Kisah Kejayaan Xyrine Dapat Membantu Rakannya Yang Mengalami Kanser Payudara

Walaupun tidak mempunyai pertalian darah, Xyrine, seorang wanita yang menetap di Bacorod, Filipina sanggup untuk membantu rakannya Maria yang sedang mengalami kanser payudara. Dia merasakan sudah menjadi tanggungjawab baginya sebagai sahabat untuk menjaga rakannya yang sedang mengalami kesusahan.

Kos rawatan yang dialami oleh rakannya agak mahal dan dia tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan kos rawatan rakannya. Walaubagaimanapun, Xyrine berasa amat bersyukur apabila dia telah menjumpai satu platform yang diberi nama Airtripp Funding kerana platform tersebut telah memudahkan wanita ini mendapatkan dana bagi rawatan penyakit yang dialami rakannya. Wanita tersebut telahpun berjaya membantu rakannya mendapatkan rawatan apabila mendapat sokongan orang ramai di Airtripp Funding.

Kisah ini bermula pada tahun 2014 di mana wanita ini mula mengenali Maria yang berumur 32 tahun di gereja kawasan perumahannya. Maria merupakan seorang wanita yang sangat disegani oleh orang ramai di sekitar kawasan perumahannya. Dia juga merupakan seorang ketua dalam kumpulan gerejanya. Jadi, di sinilah saat mereka berkenalan antara satu sama lain. Maria menetap bersama ibu dan neneknya di mana ibunya sedang mengalami penyakit diabetes.

Maria mengalami keadaan yang sukar apabila dia dapat tahu mengenai kanser yang dialaminya pada tahun lepas. Namun, duit perbelanjaannya tidak cukup untuk menanggung kos rawatan dan kehidupan sehariannya. Kini, kansernya sudah merebak sehingga ke tahap 4. Maria beranggapan mungkin sudah terlambat untuk mencari penawar baginya. Tetapi,  Xyrine tidak berputus asa untuk mencari inisiatif mendapatkan dana bagi mendapatkan rawatan yang dialami rakannya agar rawatan tersebut dapat menjadikan Maria meneruskan kehidupannya seperti biasa pada masa hadapan.

Tambahan pula, pendapatan Xyrine rendah dan tidak cukup untuk menanggung perbelanjaan kos rawatan kawannya. Jadi, dia membuat keputusan untuk menjual barang-barang berharganya sekitar $300. Tetapi ia masih tidak dicukupi untuk menanggung kos rawatan kawannya. Walaubagaimanapun, hasrat Xyrine untuk membantu rakannya telah pun tercapai apabila dia telah menjumpai Airtripp Funding di mana satu platform yang memudahkan dia mendapatkan dana.

Dia meletakkan segala informasi dan berkongsi cerita di Airtripp Funding. Maria memerlukan kos rawatan bagi penyakitnya dan keperluan hariannya. Xyrine sahabat baiknya merancang untuk memberi $300 dan dia memerlukan lebih kurang $1,000 lagi bagi mencukupi keperluan untuk membantu kawannya menjalani rawatan kanser. Setiap sumbangan satu dollar yang dihulurkan oleh rakan-rakannya akan dihulurkan kepada Maria bagi menjalani rawatan penyakitnya. Dengan hasil sokongan rakan-rakannya di Airtripp Funding, Xyrine telah memperoleh $1,071.00 lebih daripada yang dijangkakan. Dia berasa sangat bersyukur dan berterima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakannya di Airtripp Funding yang telah membantu dalam memberi sumbangan. Dia juga berterima kasih kepada Airtripp Funding sendiri yang menyediakan platform yang sangat baik dan mudah untuk mendapatkan dana dalam dapat membantu rakannya mendapatkan rawatan.

Semoga Maria dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik di masa hadapan. Airtripp Funding sentiasa bersedia untuk membantu anda untuk mendapatkan dana dengan lebih mudah. Jadi, jangan lupa kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan anda di Facebook, Whatsapp, Instagram dan Twitter yang mungkin memperoleh manfaat daripadanya.

Lihat Projeknya di sini!

