Kisah Kejayaan Thuy Duong: Berkenalan Dengan Kawan Baru Di Jepun Dan Menikmati Pemandangan Salji

Pada usia seawal 16 tahun sahaja Thuy Duong telah pun mencapai impiannya untuk berkenalan dengan kawan baru dan menikmati pemandangan salji di Jepun. Perkara ini tiada yang mustahil untuk mencapai impian anda walaupun dalam usia yang muda apabila sahaja anda dapat mengenali Airtripp Funding kerana website ini sahaja telah membuktikan kisah kejayaan Thuy Duong mencapai impiannya dalam usia muda benar-benar tercapai. Minat gadis ini terhadap Jepun sangat mendalam daripada usia kecil lagi iaitu minatnya menerusi cerita-cerita kartun Jepun yang disiarkan di televisyen dan dia juga telah menyertai cosplay di beberapa buah majlis yang dijalankan di sana.

Thuy Dong merupakan seorang pelajar yang menetap di Ho Chi Minh, Vietnam. Seperti yang kita sedia maklum, agak sukar bagi seorang pelajar untuk melancong ke luar negara lebih-lebih lagi negara yang diidam-idamkan selama ini dan halangan utamanya pastilah mengenai kos perbelanjaan.

Ibunya mengetahui hasrat impian anaknya untuk ke Jepun dan ibunya sentiasa menyokong minat anaknya dengan memberi upah kepada gadis ini sebanyak $20 sebulan atas ganjaran menolong ibunya bekerja. Atas dasar minatnya yang sangat mendalam terhadap Jepun, dia mencari inisiatif lain untuk mencapai impiannya ke Jepun dan impiannya untuk ke Jepun telah pun tercapai apabila dia menemui platform Airtripp Funding.

Kisah ini bermula apabila dia menjumpai satu platform yang dikenali sebagai Airtripp Funding. Secara tidak langsung, platform ini juga telah menemukan dia dengan ramai kenalan daripada Jepun. Perkara ini telah menambahkan lagi minatnya yang mendalam terhadap Jepun, mahupun dari segi bahasa, budaya, cuaca dan suasana di Jepun dan perkara ini telah menambahkan lagi semangatnya untuk mencapai impian ke Jepun. Dia menceritakan segala impiannya ke Jepun kepada kawan-kawannya di Airtripp Funding iaitu impiannya untuk bermain salji, merasai pelbagai makanan Jepun, melawat tempat pelacongan Jepun dan yang paling penting adalah untuk berjumpa dengan rakan-rakan Jepun Airtripp Funding.

Segala maklumat dan perbelanjaan diletakkannya di laman web tersebut. Antara target perbelajaannya untuk melawat Jepun adalah $1,170.00 iaitu perbelanjaan tiket penerbangan, tempat tinggal dan sebagainya. Tetapi, dengan sokongan kawan-kawannya di Airtripp Funding, dia telah mendapat ramai sambutan daripada kawan-kawannya dengan memperoleh kutipan lebih daripada targetnya iaitu sebanyak $1,185.00. Perkara ini memang tidak boleh dilupainya. Dia berasa sangat seronok kerana impiannya untuk ke Jepun telah pun tercapai dalam usia muda. Melalui Airtripp Funding sahaja, segala impian gadis ini untuk menjumpai kawan-kawannya di Jepun dan menikmati keindahan pemandangan salji di Jepun akhirnya telah pun tercapai.

Cerita ini adalah kisah benar dan tiada perkara yang mustahil dalam platform Airtripp Funding. Airtripp Funding dapat membantu anda untuk mencapai impian anda dan mungkin anda juga boleh mencubanya untuk merealisaiskan impian anda melalui laman web ini. Jadi, jangan lupa kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan anda di Facebook, Whatsapp, Instagram dan Twitter yang mungkin memperoleh manfaat daripadanya.

Lihat projeknya di sini!

Impian Vini ke Jepun Untuk Belajar, Bekerja dan Mengenali Budaya Jepun Tercapai

Vini yang merupakan seorang gadis daripada Indonesia telah berjaya mencapai hasratnya menetap di Jepun apabila menemui satu platform yang dapat merealisasikan impiannya ke Jepun iaitu Airtripp Funding. Impian yang diidam-idamkannya selama ini untuk menetap di Jepun telahpun tercapai dengan menggunakan kaedah crowdfunding.

