Kisah Kejayaan Bagus Menolong Mangsa Gempa Bumi Di Indonesia

Bagus, berasal daripada Makassar, Indonesia telah berjaya membantu mangsa-mangsa gempa bumi di Indonesia dengan menggunakan kaedah crowdfunding di Airtripp Funding. Dengan hasil sokongan rakan-rakannya di Airtripp Funding, dia telah berjaya meringankan beban mangsa-mangsa yang terlibat dalam gempa bumi tersebut dengan memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

Seperti yang kita sedia maklum, pada 28 September yang lalu telah berlakunya bencana alam yang sangat dahsyat di mana gempa bumi berkekuatan 7.4 M diikuti dengan tsunami serta beratus-ratus gempa susulan melanda pantai barat Pulau Sulawesi, Indonesia. Persistiwa ini telah mengorbankan lebih daripada 1,500 orang dan menjejaskan lebih daripada 50,000 orang. Pada ketika itu, mangsa kejadian berehat di pusat perlindungan kecemasan.

Ia merupakan episod ngeri bagi penduduk di sana di mana penemuan demi penemuan mayat yang sudah reput dan hancur oleh pasukan penyelamat. Pada ketika itu juga, ramai sukarelawan daripada seluruh dunia mahupun daripada negara Indonesia sendiri dan negara-negara lain turut menghulurukan bantuan kepada mangsa kejadian. Walaupun terdapat ramai yang menghulurkan sumbangan dan pertolongan, tetapi sumbangan tersebut masih tidak mencukupi bagi mangsa kejadian.

Pada bulan Ogos yang lalu, Pulau Lombok, Indonesia telah sekali lagi melanda kejadian gempa bumi dengan kekuatan magnitude 7 pada skala Ritcher di pulau itu. Begitu ramai pasukan penyelamat beroperasi di sana membantu mangsa kejadian. Terdapat juga sukarelawan daripada negara-negara lain ingin turut membantu tetapi bantuan tersebut terpaksa ditangguhkan seketika pada waktu itu atas berlakunya kejadian lapangan terbang yang tidak diingini. Operasi lapangan terbang pada ketika itu harus diberhentikan seketika. Jadi, Bagus yang merupakan warganegara tersebut telah menjadi sukarelawan membantu magsa kejadian di kawasan yang terjejas.

Dia ingin memberi sumbangan makanan dan minumam kepada mangsa-mangsa kejadian kerana keperluan tersebut sangat diperlukan oleh penduduk setempat. Dia telah mengumpulkan barang-barang keperluan penting untuk diberikan sumbangan kepada mangsa kejadian seperti pakaian, ubat dan makanan. Malah, dia juga ingin membeli makanan segera dan air mineral untuk diberikan kepada kakitangan bantuan.

Jadi, dia telah menggunakan crowdfunding yang disediakan oleh Airtripp Funding untuk meringankan beban mangsa kejadian. Dia memerlukan sokongan rakan-rakannya di Airtripp Funding untuk membeli barang-barang keperluan seperti air mineral, makanan segera, barang-barang kebersihan dan pakaian. Dia menceritakan segala kejadian yang telah berlaku pada ketika itu dan hasratnya betul-betul ingin membantu mangsa kejadian. Cerita tersebut telah menyentuh hati kawan-kawannya di Airtripp Funding akan semangat sukarelawan dan membantu mereka yang dalam kesusahan dalam diri pemuda ini.

Akhirnya, dia telah memperoleh $325.00 hasil sokongan rakan-rakannya di Airtripp Funding. Dia berasa sangat bersyukur dan berterima kasih tidak terhingga kepada rakan-rakannya di Airtripp Funding, malah kepada platform Airtrtipp Funding itu sendiri kerana menyediakan platform yang dapat merealisasikan hasratnya untuk meringankan beban dan membantu mangsa gemba bumi yang berlaku di negaranya itu telah pun tercapai. Dana tersebut telahpun selesai diagihkan kepada mangsa kejadian berbentuk keperluan asas. Secara tidak langsung, perkara murni sebegini telah memberi  kesan kepada dirinya malah kepada orang ramai. Semoga semangat kesukarelawanan dan jiwa yang bersih dalam dirinya tidak pernah pudar. Jika anda juga mempunyai projek untuk dijalankan bagi membantu kepada mereka yang memerlukan, anda juga boleh menggunakan crowdfunding yang disediakan di Airtripp Funding. Jadi, jangan lupa kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan anda di Whatsapp, Facebook, Twitter dan Instagram yang mungkin memperoleh manfaat daripadanya.

Lihat projeknya di sini!

Comments
Comments are closed.