Tips Nak Dapatkan Biasiswa Dan Crowdfunding Untuk Belajar Ke Luar Negara

Bila sebut sahaja menegani belajar luar negara, semestinya para pelajarlah golongan yang paling seronok untuk merebutkan peluang tersebut. Tetapi, bila disebut mengenai kos pembelajaran, pelajar akan teragak-agak untuk meneruskan hasrat mereka untuk menyambung pelajaran mereka ke luar negara. Hal ini kerana, kos perbelanjaan di luar negara sangat mahal. Walaubagaimanapun, di sini kami akan berkongsikan beberapa tips untuk para pelajar mendapatkan bantuan kewangan pelajaran ke luar negara.

Biasiswa dapat membantu para pelajar menanggung kewangan pendidikan mereka di luar negara. Seperti yang kita sedia maklum, banyak sahaja sumber yang boleh didapati di internet mengenai biasiswa untuk ke luar negara. Tetapi para pelajar ini tidak tahu cara-cara untuk mendapatkan biasiswa ke luar negara dengan langkah yang betul. Anda mungkin boleh mengikuti langkah ini untuk menanggung kewangan pelajaran ke luar negara.

  • Kaji dahulu

Anda mestilah selidik dahulu dan sentiasa mengemaskini permohonan biasiswa yang terbaru melalui email anda dan laman web tersebut.

  • Periksa syarat dan kelayakan

Pelajar mestilah periksa syarat-syarat dan kelayakan kriteria untuk memohon biasiswa ke luar negara terlebih dahulu. Ia mestilah sepadan dengan kehendak program dan jurusan yang anda mahu ceburi.

  • Membuat persediaan

Ini adalah bahagian yang paling penting bagi para pelajar yang mahu mendapatkan biasiswa untuk belajar ke luar negara.  Para pelajar yang mahu mendapatkan biasiswa akan menempuhi beberapa ujian dan sesi temu duga. Jadi, pelajar ini seharusnya membuat persiapan yang secukupnya dalam menambahkan ilmu pengetahuan mereka.

Jika pelajar tidak berpeluag untuk mendapatkan biasiswa, mereka juga boleh menggunakan crowdfunding untuk belajar ke luar negara. Crowdfunding ini boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja. Ramai pelajar tidak tahu bahawa sudah ramai para graduan yang belajar ke luar negara telah berjaya hasil daripada crowdfunding. Jadi, di sini terdapat beberapa tips yang boleh digunakan untuk menjalankan crowdfunding ke luar negara.

  • Banyak platform crowdfunding yang dijalankan di internet. Walaubagaimanapun, setiap platform crowdfunding tersebut mempunyai ciri-ciri istimewa yang tersendiri. Anda mestilah membuat kajian terlebih dahulu yang mana sesuai digunakan supaya anda boleh meneruskan hasrat anda belajar ke luar negara.
  • Anda mestilah bijak menguruskan perjalanan dan kewangan anda. Hal ini kerana, sebaik sahaja dana yang anda perolehi daripada crowdfunding, anda harus menggunakan perbelanjaan tersebut dengan sebaik mungkin.
  • Jangan sesekali mengalah. Anda pasti berpeluang memperoleh bantuan kewangan pelajaran ke luar negara jika menggunakan crowdfunding. Tetapi, dengan syarat anda mempunyai alasan yang kukuh untuk menggunakan crowdfundng kerana orang ramai akan membantu akan jika niat anda untuk menggunakan crowdfunding ke jalan yang baik.

Kedua-dua cara ini dapat membantu para pelajar meneruskan hasrat mereka menyambung pelajaran mereka ke luar negara. Yang tinggal hanyalah kemahuan anda sahaja untuk melakukannya ataupun tidak. Jangan lupa kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan anda di Facebook, Twitter dan Instagram yang mungkin memperoleh manfaatnya.

Comments
Comments are closed.