Kisah Kejayaan Melisa Untuk Melawat Kampung Halaman Ibunya Tercapai

Seorang gadis bernama Melisa daripada Buenos Aires, Argentina berhasrat untuk melawat kampung halaman ibunya di Jujuy iaitu wilayah Argentina yang terletak di barat laut sempadan antara Chile dan Bolivia. Agak sukar baginya untuk melawat ke kampung halaman ibunya kerana dia merupakan seorang pelajar dan tidak mempunyai kewangan yang tetap. Dia tidak mempunyai perbelanjaan perjalanan yang mencukupi. Tetapi, tiada halangan baginya untuk mencapai hasratnya apabila dia menggunakan kaedah crowdfunding di platform Airtripp Funding.

Airtripp Funding adalah platform yang memberi kemudahan kepada orang ramai yang memerlukan dana. Melisa telah menggunakan platform ini untuk mendapatkan dana dan hasratnya untuk melawat kampung halamannya telah pun tercapai dengan mudah sekali.

Kisah ini bermula dengan kerinduan Melisa yang sangat mendalam pada ibunya. Dia berhasrat untuk melawat kampung halaman ibunya bagi merawat kerinduannya. Kampung tersebut telah meninggalkan banyak memori kepada gadis ini bersama ibunya. Masih jelas dalam kotak fikirannya akan suasana keindahan dan luangan masa bersama ibunya. Atas sebab itu, dia membuat keputusan untuk pulang ke kampung halaman tersebut bagi merawat kerinduan di dalam hatinya pada ibunya. Dia mahu melihat semula keindahan pemandangan kampuang halaman ibunya yang menggamit memori.

Sudah beberapa tahun dia tidak pulang ke kampung halaman tersebut. Ibunya juga sudah tiada bersama dengannya. Tempat itu sahajalah yang dapat menyembuh hatinya dan merawat rindu terhadap ibunya. Namun, gadis ini mempunyai masalah kewangan di mana dia tidak mempunyai kos perbelanjaan yang mencukupi untuk melawat kampung halaman tersebut. Hal ini kerana, dia hanyalah seorang pelajar dan tidak mempunyai pendapatan. Agak sukar baginya untuk mendapatkan kewangan perbelajaan. Dia sangat berharap agar dia berpeluang untuk melawat kampung halaman ibunya.

Harapannya untuk melawat kampung halaman ibunya semakin kuat apabila dia dapat tahu bahawa Airtripp Funding dapat membantunya. Dia telah menggunakan kaedah crowdfunding di platform tersebut. Dia menceritakan segala harapannya di Airtripp Funding dan telah berjaya menyentuh hati ramai kawan-kawan Airtripp Funding. Akhirnya, dia berjaya memperoleh targetnya iaitu sebanyak $1,000.00 hasil daripada sokongan rakan-rakannya di Airtripp Funding.

Dia berasa sangat bersyukur dan berterima kasih kepada semua rakan-rakannya di Airtripp Funding kerana telah banyak membantu dalam mencapai hasratnya selama ini. Dia telah berpeluang untuk melawat kampung halaman ibunya. Dia rasa sangat seronok kerana hasratnya telah pun tercapai. Kampung halaman tersebut telah menghidupkan kembali memori dia bersama ibunya seakan-akan ibunya berada di sisinya. Sokongan daripada kawan-kawan Airtripp Funding membolehkan dia berbelanja untuk perjalanan ke kampung halaman ibunya.

Ini adalah kisah benar di mana seorang gadis yang berusia muda sahaja boleh mencapai hasratnya. Airtripp Funding dapat membantu anda untuk mencapai hasrat anda dengan mendapatkan dana dengan lebih mudah. Anda juga boleh mencubanya untuk merealisaiskan hasrat anda selama ini di Airtripp Funding. Jadi, jangan lupa kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan anda di facebook, Whatsapp, Instagram dan Twitter yang mungkin memperoleh manfaat daripadanya.

Lihat projeknya di sini!

