Kisah Kejayaan Thuy Duong: Berkenalan Dengan Kawan Baru Di Jepun Dan Menikmati Pemandangan Salji

Pada usia seawal 16 tahun sahaja Thuy Duong telah pun mencapai impiannya untuk berkenalan dengan kawan baru dan menikmati pemandangan salji di Jepun. Perkara ini tiada yang mustahil untuk mencapai impian anda walaupun dalam usia yang muda apabila sahaja anda dapat mengenali Airtripp Funding kerana website ini sahaja telah membuktikan kisah kejayaan Thuy Duong mencapai impiannya dalam usia muda benar-benar tercapai. Minat gadis ini terhadap Jepun sangat mendalam daripada usia kecil lagi iaitu minatnya menerusi cerita-cerita kartun Jepun yang disiarkan di televisyen dan dia juga telah menyertai cosplay di beberapa buah majlis yang dijalankan di sana.

Thuy Dong merupakan seorang pelajar yang menetap di Ho Chi Minh, Vietnam. Seperti yang kita sedia maklum, agak sukar bagi seorang pelajar untuk melancong ke luar negara lebih-lebih lagi negara yang diidam-idamkan selama ini dan halangan utamanya pastilah mengenai kos perbelanjaan.

Ibunya mengetahui hasrat impian anaknya untuk ke Jepun dan ibunya sentiasa menyokong minat anaknya dengan memberi upah kepada gadis ini sebanyak $20 sebulan atas ganjaran menolong ibunya bekerja. Atas dasar minatnya yang sangat mendalam terhadap Jepun, dia mencari inisiatif lain untuk mencapai impiannya ke Jepun dan impiannya untuk ke Jepun telah pun tercapai apabila dia menemui platform Airtripp Funding.

Kisah ini bermula apabila dia menjumpai satu platform yang dikenali sebagai Airtripp Funding. Secara tidak langsung, platform ini juga telah menemukan dia dengan ramai kenalan daripada Jepun. Perkara ini telah menambahkan lagi minatnya yang mendalam terhadap Jepun, mahupun dari segi bahasa, budaya, cuaca dan suasana di Jepun dan perkara ini telah menambahkan lagi semangatnya untuk mencapai impian ke Jepun. Dia menceritakan segala impiannya ke Jepun kepada kawan-kawannya di Airtripp Funding iaitu impiannya untuk bermain salji, merasai pelbagai makanan Jepun, melawat tempat pelacongan Jepun dan yang paling penting adalah untuk berjumpa dengan rakan-rakan Jepun Airtripp Funding.

Segala maklumat dan perbelanjaan diletakkannya di laman web tersebut. Antara target perbelajaannya untuk melawat Jepun adalah $1,170.00 iaitu perbelanjaan tiket penerbangan, tempat tinggal dan sebagainya. Tetapi, dengan sokongan kawan-kawannya di Airtripp Funding, dia telah mendapat ramai sambutan daripada kawan-kawannya dengan memperoleh kutipan lebih daripada targetnya iaitu sebanyak $1,185.00. Perkara ini memang tidak boleh dilupainya. Dia berasa sangat seronok kerana impiannya untuk ke Jepun telah pun tercapai dalam usia muda. Melalui Airtripp Funding sahaja, segala impian gadis ini untuk menjumpai kawan-kawannya di Jepun dan menikmati keindahan pemandangan salji di Jepun akhirnya telah pun tercapai.

Cerita ini adalah kisah benar dan tiada perkara yang mustahil dalam platform Airtripp Funding. Airtripp Funding dapat membantu anda untuk mencapai impian anda dan mungkin anda juga boleh mencubanya untuk merealisaiskan impian anda melalui laman web ini. Jadi, jangan lupa kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan anda di Facebook, Whatsapp, Instagram dan Twitter yang mungkin memperoleh manfaat daripadanya.

Lihat projeknya di sini!

Comments
Comments are closed.