Kisah Umaimatu Berjaya Pulang Ke Tamale Untuk Menjaga Neneknya

Kisah ini menceritakan di mana Musah Umaimatu yang menetap di New Abriem, Ghana berhasrat untuk menjaga neneknya. Neneknya tinggal keseorangan di Tamale yang merupakan ibu kota dari Region Utara Ghana. Jadi, dia telah membuat crowdfunding untuk perbelanjaan perjalanannya ke Tamale. Dengan hasil sokongan rakan-rakannya di Airtripp Funding, dia telah berjaya menjaga neneknya di Tamale.

Neneknya tinggal keseorangan di Tamale. Neneknya berusia 85 tahun. Tambahan pula kondisi kesihatan neneknya juga dalam keadaan tidak baik di mana neneknya mengalami penyakit Diabetes dan Serangan Jantung. Katanya, neneknya boleh hidup bersendirian di Tamale selama ini, tetapi memandangkan kesihatan neneknya semakin teruk, dia berasakan bahawa ia sudah menjadi tanggungjawab keatasnya untuk menjaga neneknya. Dalam keadaan neneknyasebegitu, dia mengetahui bahawa neneknya memerlukan pertolongannya. Jadi, Umaimatu merancang untuk tinggal bersama neneknya agar dia dapat menjaga neneknya selalu.

Tetapi, Umaimatu memerlukan sokongan rakan-rakannya di Airtripp Funding supaya dia mampu untuk membeli tiket bas dan perbelanjaan perjalanan ke Tamale. Dia mempunyai masalah kewangan di mana duit simpanannya sudah tiada. Jadi, dia tidak mampu untuk membeli tiket bas dalam masa terdekat setelah mendapat tahu keadaan kesihatan neneknya semakin teruk. Dia bimbang akan kondisi neneknya. Selain itu, ayahnya juga bekerja keras untuk menanggung perbelanjaan mereka sekeluarga sehinggakan tiada simpanan lagi pada hujung bulan. Dia tidak mahu menyusahkan ayahnya yang sudah bekerja keras untuk menyara kehidupan keluarganya. Jadi, dia telah menggunakan crowdfunding yang telah disediakan di platform Airtripp Funding. Jika Umaimatu dapat sokongan daripada rakan-rakannya di Airtripp Funding, dia akan terus membeli tiket bas ke Tamale dan menjaga neneknya di sana. Dia sayangkan neneknya.

Tiada siapa mampu menjaga neneknya memandangkan saudaranya tinggal di negara yang berlainan. Hanya mereka sekeluarga sahaja tinggal di Ghana. Memandangkan ayahnya dapat pekerjaan di bandar yang berlainan, mereka terpaksa meninggalkan Tamale. Jadi, Umaimatu sahajalah harapan yang ada untuk menjaga neneknya. Dia berhasrat untuk menemani neneknya di kampung.

Jadi, dia telah meminta sokongan daripada rakan-rakannya di Airtripp Funding sebanyak $200 untuk membeli tiket bas dan menolongnya untuk perbelanjaan seharian mereka di Tamale. Sebaik sahaja tiba di Tamale, dia berhasrat untuk mencari kerja secepat mungkin. Hasil sokongan dan bantuan rakan-rakannya di Airtripp Funding, dia telah berjaya memperoleh dana lebih daripada tagetnya iaitu sebanyak $225.00

Akhirnya dia telah berjaya pulang ke Tamale untuk menjaga neneknya setelah mendapat sokongan rakan-rakannya di Airtripp Funding. Dengan adanya dana tersebut, secara tidak langsung ia telah memudahkan hasratnya dan membantu Umaimatu menyelesaikan masalah untuk menjaga neneknya di Tamale. Dia berasa sangat bersyukur dan berterima kasih kepada rakan-rakannya di Airtripp Funding kerana membantunya. Jadi, jika anda juga ingin mendapatkan dana untuk membantu orang yang tersayang, keluarga atau kawan-kawan, anda juga boleh menggunakan crowdfunding yang disediakan di Airtripp Funding. Jadi, jangan lupa kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan anda di Whatsapp, Facebook, Instagram dan Twitter yang mungkin memperoleh manfaat daripadanya.

Lihat projeknya di sini!

Comments
Comments are closed.