Cara untuk mendapatkan dana: biasiswa

Biasiswa: Cara mudah untuk mendapatkan tawaran dan 5 petua

Anda sedang mencari tawaran biasiswa? Seperti yang kami semua tahu, bantuan biasiswa dapat memudahkan bebanan untuk pelajar kerana bayaran biasiswa bukan sahaja membayar yuran pembelajaran, tetapi kos lebihan seperti kos harian juga. Namun begitu, kerana itu juga tawaran biasiswa sungguh sukar untuk didapat. Apakah cara untuk mendapat biasiswa? Apakah tips untuk mendapat tawaran itu? Kami himpunkan tips dan info biasiswa terkini untuk permohonan biasiswa sesi 2019/2020 ini untuk anda.

Alternatif Untuk Melanjutkan Pengajian / Memerlukan bantuan pendidikan biasiwa tetapi susah nak dapat?

Adakah anda pernah membuat permohonan sebelum ini untuk mendapatkan tajaan biasiswa? Atau mungkinkah ada sebahagian daripada anda sangat memerlukan biasiswa ataupun masih menunggu-nunggu respond permohonan tawaran biasiswa tersebut? Untuk pengetahuan anda, cara untuk mendapatkan biasiswa ini agak susah kerana persaingan kini semakin sengit di kalagan pelajar dari segi pencapaian akademik yang cemerlang. Tetapi, takkan anda mahu berputus asa begitu sahaja apabila mendapati bahawa anda tidak layak untuk mendapat tajaan biasiswa sedangkan terdapat alternatif lain untuk memperoleh bantuan pendidikan. Jadi di sini, kami akan berkongsikan tips bagaimana untuk mendapatkan bantuan kewangan pendidikan bagi melanjutkan pengajian ke tahap yang lebih tinggi.

Pelajar susah hendak mendapatkan tajaan biasiswa untuk melanjutkan pengajian di Universti dalam Malaysia dan Luar negara

Berapa banyak permohonankah yang pernah anda lakukan? Jika hanya sekadar satu, dua permohonan tajaan biasiswa sahaja lalu mengimpikannya untuk dapat tawaran tersebut, Memang tidak hairanlah jikalau anda tidak berjaya perolehi biasiswa tersebut. Hal ini kerana, untuk mendapatkan tajaan biasiswa tersebut sangatlah susah. Persaingan kini terlalu ramai. Hanya pelajar cemerlang yang bertuah sahaja berjaya mendapatkan tajaann biasiswa. Pelajar perlu bersedia mencari inisiatif lain bagaimana nak dapatkan bantuan kewangan pelajaran di universiti dalam Malaysia mahupun luar negara.

Kenapa para pelajar perlukan tajaan biasiswa dalam melanjutkan pelajaran ke Universiti dalam Malaysia mahupun luar negara

Bagi pelajar yang berpendapatan rendah, mereka sangat-sangat perlukan biasiswa ini. Mereka berkemungkinan mempunyai peluang yang besar untuk mendapatkan tajaan biasiswa tetapi dengan syarat, pelajar tersebut haruslah berusaha dan bersaing dengan calon-calon lain dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan tajaan biasiswa tersebut. Menariknya mengenai biasiswa ini sehinggakan para pelajar merebutkan peluang untuk mendapatkan tajaan biasiswa adalah kerana biasiswa dapat menanggung segala perbelanjaan sepanjang pengajian di univeristi di dalam Malaysia mahupun luar negara. Selain itu, kenapa para pelajar ini perlukan biasiswa adalah kerana biasiswa ini tidak sama dengan pinjaman, di mana para pelajar tidak perlu bayar balik segala perbelanjaan pendidikan tersebut. Jadi, para pelajar mestilah menggunakan wang tajaan biasiswa tersebut dengan sebaiknya supaya duit tersebut dapat digunakan untuk keperluan pembelajaran.

