Merancang trip dengan bajet rendah

Sekarang ialah musim bercuti! Di negara empat musim seperti di Korea atau England, bulan April ialah musim bunga dan ini adalah musim terbaik untuk membuat trip untuk melihat kecantikan alam ciptaan tuhan ini. Namun begitu, trip ke negara-negara ini bukanlah murah. Kadang kala ia boleh mencapai ribuan ringgit. Namun begitu, kebelakangan ini banyak video-video viral yang menunjukkan orang yang merancang trip dengan bajet rendah. Bagaimana ia boleh dilakukan?

Yang penting: Research tentang trip tersebut

Kalau dilihat tentang semua video-video trip yang viral di media sosial seperti FB atau Insta ini ialah video itu pasti dilengkapkan dengan offer-offer yang mereka telah jumpa untuk merealisasikan trip itu sendiri! Maka, apa yang mula-mula patut dibuat ialah membuat kaji selidik. Rajin-rajin melawat laman web servis seperti AirAsia atau WeGo jika ada offer masa terhad yang boleh anda dapatkan secepat mungkin. Boleh juga selidik tentang masa-masa dimana ia bukan lah musim “peak” untuk membuat trip impian itu. Seperti di Jepun, perbezaan di antara tiket penerbangan di musim “peak” dan biasa boleh sampai 2-3 kali ganda! Setelah selidikan yang cukup, poin seterusnya ialah:

Persediaan yang cukup

Walaupun anda sudah jumpa offer yang menarik dan murah, preparation lain masih boleh dilakukan untuk memudahkan lagi trip anda supaya senang ikut bajet yang anda sudah tetapkan. Banyak tips yang anda boleh lakukan seperti selidikan untuk itineri trip itu sendiri. Antaranya:

  • Tempat makan: Membawa makanan sendiri atau masak pasti lagi murah dari makan diluar setiap masa
  • Transport: Negara seperti Korea mempunyai sistem kereta api yang bagus, daripada naik teksi lebih baik selidik laluan kereta api yang boleh dilakukan
  • Tempat tinggal: Terutamanya kepada yang bujang, duduk di dormitari boleh menolong anda untuk potong bajet!
  • Timing menukar wang: Jika anda fasih tentang penukaran wang, peka dengan masa yang paling sesuai untuk dapatkan wang paling banyak!
  • Tanya kenalan: Jika anda bernasib baik untuk mempunyai kenalan yang sudah pernah pergi ke destinasi trip anda, anda boleh dapatkan tips untuk trip murah

Mungkin juga anda rasa, dengan semua tips ini masih susah untuk mengkikiskan lagi itineri trip anda untuk dapat bajet yang rendah. Kalau begitu, anda harus teruskan dengan poin yang seterusnya:

Dapatkan side income!

Dapatkan side income sebanyak mungkin sebelum pergi ke trip itu! Insyallah, bukan sahaja anda dapat melaksanakan trip itu dengan bajet yang anda telah tetapkan, tetapi mungkin juga anda boleh dapatkan duit lebih untuk digunakan. Antara cara yang kami rekomenkan:

  • Part-time: Cara paling jelas yang semua tahu
  • OT: Ini khas untuk yang telah bekerja, selagi ia tidak membebankan
  • Crowdfunding: Ada beberapa platform yang anda boleh guna untuk kumpulkan dana
  • Garage sale: Banyak garage sale yang boleh dicari untuk hujung minggu
  • Paling penting, mulakan Saving!
Comments
Comments are closed.