daripada sejarah mereka daripada kisah-kisah mereka, arkitekture bangunan bersejarah dan sebagainya. Bukan itu sahaja, anda juga boleh merasai untuk hidup di zaman-zaman dahulu kala di Korea kerana pelancong berkesempatan untuk memakai baju tradisional Korea iaitu Hanbok. Rugi jika tidak mencubanya apabila bercuti di Korea.
4. Negara yang Mempunyai Empat Musim
Bagi yang mahu bercuti ke Korea, anda seharusnya membuat perancangan terlebih dahulu dari segi musim yang manakah patut anda pergi. Musim di Korea tidak sama seperti di Malaysia di mana Korea mempunyai empat musim iaitu musim bunga pada bulan Mac sehingga Mei. Anda boleh melihat keindahan cherry blossoms pada musim ini yang tidak dapat dirasai di Malaysia. Seterusnya, musim panas pada bulan Jun sehingga Ogos di mana anda boleh melihat pemandangan tropikal Korea yang indah. Bagi musim luruh pada bulan September hingga ke bulan November, anda boleh menikmati keindahan pemandangan pokok yang kuning-kuningan. Manakala, musim yang keempat ialah musim sejuk pada bulan Disember sehingga Februari. Ia merupakan yang dinanti-natikan dan diminati oleh pelancong Malaysia kerana dapat merasai untuk bermain salji, ski dan sebagainya. Jadi, menariknya jika anda bercuti ke Korea, anda dapat merasai pengalaman bermusim.
5. Budaya
Jikalau kita pergi melancong ke negara orang, kita boleh lihat sendiri budaya mereka yang baik mahupun buruk akan sesebuah negara itu. Jadi, anda boleh mengambil iktibar akan budaya yang baik, positif yang boleh dibuat contoh dan diamalkan. Anda patut mempelajari budaya dan cara hidup mereka apabila bercuti ke Korea.
Walaubagaimanapun, bercuti inii bukan semuanya murah kerana banyak perkara yang perlu rancang untuk perbelanjaan seperti tiket kapal terbang, pengangkutan, makanan, tempat tinggal dan sebagainya. Anda mestilah bijak merancang dengan menjadikan trip pelancongan anda daripada mahal menjadi murah. Anda mestilah membuat perancangan bercuti sebaiknya dari segi tarikh, musim, dan sebagainya.
Pengalaman untuk bercuti ke luar negara patut dirasai oleh setiap orang sekali seumur hidup. Kita boleh mengenal budaya, bahasa, keunikan tempat-tempat di negara luar yang boleh dijadikan iktibar dalam hidup kita. Bagi kpopers atau kdramas yang sangat berkeinginan untuk bercuti ke Korea, kenapa tidak anda mencuba crowdfunding seperti Jeines dari Indonesia di mana, dia telah berjaya pergi ke Korea dengan bantuan orang lain melalui crowdfunding.
Ada di antara kita bernasib baik kerana dikurniakan oleh Tuhan dengan tubuh badan fizikal yang sihat. Jadi, kita mestilah bersyukur dengan segala nikmat yang telah dikurniakan olehNya. Akan tetapi, ada sebahagian daripada kita telah mengalami beberapa fasa atau ujian yang tidak dijangkakan akan berlaku pada mereka ataupun orang yang paing rapat dengan mereka seperti berlakunya kemalangan, penyakit kronik dan sebagainya.
Mungkin ada sebahagian daripada kita mampu untuk menanggung kos rawatan yang dialami oleh mereka. Ada juga sebahagian telah berhadapan dengan permasalahan dalam memikirkan bagaimana untuk membiayai kos rawatan yang dialami olehnya ataupun orang yang tersayang di samping mereka. Tambahan pula, kos rawatan kini terlalu mahal. Jadi, di sini terdapat cara yang boleh anda lakukan untuk mendapatkan kos rawatan iaitu melalui Pengumpulan Dana (crowdfunding) di Airtripp Funding.
