Apa itu Crowdfunding?

Apa itu Crowfunding? Pernahkah anda dengar perkataan ini? Andakah anda perlukan servis ini? Artkel ini membincangkan persoalan-persoalan ini:

Crowdfunding: Definisi

Terma ini berasal dari dua perkataan: “Crowd” (Orang ramai) dan juga “Funding” (pembiayaan). Oleh itu, gabungan dua-dua perkataan ini membawa maksud “pembiayaan melalui orang ramai”

Secara mendalam lagi, sistem crowdfunding ialah sistem dimana seseorang individu dengan menggunakan perhubungan internet, meminta bantuan untuk mencapai impian atau matlamat mereka melalui bantuan kewangan dari individu lain yang boleh dan mahu membantu!

Crowdfunding: Jenis

  • Donation-type (Derma): Semua dana yang diberi akan di derma kepada pemilik projek, dan penyumbang tidak mendapat pulangan.
  • Equity-type (Ekuiti): Penyumbang akan dapat pulangan dalam bentuk faedah dari projek yang disokong, seperti pelaburan.
  • Debt-type (Pinjaman): Penyumbang akan dapat pulangan dalam bentuk bunga dari dana yang telah didermakan kepada pemilik projek
  • Reward-type (Ganjaran): Penyumbang akan dapat pulangan dalam bentuk servis atau produk dari pemilik projek

Crowdfunding: Kelebihan

  • Percuma! Tetapi bergantung kepada platform yang digunakan. Platform seperti Airtripp Funding tidak mengenakan kos kepada pencipta projek
  • Tiada bayaran balik! Ini pula bergantung kepada jenis crowdfunding yang disediakan di platform yang anda gunakan. Donation-type, seperti namanya bermaksud semua dana yang dikumpul akan diterima 100% kepada pencipta projek
  • Mudah! Sistem crowdfunding ialah konsep moden, dan moden bermaksud platform yang disediakan adalah 100% online, dan senang digunakan walaupun di telefon bimbit anda!

Apa yang anda tunggu lagi? Kami harap artikel ini dapat membantu anda untuk memahami “Apa itu Crowdfunding”. Ayuh mencipta peluang bukan sahaja untuk anda, tetapi untuk orang lain juga.