Kisah Kejayaan Thuy Duong: Berkenalan Dengan Kawan Baru Di Jepun Dan Menikmati Pemandangan Salji

Pada usia seawal 16 tahun sahaja Thuy Duong telah pun mencapai impiannya untuk berkenalan dengan kawan baru dan menikmati pemandangan salji di Jepun. Perkara ini tiada yang mustahil untuk mencapai impian anda walaupun dalam usia yang muda apabila sahaja anda dapat mengenali Airtripp Funding kerana website ini sahaja telah membuktikan kisah kejayaan Thuy Duong mencapai impiannya dalam usia muda benar-benar tercapai. Minat gadis ini terhadap Jepun sangat mendalam daripada usia kecil lagi iaitu minatnya menerusi cerita-cerita kartun Jepun yang disiarkan di televisyen dan dia juga telah menyertai cosplay di beberapa buah majlis yang dijalankan di sana.

Thuy Dong merupakan seorang pelajar yang menetap di Ho Chi Minh, Vietnam. Seperti yang kita sedia maklum, agak sukar bagi seorang pelajar untuk melancong ke luar negara lebih-lebih lagi negara yang diidam-idamkan selama ini dan halangan utamanya pastilah mengenai kos perbelanjaan.

Ibunya mengetahui hasrat impian anaknya untuk ke Jepun dan ibunya sentiasa menyokong minat anaknya dengan memberi upah kepada gadis ini sebanyak $20 sebulan atas ganjaran menolong ibunya bekerja. Atas dasar minatnya yang sangat mendalam terhadap Jepun, dia mencari inisiatif lain untuk mencapai impiannya ke Jepun dan impiannya untuk ke Jepun telah pun tercapai apabila dia menemui platform Airtripp Funding.

Kisah ini bermula apabila dia menjumpai satu platform yang dikenali sebagai Airtripp Funding. Secara tidak langsung, platform ini juga telah menemukan dia dengan ramai kenalan daripada Jepun. Perkara ini telah menambahkan lagi minatnya yang mendalam terhadap Jepun, mahupun dari segi bahasa, budaya, cuaca dan suasana di Jepun dan perkara ini telah menambahkan lagi semangatnya untuk mencapai impian ke Jepun. Dia menceritakan segala impiannya ke Jepun kepada kawan-kawannya di Airtripp Funding iaitu impiannya untuk bermain salji, merasai pelbagai makanan Jepun, melawat tempat pelacongan Jepun dan yang paling penting adalah untuk berjumpa dengan rakan-rakan Jepun Airtripp Funding.

Segala maklumat dan perbelanjaan diletakkannya di laman web tersebut. Antara target perbelajaannya untuk melawat Jepun adalah $1,170.00 iaitu perbelanjaan tiket penerbangan, tempat tinggal dan sebagainya. Tetapi, dengan sokongan kawan-kawannya di Airtripp Funding, dia telah mendapat ramai sambutan daripada kawan-kawannya dengan memperoleh kutipan lebih daripada targetnya iaitu sebanyak $1,185.00. Perkara ini memang tidak boleh dilupainya. Dia berasa sangat seronok kerana impiannya untuk ke Jepun telah pun tercapai dalam usia muda. Melalui Airtripp Funding sahaja, segala impian gadis ini untuk menjumpai kawan-kawannya di Jepun dan menikmati keindahan pemandangan salji di Jepun akhirnya telah pun tercapai.

Cerita ini adalah kisah benar dan tiada perkara yang mustahil dalam platform Airtripp Funding. Airtripp Funding dapat membantu anda untuk mencapai impian anda dan mungkin anda juga boleh mencubanya untuk merealisaiskan impian anda melalui laman web ini. Jadi, jangan lupa kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan anda di Facebook, Whatsapp, Instagram dan Twitter yang mungkin memperoleh manfaat daripadanya.

Lihat projeknya di sini!

Impian Vini ke Jepun Untuk Belajar, Bekerja dan Mengenali Budaya Jepun Tercapai

Vini yang merupakan seorang gadis daripada Indonesia telah berjaya mencapai hasratnya menetap di Jepun apabila menemui satu platform yang dapat merealisasikan impiannya ke Jepun iaitu Airtripp Funding. Impian yang diidam-idamkannya selama ini untuk menetap di Jepun telahpun tercapai dengan menggunakan kaedah crowdfunding.