Alternatif untuk mendapatkan bantuan pendidikan selain biasiswa untuk melanjutkan pengajian ke univerisiti dalam Malaysia dan luar negara

Pasti sudah banyak permohonan tajaan biasiswa dari masa ke semasa yang sudah anda lakukan, akan tetapi sehingga kini masih tidak mendapat sebarang respond tawaran tajaan biasiswa yang anda pohon. Janganlah berputus asa kerana terdapat alternatif lain bagi para pelajar untuk mendapatkan bantuan kewangan pendidikan yang mungkin jarang sekali rakyat Malaysia ini sedari iaitu Crowdfunding. Crowdfunding adalah platform di mana melalui sambungan internet, ia membolehkan individu atau sekumpulan mereka meminta bantuan atau untuk mencapai impian dengan mendapatkan sumbangan dana dari individu lain yang mahu membantu. Pendek kata, ia adalah sumbangan dana daripada orang ramai secara online. Anda boleh menggunakan crowdfunding dengan meminta sokongan dan bantuan dana daripada orang ramai untuk meneruskan cita-cita anda melanjutkan pengajian ke tahap yang lebih tinggi.

Antara salah satu platform yang selamat dan mendapat sambutan orang ramai ialah Airtripp Funding di mana Airtripp Funding ini telah menyediakan pengumpulan dana secara online kepada orang ramai dengan mudah. Jadi, tunggu apa lagi? Anda boleh mencubakan crowdfunding di Airtripp Funding untuk mencapai impian anda. Jadi, jangan lupa kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan anda di Facebook, Whatsapp, Instagram dan Twitter yang mungkin memperoleh manfaat daripadanya.

Kaedah Sambung Belajar Selain Menggunakan Biasiswa

Adakah anda telah mencuba untuk mendapatkan biasiswa seperti JPA, MARA mahupun tajaan daripada institusi-institusi lain untuk tahun 2019 ini? Sampai sekarang masih tidak lagi mendapat sebarang panggilan atau tindak balas permohonan biasiswa anda? Bagi pelajar yang telah berjaya mendapatkan biasiswa, tahniah diucapkan kerana bukan mudah untuk mendapatkan biasiswa ini kerana pelajar yang cemerlang dan terpilih sahaja berjaya memperoleh biasiswa. Sebagai permulaan, kami akan berkongsikan cerita mengenai biasiswa serta tips bagaimana para pelajar dapat menyambungkan pelajaran  mereka tanpa menggunakan biasiswa.

Biasiswa Membantu Pelajar Melanjutkan Pelajaran Ke Universiti Dalam Malaysia Dan Luar Malaysia

Bila disebut mengenai biasiswa, pasti ramai yang merebutkan peluang ini untuk memohon biasiswa untuk menyambungkan pengajian universiti dalam Malaysia dan luar Malaysia. Walaupun banyak biasiswa yang ditawarkan untuk para pelajar bagi setiap tahun mahupun bagi peringkat diploma, ijazah, master dan PHD, tetapi peluang untuk memperoleh biasiswa agak sukar kerana setiap tahun, persaingan untuk mendapatkan biasiswa juga sangat sengit. Bukan itu sahaja, malah banyak juga biasiswa yang ditawarkan secara online kini seperti JPA, MARA mahupun tajaan yang ditawarkan dari  institusi-institusi lain. Kenapa ramai merebutkan biasiswa ini? Hal ini kerana biasiswa dapat menanggung perbelanjaan pengajian para pelejar apabila menyambungkan pelajaran mereka. Bukan itu sahaja, malahan biasiswa juga dapat membantu keluarga yang berpendapatan rendah menyambungkan pengajian mereka ke tahap yang lebih tinggi.

