Projek sampingan yang boleh dilakukan pelajar universiti

Mungkin ada sekarang ialah pelajar university yang ada masa lapang untuk digunakan. Dengan itu juga ada mungkin ingin gunakan masa lebihan itu untuk membuat sesuatu yang bermakna. Disini kami ingin mengsyorkan beberapa aktivi yang anda boleh lakukan sebagai pelajar. Jangan lupa, projek sampingan ini boleh dilakukan tetapi pelajaran harus diutamakan.

1. Kerja Part-Time

Benda yang mungkin pertama datang dalam minda para pelajar-pelajar ialah membuat kerja part-time. Banyak kerja part-time yang boleh dicari di Malaysia untuk para pelajar, terutamanya di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Kerja part-time boleh merangkumi dari kerja sebagai staf kedai, ataupun seperti krew makanan untuk kenduri.

2. Freelancer

Bila dikatakan freelancer, biasanya ia agak serupa dengan part-time, tetapi imejnya lebih profesional. Kebiasaannya kerja freelancer seperti kerja menulis artikel atau kerja penterjemahan. Kemungkinan ramai yang boleh agak yang freelancer ini tidak semudah kerja part-time untuk dicari. Namun freelancer lagi banyak pengalaman dan juga pampasan yang boleh diterima. Kami disini mengsyorkan laman seperti Freelancer.com untuk mencari kerja freelancer.

3. Kerja sukarelawan atau volunteer untuk komuniti

Jika part-time, ataupun freelancer tidak dapat dicari, apa kata anda membuat kerja volunteer pula? Kerja komuniti mungkin tidak dapat memperoleh gaji/pampasan, namun kerja ini bagus jika anda ada hasrat ikhlas untuk menggunakan masa lebihan anda untuk menolong orang lain. Banyak cara untuk anda membuat kerja sukarelawan, sama ada cari media sosial atau laman seperti ini, ataupun anda boleh buat projek sukarelawan sendiri menggunakan crowdfunding.

4. Melaksanakan rancangan yang telah lama ditangguh

Cuba ingat balik apakah rancangan-rancangan yang anda telah rancangkan sebelum ini. Ingin cuba melukis, ingin mulakan gym, dan lain-lain. Mana lagi masa yang sesuai kalau bukan sekarang! Apabila anda sudah habis belajar, anda mungkin tidak dapat lagi masa terluang untuk lakukan semua perkara itu.

Ayuh gunakan masa anda dengan sebaiknya!

Comments
Comments are closed.