Impian gadis ini untuk menjejakkan kaki ke Jepun bermula dari usia kecil lagi di mana minatnya yang sangat mendalam terhadap cerita kartun anime Jepun. Dia mula mempelajari bahasa Jepun melalui cerita Jepun di televisyen yang disiarkan di Indonesia. Selain itu, dia juga mempelajari bahasa Jepun di buku, majalah dan saling berhubung dengan kenalan Jepunnya di media sosial, malah dia juga pernah menjadi pemandu pelancong kepada kenalannya dari Jepun yang datang melawat Indonesia. Jadi, secara tidak langsung perkara ini dapat meningkatkan kosa kata bahasa Jepun dan minat dalam dirinya. Dia juga mengambil ujian JLPT (Ujian Kemahiran dalam Bahasa Jepun) yang merupakan salah satu ujian untuk pelajar-pelajar bukan Jepun untuk melayakkan dirinya memasuki universiti-universiti di Jepun. Pada ketika itulah, dia nekad untuk belajar dan menetap di Jepun sehingga kini dan akhirnya tercapai hasratnya apabila menjumpai Airtripp Funding.

Vini merupakan kakitangan di sebuah syarikat minyak wangi di Indonesia dan hasil pekerjaan tersebut di dalam perancangannya adalah untuk disimpan membuat perbelanjaannya sambung belajar di Universiti Jepun pada masa hadapan. Seorang gadis tersebut hampir sahaja dapat mencapai impiannya ke Jepun apabila mendapat peluang untuk bekerja di Gifu, Jepun. Tetapi terdapat rintangan yang dihadapi oleh seorang gadis ini apabila dia mendapati bapanya mengalami kesakitan yang tidak dijangkakan dan segala wang simpanannya sebelum ini sudah digunakan untuk kos ubat dan rawatan ayahnya. Jadi, segala rancangannya untuk menetap di Jepun terhenti seketika untuk menjaga ayahnya yang sakit.

Pada ketika itu, dia merasakan bahawa tiada harapan lagi untuk mencapai hasratnya ke Jepun apabila dia mendapati bahawa semua simpannya sudah tiada. Tetapi apabila dia menjumpai crowdfunding di Airtripp Funding, Impiannya ke Jepun tercapai malah dapat menjumpai ramai kenalan Jepun. Dia meletakkan segala informasi dan perancangannya di dalam Airtripp Funding. Dia berjaya mendapat kutipan sebanyak $1,235.00 daripada rakan-rakannya di Airtripp Funding. Perkara ini memang tidak boleh dilupainya, dia merasakan seakan-akan mimpi kerana dia berjaya mencapai impiannya dalam usia yang muda. Kawan-kawannya juga berkongsi maklumat di Airtripp Funding bahawa seronok dapat berkenalan dengan gadis tersebut dan berterima kasih kepada Vini atas perkongsian dan saling mempelajari bahasa antara satu sama lain. Mereka dapat banyak mempelajari bahasa Inggeris bersamanya daripada Vini dan Vini pun banyak mempejari bahasa Jepun bersama kenala-kenalannya di Airtripp Funding. Dia merasai banyak pengalaman yang tidak boleh dilupakan setibanya di sana. Malah, dia dapat mengenali budaya Jepun yang menyentuh hatinya. Dia berasa sangat bersyukur dan berterima kasih kepada Airtripp Funding kerana segala impiannya menjadi kenyataan.

Airtrtipp Funding dapat membantu anda dalam merealisasikan impian anda. Jangan lupa kongsi artikel ini bersama rakan-rakan yang mungkin dapat manfaat daripadanya. Anda boleh kongsikannya melalui Whatsapp, Facebook, Twitter dan Instagram.