Impian gadis ini untuk menjejakkan kaki ke Jepun bermula dari usia kecil lagi di mana minatnya yang sangat mendalam terhadap cerita kartun anime Jepun. Dia mula mempelajari bahasa Jepun melalui cerita Jepun di televisyen yang disiarkan di Indonesia. Selain itu, dia juga mempelajari bahasa Jepun di buku, majalah dan saling berhubung dengan kenalan Jepunnya di media sosial, malah dia juga pernah menjadi pemandu pelancong kepada kenalannya dari Jepun yang datang melawat Indonesia. Jadi, secara tidak langsung perkara ini dapat meningkatkan kosa kata bahasa Jepun dan minat dalam dirinya. Dia juga mengambil ujian JLPT (Ujian Kemahiran dalam Bahasa Jepun) yang merupakan salah satu ujian untuk pelajar-pelajar bukan Jepun untuk melayakkan dirinya memasuki universiti-universiti di Jepun. Pada ketika itulah, dia nekad untuk belajar dan menetap di Jepun sehingga kini dan akhirnya tercapai hasratnya apabila menjumpai Airtripp Funding.

Vini merupakan kakitangan di sebuah syarikat minyak wangi di Indonesia dan hasil pekerjaan tersebut di dalam perancangannya adalah untuk disimpan membuat perbelanjaannya sambung belajar di Universiti Jepun pada masa hadapan. Seorang gadis tersebut hampir sahaja dapat mencapai impiannya ke Jepun apabila mendapat peluang untuk bekerja di Gifu, Jepun. Tetapi terdapat rintangan yang dihadapi oleh seorang gadis ini apabila dia mendapati bapanya mengalami kesakitan yang tidak dijangkakan dan segala wang simpanannya sebelum ini sudah digunakan untuk kos ubat dan rawatan ayahnya. Jadi, segala rancangannya untuk menetap di Jepun terhenti seketika untuk menjaga ayahnya yang sakit.

Pada ketika itu, dia merasakan bahawa tiada harapan lagi untuk mencapai hasratnya ke Jepun apabila dia mendapati bahawa semua simpannya sudah tiada. Tetapi apabila dia menjumpai crowdfunding di Airtripp Funding, Impiannya ke Jepun tercapai malah dapat menjumpai ramai kenalan Jepun. Dia meletakkan segala informasi dan perancangannya di dalam Airtripp Funding. Dia berjaya mendapat kutipan sebanyak $1,235.00 daripada rakan-rakannya di Airtripp Funding. Perkara ini memang tidak boleh dilupainya, dia merasakan seakan-akan mimpi kerana dia berjaya mencapai impiannya dalam usia yang muda. Kawan-kawannya juga berkongsi maklumat di Airtripp Funding bahawa seronok dapat berkenalan dengan gadis tersebut dan berterima kasih kepada Vini atas perkongsian dan saling mempelajari bahasa antara satu sama lain. Mereka dapat banyak mempelajari bahasa Inggeris bersamanya daripada Vini dan Vini pun banyak mempejari bahasa Jepun bersama kenala-kenalannya di Airtripp Funding. Dia merasai banyak pengalaman yang tidak boleh dilupakan setibanya di sana. Malah, dia dapat mengenali budaya Jepun yang menyentuh hatinya. Dia berasa sangat bersyukur dan berterima kasih kepada Airtripp Funding kerana segala impiannya menjadi kenyataan.

Airtrtipp Funding dapat membantu anda dalam merealisasikan impian anda. Jangan lupa kongsi artikel ini bersama rakan-rakan yang mungkin dapat manfaat daripadanya. Anda boleh kongsikannya melalui Whatsapp, Facebook, Twitter dan Instagram.

Kisah Kejayaan Yaser: Membina Semula Saluran Paip Bagi Penduduk Madian, Pakistan

Yaser Ali, seorang penduduk Madian di daerah Swat Valley, Pakistan membuat perkongsian ceritanya di Airtripp Funding mengenai permasalahan sumber air di kawasan sekitar kampungnya. Dia memerlukan bantuan kewangan untuk pembinaan semula aliran paipnya di kawasan kampungnya dan telah menggunakan kaedah crowdfunding untuk mendapatkan sumbangan dana dari orang ramai. Akhirnya, dia telah berjaya untuk membina semula saluran paip bagi penduduk kampungnya melalui crowdfunding di Airtripp Funding.

