Rebut Peluang Menjana Pahala Di Bulan Ramadhan al-Kareem

Sedar tak sedar, tinggal lagi beberapa hari sahaja lagi Ramadhan al-Kareem akan menutup tirai. Berat rasanya hati mahu meninggalkan Ramadhan al-Kereem, dimana ia merupakan bulan mulia, rahmat, barakah dan kebahagiaan bagi umat Islam. Segala amalan kita yang dilakukan di bulan Ramadhan al-Kareem akan dilipatkali gandakan pahala. Walaubagaimanapun kita masih berpeluang  untuk berebut mengunakan manfaat bulan keberkatan pada tahun ini. Di sini, terdapat beberapa perkongsikan yang boleh kita amalkan bersama dengan menjana pahala di bulan Ramadhan al-Kareem, mengamalkan amalan seperti berikut:.

1. Memperbanyakkan Sedekah

9 Manfaat Sedekah, Kreit Imej oleh Baitulmaal BMT Muamalat

Sedekah adalah sesuatu pemberian yang dilakukan dengan ikhlas tanpa dibatasi oleh jumlah tertentu dengan tujuan mahu mendekatkan diri kepada Allah dan membantu mereka yang dalam kesusahan. Banyak manfaat yang kita akan perolehi apabila bersedekah, seperti rajah di atas. Sedekah boleh dijalankan dengan pelbagai cara seperti memberi sumbangan di tabung-tabung masjid atau laman web crowdfunding yang disediakan.

2. Melunaskan Zakat Fitrah

Zakat Firah, Kredit imej oleh MYSumber

Zakat fitrah wajib atas semua individu dari kalangan lekaki, perempuan, golongan tua yang mempunyai lebihan atau cukup perbelanjaan sehingga hari raya. Zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk untuk dijadikan sumber keperluan asnaf ketika 1 Syawal. Jadi, jangan lupa untuk menunaikan zakat fitrah mengikut kadar bayaran seluruh negeri di Malaysia pada tahun 2019.

3. Melakukan Amalan Wakaf

Tiga Prinsip Pengolaan Harta Wakaf, Kredit imej oleh Rumah Wakaf

Islam menganjurkan amalan wakaf, satu fasiliti buat umat untuk mendapat keberkatan dengan mengekalkan harta kepada Allah. Wakaf berbeza dengan sedekah biasa kerana pahala wakaf tersebut akan terus mengalir selama barang yang diwakafkan itu digunakan bagi kemaslahatan masyarakat setempat kerana Allah menjanjikan pahala yang abadi bagi amalan wakaf. Wakaf boleh dijalankan secara tunai atau tradisional yang melibatkan pemberian aset kekal kepada msyarakat awam.

Jadi, ruang yang terbuka luas ini wajar diambil manfaat oleh umat Islam dalam bulan Ramadhan al-Kareem yang penuh mulia ini untuk memberi sumbangan dalam bentuk sedekah tambahan, bayaran zakat dan mengamalkan wakaf secara tunai atau kekal.Amalan ini secara tidak langsung dapat memberi manfaat kepada golongan yang kurang berkemampuan malah kepada masyarakat setempat. Bukan itu sahaja, dengan mengamalkan amalan tersebut, kita dapat membersihkan harta dari sumber haram atau syubhah di mana kita bebas daripada tanggungan harta syubhah yang terbabit. Jadi, sama-samalah kita merebutkan peluang di bulan Ramadhan al-Kareem yang mulia ini dengan mengamalkan amalan tersebut.

Comments
Comments are closed.