Platform Pengumpulan Dana Sempena Bulan Ramadhan Yang Bakal Menjelma

Sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelma tidak lama lagi, Kami daripada Airtripp Funding berbesar hati mengalu-alukan mana-mana badan pertubuhan organisasi (NGO), sekumpulan projek ataupun individu yang ingin mengkhabarkan usaha-usaha mereka semua ini kepada orang ramai sepanjang bulan Ramadhan yang akan datang seperti mengadakan misi bantuan kepada mereka yang memerlukan dalam bentuk makanan ruji, keperluan asas dan sebagainya.

Kami menyediakan platform untuk anda di mana anda semua boleh berkongsikan segala maklumat mengenai program yang hendak anda jalankan sepanjang bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi untuk dikongsikan kepada orang ramai. Dengan platform sedemikian dapat memberi kesedaran kepada orang ramai untuk memberikan sokongan  serta sumbangan berbentuk dana melalui online yang boleh dijalankan di media sosial.

Jika anda mahu lebih mendalami lagi mengenai platform Airtripp Funding, anda boleh melawatnya di sini . Semoga segala projek yang hendak anda semua jalankan dipermudahkan urusan.

Comments
Comments are closed.