Seperti yang kita sedia maklum, sumber air adalah antara anugerah yang sangat penting bagi manusia untuk meneruskan kehidupan mereka. Kita harus bersyukur bahawa negara Malaysia masih mempunyai bekalan air yang mencukupi berbanding dengan negara lain. Hal ini terjadi kepada penduduk Madian di daerah Swat Valley, Pakistan di mana mereka mempunyai kesukaran dan tidak mempunyai bekalan air yang secukupnya bagi penduduk setempat.

Sumber air ini sangat diperlukan bagi penduduk kampung tersebut untuk mendapatkan minuman air yang bersih. Perubahan iklim yang mendadak dipengaruhi oleh angin bermusim dan ribut taufan serta hujan lebat yang berterusan menyebabkan paras sungai meningkat sehingga berlakunya banjir yang memusnahkan saluran paip di kampung tersebut. Hal ini menyebabkan keperluan terhadap bekalan air semakin meningkat. Semenjak itu, perolehan sumber air yang bersih sangat sukar untuk didapati bagi penduduk setempat tersebut. Jika saluran air tidak dirawat secepatnya, ia akan menjejaskan kesihatan kepada penduduk kampung di kawasan tersebut. Jadinya, mereka sangat membutuhkan dana bagi permasalahan saluran paip. Tambahan pula, penduduk kampung tersebut hanya menjana pendapatan dengan hasil jualan kraf tradisional tempatan yang diperbuat daripada penduduk tersebut. Ia agak sukar untuk menanggung kos perbelanjaan memberpaiki saluran paip kampung tersebut.

Akhirnya, Yasar Ali telah menjumpai jalan penyelesaiannya dengan kaedah crowdfunding di Airtripp Funding. Beliau menceritakan kisahnya di platform tersebut dan secara tidak langsung telah menarik perhatian ramai orang ramai untuk menyumbangnya. Beliau telah memperoleh $1,260.00 daripada kutipan orang ramai dan hasil tersebut dapat mebantu semula mereka yang memperbaiki saluran paip bagi penduduk kampung tersebut dan memperoleh air minuman yang bersih semula. Akhirnya, Yasar Ali menggunakan wang tersebut bagi perbelanjaan saluran paip yang baru dan memperbaikinya sehingga kini. Beliau rasa sangat bersyukur dan berterima kasih kepada orang ramai yang menyokongnya. Semoga penduduk kampung tersebut dapat meneruskan perjalanan hidup yang lebih baik di masa hadapan.

Jadi, ianya terbukti di sini bahawa crowdfunding merupakan salah satu alternatif yang sangat bagus dalam memberi ruang kepada mereka di luar sana mendapatkan sumbangan dengan lebih mudah. Ia bukan sahaja dapat menolong mereka yang memerlukan, malah memberi peluang kepada orang ramai memberi sumbangan dengan lebih mudah. Setiap sen yang kita dermakan pasti dapat mengubah kehidupan orang lain di luar sana. Selain itu, menariknya crowdfunding ini, ia terbuka kepada sesiapa sahaja di pelbagai peringkat usia. Mungkin anda boleh cuba untuk menyertai crowdfunding bagi mendapatkan dana untuk keluarga, kawan-kawan dan orang yang tersayang di Airtripp Funding. Jadi, anda sudah tahu cara untuk mendapatkan dana dengan lebih mudah di platform Airtripp Funding. Jangan lupa kongsikan maklumat kepada kawan-kawan anda di Whatsapp, Facebook, Twitter dan Instagram. Perkara baik apa salahnya kita kongsi bukan?

Lihat Projeknya di sini!

