Alternatif Nak Dapatkan Dana yang Berkesan

Bagi sesebuah kumpulan atau individu yang mahu jalankan sebuah projek kemanusiaan mahupun apa-apa projek sekalipun  pasti mereka akan berhadapan dengan dana yang tidak mencukupi. Di sini kami akan berkongsikan beberapa langkah alternatif dalam pengumpulan dana yang mungkin anda boleh jalankan bagi projek anda.

Alternatif 1:Tabung Sumbangan

Tabung sumbangan boleh dibuat dalam bentuk edaran ataupun statik di sesebuah tempat. Pengumpulan dana cara ini boleh dijalankan di masjid, kedai, sesebuah event mahupun pelbagai tempat. Walaupun ia mengambil masa dan tenaga untuk membuat edaran tabung sumbangan, akan tetapi tabung sumbangan tersebut serba sedikit dapat membantu dalam pengumpulan dana bagi projek yang anda mahu jalankan.

Alternatif 2: Penjanaan Syarikat

Untuk permohonan sponsor pula, anda boleh membuat pengumpulan dana dengan menghantar surat ataupun email ke mana-mana institusi syarikat. Akan tetapi terdapat beberapa prosedur yang perlu dilaksanakan bagi mendapatkan dana yang dibutuhkan. Selain itu, anda juga mestilah mempunyai sebuah projek yang gempak bagi menarik minat syarikat tersebut untuk menaja projek anda. Jika anda berpeluang untuk mendapatkan sponsor syarikat, anda berkemungkinan tidak perlu lagi untuk mengeluarkan duit yang banyak untuk menjalankan projek yang hendak dijalankan.

Alternatif 3: Program/Aktiviti yang Boleh Membawa Pulangan

Selain itu, anda juga boleh jalankan aktiviti atau program  yang boleh membawa pulangan semula kepada anda dalam pengumpulan dana. Contoh aktiviti-aktiviti yang boleh membawa pulangan semula adalah seperti jualan, persembahan, festival dan sebagainya. Bagi menarik minat dan pengetahuan orang ramai untuk menyertai program anda, kami mencadangkan untuk membuat aktiviti tersebut dalam konsep sumbangan agar dapat memberi maklumat kepada peserta menyertai aktiviti anda. Hal ini secara tidak langsung, aktiviti tersebut dapat memberi sumbangan dalam pengumpulan dana projek anda.

Alternatif 4: Crowdfunding

Pengumpulan dana yang paling mudah dan berkesan adalah dengan menggunakan crowdfunding. Kenapa kami berkata begitu? Hal ini kerana semuanya dalam satu platform di mana tabung sumbangan boleh diviralkan di media sosial. Memandangkan zaman kini maju dengan teknologi di mana semua meluangkan masa di media sosial, kenapa tidak anda mengambil peluang tersebut dengan share kepada rakan-rakan anda akan projek yang hendak dijalankan d media sosial. Malahan, orang yang mahu menderma juga mudah untuk menyalurkan dana di laman web crowdfunding tersebut. Anda boleh cuba jalankan pengumpulan dana secara crowdfunding di sini.

Comments
Comments are closed.