Kisah Kejayaan Yaser: Membina Semula Saluran Paip Bagi Penduduk Madian, Pakistan

Yaser Ali, seorang penduduk Madian di daerah Swat Valley, Pakistan membuat perkongsian ceritanya di Airtripp Funding mengenai permasalahan sumber air di kawasan sekitar kampungnya. Dia memerlukan bantuan kewangan untuk pembinaan semula aliran paipnya di kawasan kampungnya dan telah menggunakan kaedah crowdfunding untuk mendapatkan sumbangan dana dari orang ramai. Akhirnya, dia telah berjaya untuk membina semula saluran paip bagi penduduk kampungnya melalui crowdfunding di Airtripp Funding.

Seperti yang kita sedia maklum, sumber air adalah antara anugerah yang sangat penting bagi manusia untuk meneruskan kehidupan mereka. Kita harus bersyukur bahawa negara Malaysia masih mempunyai bekalan air yang mencukupi berbanding dengan negara lain. Hal ini terjadi kepada penduduk Madian di daerah Swat Valley, Pakistan di mana mereka mempunyai kesukaran dan tidak mempunyai bekalan air yang secukupnya bagi penduduk setempat.

Sumber air ini sangat diperlukan bagi penduduk kampung tersebut untuk mendapatkan minuman air yang bersih. Perubahan iklim yang mendadak dipengaruhi oleh angin bermusim dan ribut taufan serta hujan lebat yang berterusan menyebabkan paras sungai meningkat sehingga berlakunya banjir yang memusnahkan saluran paip di kampung tersebut. Hal ini menyebabkan keperluan terhadap bekalan air semakin meningkat. Semenjak itu, perolehan sumber air yang bersih sangat sukar untuk didapati bagi penduduk setempat tersebut. Jika saluran air tidak dirawat secepatnya, ia akan menjejaskan kesihatan kepada penduduk kampung di kawasan tersebut. Jadinya, mereka sangat membutuhkan dana bagi permasalahan saluran paip. Tambahan pula, penduduk kampung tersebut hanya menjana pendapatan dengan hasil jualan kraf tradisional tempatan yang diperbuat daripada penduduk tersebut. Ia agak sukar untuk menanggung kos perbelanjaan memberpaiki saluran paip kampung tersebut.

Akhirnya, Yasar Ali telah menjumpai jalan penyelesaiannya dengan kaedah crowdfunding di Airtripp Funding. Beliau menceritakan kisahnya di platform tersebut dan secara tidak langsung telah menarik perhatian ramai orang ramai untuk menyumbangnya. Beliau telah memperoleh $1,260.00 daripada kutipan orang ramai dan hasil tersebut dapat mebantu semula mereka yang memperbaiki saluran paip bagi penduduk kampung tersebut dan memperoleh air minuman yang bersih semula. Akhirnya, Yasar Ali menggunakan wang tersebut bagi perbelanjaan saluran paip yang baru dan memperbaikinya sehingga kini. Beliau rasa sangat bersyukur dan berterima kasih kepada orang ramai yang menyokongnya. Semoga penduduk kampung tersebut dapat meneruskan perjalanan hidup yang lebih baik di masa hadapan.

Jadi, ianya terbukti di sini bahawa crowdfunding merupakan salah satu alternatif yang sangat bagus dalam memberi ruang kepada mereka di luar sana mendapatkan sumbangan dengan lebih mudah. Ia bukan sahaja dapat menolong mereka yang memerlukan, malah memberi peluang kepada orang ramai memberi sumbangan dengan lebih mudah. Setiap sen yang kita dermakan pasti dapat mengubah kehidupan orang lain di luar sana. Selain itu, menariknya crowdfunding ini, ia terbuka kepada sesiapa sahaja di pelbagai peringkat usia. Mungkin anda boleh cuba untuk menyertai crowdfunding bagi mendapatkan dana untuk keluarga, kawan-kawan dan orang yang tersayang di Airtripp Funding. Jadi, anda sudah tahu cara untuk mendapatkan dana dengan lebih mudah di platform Airtripp Funding. Jangan lupa kongsikan maklumat kepada kawan-kawan anda di Whatsapp, Facebook, Twitter dan Instagram. Perkara baik apa salahnya kita kongsi bukan?

Lihat Projeknya di sini!