Kisah Kejayaan Yaser: Membina Semula Saluran Paip Bagi Penduduk Madian, Pakistan

Yaser Ali, seorang penduduk Madian di daerah Swat Valley, Pakistan membuat perkongsian ceritanya di Airtripp Funding mengenai permasalahan sumber air di kawasan sekitar kampungnya. Dia memerlukan bantuan kewangan untuk pembinaan semula aliran paipnya di kawasan kampungnya dan telah menggunakan kaedah crowdfunding untuk mendapatkan sumbangan dana dari orang ramai. Akhirnya, dia telah berjaya untuk membina semula saluran paip bagi penduduk kampungnya melalui crowdfunding di Airtripp Funding.

Seperti yang kita sedia maklum, sumber air adalah antara anugerah yang sangat penting bagi manusia untuk meneruskan kehidupan mereka. Kita harus bersyukur bahawa negara Malaysia masih mempunyai bekalan air yang mencukupi berbanding dengan negara lain. Hal ini terjadi kepada penduduk Madian di daerah Swat Valley, Pakistan di mana mereka mempunyai kesukaran dan tidak mempunyai bekalan air yang secukupnya bagi penduduk setempat.

Sumber air ini sangat diperlukan bagi penduduk kampung tersebut untuk mendapatkan minuman air yang bersih. Perubahan iklim yang mendadak dipengaruhi oleh angin bermusim dan ribut taufan serta hujan lebat yang berterusan menyebabkan paras sungai meningkat sehingga berlakunya banjir yang memusnahkan saluran paip di kampung tersebut. Hal ini menyebabkan keperluan terhadap bekalan air semakin meningkat. Semenjak itu, perolehan sumber air yang bersih sangat sukar untuk didapati bagi penduduk setempat tersebut. Jika saluran air tidak dirawat secepatnya, ia akan menjejaskan kesihatan kepada penduduk kampung di kawasan tersebut. Jadinya, mereka sangat membutuhkan dana bagi permasalahan saluran paip. Tambahan pula, penduduk kampung tersebut hanya menjana pendapatan dengan hasil jualan kraf tradisional tempatan yang diperbuat daripada penduduk tersebut. Ia agak sukar untuk menanggung kos perbelanjaan memberpaiki saluran paip kampung tersebut.

Akhirnya, Yasar Ali telah menjumpai jalan penyelesaiannya dengan kaedah crowdfunding di Airtripp Funding. Beliau menceritakan kisahnya di platform tersebut dan secara tidak langsung telah menarik perhatian ramai orang ramai untuk menyumbangnya. Beliau telah memperoleh $1,260.00 daripada kutipan orang ramai dan hasil tersebut dapat mebantu semula mereka yang memperbaiki saluran paip bagi penduduk kampung tersebut dan memperoleh air minuman yang bersih semula. Akhirnya, Yasar Ali menggunakan wang tersebut bagi perbelanjaan saluran paip yang baru dan memperbaikinya sehingga kini. Beliau rasa sangat bersyukur dan berterima kasih kepada orang ramai yang menyokongnya. Semoga penduduk kampung tersebut dapat meneruskan perjalanan hidup yang lebih baik di masa hadapan.

Jadi, ianya terbukti di sini bahawa crowdfunding merupakan salah satu alternatif yang sangat bagus dalam memberi ruang kepada mereka di luar sana mendapatkan sumbangan dengan lebih mudah. Ia bukan sahaja dapat menolong mereka yang memerlukan, malah memberi peluang kepada orang ramai memberi sumbangan dengan lebih mudah. Setiap sen yang kita dermakan pasti dapat mengubah kehidupan orang lain di luar sana. Selain itu, menariknya crowdfunding ini, ia terbuka kepada sesiapa sahaja di pelbagai peringkat usia. Mungkin anda boleh cuba untuk menyertai crowdfunding bagi mendapatkan dana untuk keluarga, kawan-kawan dan orang yang tersayang di Airtripp Funding. Jadi, anda sudah tahu cara untuk mendapatkan dana dengan lebih mudah di platform Airtripp Funding. Jangan lupa kongsikan maklumat kepada kawan-kawan anda di Whatsapp, Facebook, Twitter dan Instagram. Perkara baik apa salahnya kita kongsi bukan?

Lihat Projeknya di sini!

Comments
Comments are closed.