Kisah Regina Berjaya Membayar Yuran Sekolah Anaknya Setelah Menggunakan Crowdfunding

Regina Luz Clemente, berasal daripada San Jose, Filipina merupakan seorang ibu kepada lima orang anak. Kisah ini menceritakan di mana Regina telah menggunakan crowdfunding untuk membayar yuran persekolahan anak-anaknya. Dia telah mengalami kesempitan wang untuk membayar yuran sekolah anak-anaknya. Dengan hasil sokongan rakan-rakannya di Airtripp Funding, dia telah berjaya membayar yuran persekolahan anaknya untuk menyambungkan pelajaran mereka.

Dia berkongsi cerita di Airtripp Funding mengenai kisahnya dimana dia telah menanggung tiga orang anaknya secara sendirian. Pada enam tahun yang lalu, suaminya telah meninggalkan mereka sekeluarga setelah mendapat tahu bahawa suaminya sudah bersama perempuan lain. Saat suaminya meninggalkan mereka sekeluarga, Regina telah menjadi ibu tunggal kepada tiga orang anaknya. Suaminya hanya melepaskan diri meninggalkan tanggungjawanya lalu membiarkan mereka sekeluarga menyara hidup sendirian. Bekas suaminya itu tidak pernah menyara pendapatan mereka sekeluarga setelah berkeluarga bersama keluarga yang baru. Regina menghadapi kesukaran sebagai ibu tunggal untuk menyara dan menjaga kehidupan anak-anaknya secara sendirian.

Regina bukan sahaja terpaksa menyara hidup anak-anaknya, malah dia juga perlu menjaga ibunya yang tinggal bersama mereka. Dia mengalami masalah kewangan untuk menanggung perbelanjaan mereka terutama sekali pada ketika itu merupakan musim persekolahan hendak bermula. Dia mahu anak-anaknya menyambungkan pelajaran dan mengejar cita-cita supaya menjadi seorang yang berjaya pada masa hadapan. Tetapi pada ketika itu, dia mengalami kesempitan wang dan tidak mampu untuk menanggung yuran pembelajaran anaknya. Sebagai seorang ibu, dia mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya. Dia mahu memastikan anaknya berjaya pada masa hadapan. Dia telah berusaha mencari pelbagai cara untuk membolehkan anak-anaknya mampu meneruskan pembelajaran mereka.

Regina sedang menjalankan dua pekerjaan dalam satu masa. Pada mulanya, dia hanyalah bekerja sebagai  seorang pengasuh sahaja. Tetapi kerja tersebut masih tidak mencukupi untuk menyara perbelanjaan mereka sekeluarga. Disebabkan itu, dia juga telah menjual makanan di tepi jalan untuk menambahkan pendapatannya. Walaupun dia membuat dua pekerjaan dalam satu masa, dia hanya memperoleh $150 sebulan dan ia sekadar cukup-cukup sahaja untuk menanggung perbelanjaan seharian mereka sekeluarga.

Semua ibu mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka bukan? Tiada seorang ibupun mahu melihat anak-anaknya hidup susah. Begitu juga Regina di mana dia mahukan anak-anaknya mempunyai kehidupan yang baik. Dia mahukan masa depan anak-anaknya cerah di mana mempunyai pekerjaan yang baik malah membawa kepada kehidupan yang baik. Dia percaya bahawa anak-anaknya ada harapan yang cerah di masa hadapan kerana anak-anaknya rajin dan bagus dalam pembelajaran. Mereka semua mempunyai markah keputusan peperiksaan yang cemerlang. Memikirkan masa depan anak-anaknya, dia berusaha mencari inisiatif lain untuk membayar yuran persekolahan anak-anaknya itu.

Musim persekolah tidak lama lagi akan bermula pada ketika itu. Tarikh akhir untuk membayar yuran sekolah anak-anaknya adalah pada Januari 2019. Jika dia tidak dapat menjelaskan yuran sekolah anak-anaknya sebelum tarikh tersebut, anak perempuannya tidak akan dapat graduasi. Selain itu, anak sulungnya pula tidak dapat pergi ke sekolah sepenuhnya. Dia sudah tidak mampu lagi untuk membayar yuran pembelajaran sekolah anak-anaknya. Tetapi, sebaik sahaja dia mendapat tahu mengenai crowdfunding yang disediakan oleh Airtripp Funding, dia terus berkongsikan cerita dan meminta sokongan daripada rakan-rakannya di Airtripp Funding.

Dia memerlukan dana untuk membayar yuran sekolah, baju uniform sekolah anak-anaknya dan peralatan alat tulis. Dia hanya mempunyai duit simpanan $100 dan dia memerlukan selebihnya daripada rakan-rakannya di Airtripp Funding. Akhirnya, dia telah berjaya mendapatkan lagi $100 hasil sokongan rakan-rakannya di Airtripp Funding. Dia telah pun menggunakan duit tersebut untuk membayar yuran sekolah anak-anaknya. Dia berasa sangat beryukur kerana dana yang disumbangkan daripada rakan-rakannya di Airtripp Funding telah menampung yuran sekolah mereka selama satu tahun dan dia boleh mula membuat simpanan hasil daripada kerjanya untuk perbelanjaan yuran sekolah anak-anaknya pada tahun yang seterusnya. Paling utama sekali, rakan-rakan Airtripp Fundingnya telah membantu anak-anaknya meneruskan persekolahan untuk mengejar kehidupan yang lebih baik pada masa hadapan. Semoga Regina dan sekeluarga dapat menempuh perjalanan hidup dengan lebih baik pada masa hadapan. Jika anda juga memerlukan dana untuk membantu orang yang tersayang, keluarga atau rakan-rakan, anda boleh menggunakan crowdfunding yang disediakan di Airtripp Funding. Jadi, jangan lupa kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan anda di Whastapp, Facebook, Instagram dan Twitter yang mungkin memperoleh manfaat daripadanya.

Lihat projeknya di sini!