Syarat Kelayakan Untuk Mendapatkan Biasiswa

Siapa yang layak ditawarkan untuk memperoleh biasiswa? Pelajar yang terpilih sahaja mendapat kelebihan biasiswa ini iaitu pelajar yang cemerlang dalam akademik. Syarat kelayakan untuk mendapatkan biasiswa bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, malahan pelajar juga berpeluang mendapat biasiswa jika pelajar bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah dahulu mahupun di universiti. Ia menjadi tiket bonus kepada pelajar untuk mendapatkan biasiswa. Syarat Kelayakan yang utama ialah para pelajar yang membuat permohohanan biasiswa mestilah memenuhi semua syarat kelayakan yang ditawarkan setiap tajaan institusi-institusi yang menawarkan biasiswa jika pelajar itu betul-betul ingin melanjutkan pengajian mereka.

Sekarang, bagaimana pula jika anda tidak dapat mendapat biasiswa untuk sambung pelajaran? Seperti kami bincangkan tadi, kos untuk belajar ke luar negara adalah sangat mahal. Ada beberapa cara untuk mendapatkan dana, tetapi untuk kali ini, kami akan menerangkan tentang Crowdfunding!

Crowdfunding Dapat Membantu Para Pelajar Melanjutkan Pengajian tanpa Biasiswa

Jika kita melihat peratusan permohonan biasiwa setiap tahun, terlalu ramai yang telah membuat permohonan biasiswa. Anda jaminkah akan memperoleh biasiswa? Jika diikutkan, ramai sahaja para pelajar berhasrat untuk menyambungkan pengajian mereka di universiti dalam Malaysia atau luar Malaysia. Akan tetapi, halangat utama yang pasti para pelajar ini akan termpohi adalah masalah kewangan. Khususnya kepada pelajar yang berasal daripada keluarga yang berpendapatan rendah. Mereka tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan pengajian mereka. Kenapa perlu hentikan hasrat  nilai yang murni untuk mencari ilmu sedangkan ada kaedah lain untuk membantu anda menyambungkan pelajaran.

Crowdfunding adalah platform di mana melalui sambungan internet, ia membolehkan individu atau sekumpulan mereka meminta bantuan atau untuk mencapai impian dengan mendapatkan sumbangan dana dari individu lain yang mahu membantu. Anda boleh menggunakan crowdfunding ini untuk melanjutkan pengajian anda ke universiti dalam Malaysia dan luar Malaysia. Dengan menggunakan kaedah crowdfunding ini, ia dapat membantu pelajar menanggung yuran pengajian mereka. Malahan dapat juga mengelakkan para pelajar ini daripada belenggu hutang pinjaman pendidikan yang banyak. Paling utama sekali, crowdfunding ini dapat meneruskan cita-cita pelajar ini meneruskan pengajian mereka.

Tetapi, bagaimana nak buat crowdfunding? Banyak platform di internet yang menyediakan kaedah crowdfunding. Antaranya ialah Airfunding. Airfunding merupakan platform yang menyediakan pengumpulan dana secara online kepada orang ramai. Menariknya Airfunding ini ialah pihak yang memohon sokongan dana  ini tidak dikenakan caj sama sekali untuk menjalankan projek crowdfunding. Selain itu, projek anda juga akan sampai ke peringkat global di mana setiap individu boleh memberi sumbangan dana kepada anda. Akan tetapi, anda perlu memastikan bahawa anda mempunyai sebab yang kukuh untuk membuat orang ramai tertarik untuk menyokong dan memberi sumbangan untuk mencapai impian anda melanjutkan pengajian anda ke universiti dalam Malaysia dan luar Malaysia. Hal ini kerana, orang ramai tidak akan menolong anda hanya jika anda malas untuk mencari duit membayar yuran pembelajaran. Jadi, tunggu apa lagi? Anda boleh mencubakan crowdfunding di Airfunding Funding untuk mencapai impian anda. Jadi, jangan lupa kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan anda di Facebook, Whatsapp, Instagram dan Twitter yang mungkin memperoleh manfaat daripadanya.

Kami harap dengan artikel ini anda dapat tahu kaedah sambung belajar selain menggunakan biasiswa