Crowdfunding ialah pengumpulan dana daripada sesorang individu ataupun sebuah kumpulan untuk melaksanakan hasrat mereka dengan mendapatkan sumbangan oran ramai melalui online. Jadi, platform ini memudahkan anda yang mendapatkan wang untuk membiayai kos rawatan melalui Pengumpulan Dana (Crowdfunding).
Sudah ramai telah menggunakan cara Pengumpulan Dana di Airtripp Funding untuk membiayai kos rawatan yang dialami olehnya atau orang yang rapat diantara mereka. Antara contohnya ialah:
1. Pengumpulan Dana Untuk Membiayai Kos Rawatan Mata dan Kaki
Seorang gadis bernama Mai Le Vy daripada Vietnam telah membuat pengumpulan dana di platform tersebut untuk membiayai kos rawatan mata dan kaki adik-adiknya. Lihat projeknya di sini!
2. Pengumpulan Dana bagi Membiayai Kos Rawatan Payu Dara
Seorang gadis bernama Xyrine dari Filipina telah membuat pengumpulan dana bagi membayai kos rawatan payu dara yang dialami oleh rakannya, bernama Maria. Lihat projeknya di sini!
3. Pengumpulan Dana bagi Membiayai Kos Rawatan Kaki
Elizabeth yang berasal daripada Indonesia telah menggunakan Pengumpulan Dana di laman web tersebut untuk membiayai kos rawatan kaki kirinya. Lihat projeknya di sini!
Semua projek di atas telah berjaya memperoleh jumlah dana yang diperlukan oleh mereka. Apa tunggu lagi, jika anda sedang mengalami kesempitan wang atau memerlukan bantuan kewangan untuk membiayai kos rawatan yang dialami oleh anda mahupun orang yang tersayang, anda boleh menggunakan cara Pengumpulan Dana di sini.
Bagaimana mahu mendapatkan dana hanya dengan melalui crowdfunding? Di sini kami akan berkongsikan beberapa tips pengumpulan dana yang boleh anda jalankan. Nak dapatkan jumlah dana yang banyak pasti ada cabarannya. Jika anda betul-betul laksanakan tips pengumpulan dana yang akan kami kongsikan di bawah, anda berkemungkinan besar berjaya memperoleh dana tersebut hanya melalui Pengumpulan Dana atau lebih dikenali sebagai Crowdfunding.
Tips 1: Buat kajian yang sepatutnya
Terdapat banyak laman web platform pengumpulan dana (crowdfunding) melalui online di internet. Walaubagaimanapun, setiap platform pengumpulan dana tersebut mempunyai ciri-ciri istimewa yang tersendiri. Anda mestilah membuat kajian terlebih dahulu yang mana bersesuain dengan projek anda. Adakah berbentuk dana peribadi, business ataupun projek penyelidikan untuk anda meneruskan hasrat, impian mahupun projek anda di platform tersebut.
Tips 2: Mulakan projek anda dengan segera
Membuat pengumpulan dana ini kadang kala ia mengambil masa mengikut usaha anda dalam menularkan projek anda kepada orang ramai. Kita tidak dapat jangkakan berapa banyak dan bilakah penyumbang mahu menghulurkan dana bagi projek yang hendak anda jalankan. Jadi, anda mestilah mempunyai sasaran tempoh serta jumlah dana yang ingin dicapai untuk memenuhi hasrat projek anda. Masa adalah segala-galanya. Sebaiknya, kami mencadangkan kepada anda untuk menjalankan pengumpulan dana bagi projek anda dengan lebih awal. Hal ini kerana, kebarangkalian dana bagi projek anda mungkin dapat mencapai target yang diperlukan jika dibuat dalam tempoh segera.