Kisah Kejayaan Tris: Pengemberaan Mencapai Impian ke Jepun

Di sini terdapat kisah benar di mana seorang gadis,Trisye Bala daripada Indonesia dapat merealisasikan impiannya menjadi kenyataan dengan hanya melalui platform Airtripp Funding. Beliau mempunyai impian untuk melancong ke negara yang sangat diidamkannya selama ini iaitu negara Jepun, yang merupakan sebuah negara yang mempunyai tarikan dan kelebihan tersendiri.  Impian gadis ini untuk menjejaki negara Jepun bermula ketika usia kecil lagi di mana beliau sering membayangkan bagaimana susasana kehidupan di negara Jepun. Impiannya jadi lebih mendalam lagi dengan minatnya yang sangat tinggi terhadap kartun anime Jepun yang memberikan inspirasi kepada beliau untuk melawat negara Jepun.

Beliau meletakkan segala maklumat dan cerita mengenai impiannya ke Jepun di laman web tersebut. Bilangan perbelanjaan yang diperlukan juga turut disertakan dalam laman web tersebut seperti, perbelanjaan tempat tinggal, pengurusan visa, perbelanjaan pengangkutan dan sebagainya. Jumlah perbelanjaan yang beliau perlukan ialah sebanyak $1,000.00. Beliau juga menceritakan kisahnya  untuk melawat ke negara Jepun di platform tersebut dan secara tidak langsung beliau telah mendapat banyak sambutan daripada orang ramai dan memperoleh $ 1,590.00.

Tambahan pula, beliau merupakan seorang guru dan pendapatan bulanannya adalah sekitar $ 200. Pendapatannya hanyalah cukup sekadar menampung perbelanjaan kehidupan sehariannya. Pada mulanya, beliau hanya fikirkan impiannya hanyalah sekadar mimpi sahaja kerana impiannya sukar untuk dicapai. Tetapi, apabila beliau mula menjumpai platform Airtripp Funding, beliau mula menggunakan kaedah crowdfunding untuk mencapai impiannya ke negara Jepun.

Tambahan lagi, beliau merupakan seorang guru dan pendapatan bulanannya adalah sekitar $ 200. Pendapatannya hanyalah cukup sekadar menampung perbelanjaan kehidupan sehariannya. Pada mulanya, beliau hanya fikirkan impiannya hanyalah sekadar mimpi sahaja kerana impiannya sukar untuk dicapai. Tetapi, apabila beliau mula menjumpai platform Airtripp Funding, beliau mula menggunakan kaedah crowdfunding untuk mencapai impiannya ke negara Jepun.

Setiap orang pasti mempunyai impian yang tersendiri bukan? Impian itu tidak asing lagi didengari dari setiap kelompok usia mahupun kanak-kanak, golongan remaja dan golongan tua. Setiap orang juga mempunyai impian yang berbeza-beza dan impianlah yang membuatkan seseorang itu untuk bersemangat dalam menghadapi setiap cabaran dalam meneruskan kehidupan seharian. Tingginya impian itu, bukanlah penghalang kita untuk mencapainya. Tiada perkara yang mustahil jika kita berani cuba untuk mencapai impian tersebut.

Ia terbukti bahawa terdapat solusi bagi permasalahan anda serta mewarnai hidup anda dengan mencapai impian anda. Airtripp Funding dapat mewujudkan impian anda dan membantu anda untuk menjadikan impian anda menjadi kenyataan. Airtipp Funding merupakan satu platform yang menyediakan khidmat crowdfunding secara peringkat global yang sah dan diyakini. Untuk makluman tambahan, Crowdfunding merupakan salah satu platform yang menjalankan proses pengumpulan dana melalui kutipan dana dari pelbagai orang awam hanya melalui atas talian ‘online’. Ianya seperti tabung bergerak secara online untuk mengumpulkan dana dari orang ramai. Jadi, ianya terbukti di sini bahawa tiada perkara yang mustahil, semua orang pasti dapat mencapai impian yang dihajati. Hakikatnya, Airtripp Funding menyediakan kaedah crowdfunding untuk memberi peluang kepada orang ramai di luar sana mencapai impian yang dihajati selama ini dalam kehidupan.

Sekarang anda sudah ketahui mengenai keberhasilan crowdfunding. Jangan lupa kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan yang mungkin dapat manfaat daripadanya. Anda boleh kongsikannya melalui Whatsapp, Facebook, Twitter dan Instagram.

Lihat projeknya di sini!