Tips 3: Meletakkan informasi dengan jelas
Dalam membuat pengumpulan dana, anda mestilah berkongsikan kepada orang ramai bahawa kenapa anda memerlukan dana tersebut dengan jelas sekali. Dari segi tujuan, objektif serta segala matlamat bagi projek yang anda mahu jalankan. Tambahan pula, segala latar belakang dan maklumat asas seperi siapa yang hendak anda sumbangkan, projek apa yang hendak dijalankan dan sebagainya mestilah jelas supaya orang ramai dapat maklum akan pembutuhan dana yang diperlukan bagi projek anda. Malah, informasi yang jelas juga dapat meyakinkan orang ramai untuk memberi sokongan dan sumbangan dana bagi projek yang hendak anda jalankan. Jadi,informasi mestilah diletakkan dengan jelas dalam platform pengumpulan dana yang disediakan bagi meyakini hasrat atau program anda kepada orang ramai.
Tips 4 : Menulis isi projek dengan baik
Untuk menarik perhatian serta memberi keyakinan kepada orang ramai untuk memberi sumbangan dana bagi projek anda, kami mencadangkan anda untuk menulis isi projek yang dapat menarik perhatian serta memberi impak kepada orang ramai untuk membaca lalu memberi sumbangan dana. Jadi, anda mestilah membuat jalan penceritaan serta format penulisan yang baik untuk menarik orang ramai dalam pengumpulan dana projek yang hendak anda jalankan.
Tips 5: Jelaskan Penggunaan dan Pengaliran Dana
Kebarangkalian projek anda dalam pengumpulan dana di platform tersebut tidak akan mendapat sambutan jika penjelasan bagi dana projek yang anda butuhkan samar-samar sama sekali. Jadi, lebih spesifik dan jelasnya pengaliran dana yang hendak akan anda gunakan, lebih baik! Dengan itu, lebih baik anda meletakkan jumlah dana yang diperlukan dengan lebih jelas dan terperinci.
Tips 6 : Meletakkan Bukti yang Kukuh
Bagi meyakinkan orang ramai untuk menyokong projek pengumpulan dana dalam platfrom tersebut, anda digalakkan untuk meletakkan segala bukti yang kukuh seperti gambar dan video agar si pembaca dapat menarik minat untuk menghulurkan sumbangan dana dalam pengumpulan projek anda di platform tersebut.
Tips 7: Memperluaskan Jaringan
Bagi menarik orang ramai dalam pengumpulan dana bagi projek anda, seharusnya anda memperluaskan jaringan projek platform tersebut kepada orang ramai melalui kuasa viral. Anda mestilah share projek tersebut kepada kenalan-kenalan anda mahupun orang ramai di internet bagi memberi kesedaran kepada orang ramai akan projek yang hendak anda jalankan. Lebih bagus jika anda mempunyai sasaran kepada siapa yang perlu untuk diminta sumbangan. Paling utama sekali ialah di mana anda seharusnya mendekati media sosial bagi memudahkan segala maklumat sampai kepada orang ramai.
Tips 8: Sentiasa Mengemas Kini
Anda mestilah sentiasa membuat pengemas kini bagi perkembangan projek yang hendak anda jalankan kepada penyumbang. Malah membuat pengemas kini juga dapat memaklumkan kepada penyumbang bahawa anda betul-betul serius dalam pembikinan projek yang hendak anda jalankan.
Tips 9: Berhubung Dengan Penyumbang
Anda mestilah sentiasa berhubung serta berkomunikasi dengan penyumbang sehinggalah tempoh projek anda tamat supaya mereka dapat mengetahui perjalanan serta perkembangan projek anda dari masa ke semasa lalu dapat menguatkan hubungan jalin diantara anda dengan penyumbang.
Tips 10 : Usaha dan Sabar
Pengumpulan dana kadang kala mengambil masa. Jadi, bersabarlah dan janganlah berhenti usaha dalam pengumpulan dana bagi projek yang hendak anda jalankan. Teruskanlah berkongsikan kepada orang ramai di media sosial bagi pengumpulan dana akan projek anda.
Perlu diingatkan bahawa, jika tempoh projek anda tamat dan berjaya memperoleh dana yang dibutuhkan selepas menggunakan tips tersebut, kami mengingatkan anda untuk memenuhi hasrat, impian mahupun projek anda dengan baik.