Kisah Kejayaan Angelita Berjaya Mendapatkan Dana Membuat Bot

Kisah ini menceritakan di mana Angelita yang menetap di San Vicente, Filipina bekerja di seberang pulau. Pengangkutan utamanya untuk pergi bekerja semestinya adalah dengan menaiki bot. Jadi, dia telah membuat crowdfunding untuk mendapatkan bot motor untuk dirinya sendiri dan penduduk setempatnya supaya dia dapat bergerak bebas di sekitar pulau serta memudahkannya untuk pergi bekerja. Dengan hasil sokongan rakan-rakannya di Airtripp Funding, dia telah berjaya mendapatkan bot tersebut.

Dia memerlukan bot motor untuk pergi bekerja di mana tempat kerjanya merupakan kepulauan daripada 7 pulau. Pengangkutan utama di sana semestinya adalah dengan menaiki bot. Dia bekerja di seberang pulau yang memerlukannya untuk menggunakan bot setiap hari. Memandangkan pendapatan di negaranya rendah dan kos pengangkutan yang terlalu mahal, dia berhasrat untuk mendapatkan bot kecil untuk dirinya sendiri dan penduduk setempatnya. Jika dia mempunyai bot tersebut, secara tidak langsung dia dapat mengurangkan kos pengangkutan untuk pergi bekerja dan kehidupan rutin sehariannya menjadi lebih baik.

Bot itu bukan sahaja untuk kegunaannya, malah dia juga berhasrat untuk berkongsi bot tersebut bersama penduduk setempatnya. Mereka akan berkongsi perbelanjaan minyak bot tersebut bersama penduduk setempatnya dan secara tidak langsung mereka dapat menjimatkan wang mereka. Semua penduduk di tempat tinggalnya akan menjadi lebih mudah jika mereka mempunyai bot tersebut.

Tambahan pula, memandangkan rutin harian bagi penduduk setempat Angelita yang memerlukan mereka bergerak dari pulau lain ke pulau yang lain, dengan adanya kemudahan bot tersebut akan memudahkan mereka bergerak ke pulau-pulau yang mereka ingin tujui pada setiap hari. Selain itu, kebanyakan daripada mereka juga bekerja sebagai nelayan. Jadi, dia sangat berharap jika adanya bot tersebut, dia dapat mengurangkan beban mereka.

Jadi, Angelita berkongsikan cerita ini bersama rakan-rakannya di Airtripp Funding untuk mendapatkan dana membuat bot yang membolehkan dia dan penduduk setempatnya bergerak dari satu pulau ke pulau yang lain dengan mudah. Dia mempunyai simpanan $ 100 untuk mendapatkan bot tersebut dan selebihnya dia meminta sokongan daripada rakan-rakannya di Airtripp Funding. Projek ini telah pun berjaya, dan dia memperoleh $580.00 daripada rakan-rakannya di Airtripp Funding.

Jadi, dia telah pun berjaya memperoleh dana tersebut untuk membuat bot bagi keperluan dia dan penduduk setempatnya. Dia berasa sangat bersyukur dan berterima kasih kepada rakan-rakannya di Airtripp Funding atas sokongan dan dorongan yang diberikan. Semoga perjalanan kerja seharian mereka lebih mudah. Jika anda juga memerlukan dana untuk menolong orang yang tersayang, keluarga atau rakan-rakan, anda juga boleh menggunakan crowdfunding yang disediakan oleh Airtripp Funding kerana ia merupakan satu platform yang percuma dan mudah untuk mendapatkan dana. Jadi, jangan lupa kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan anda di Facebook, Whatsapp, Instagram dan Twitter yang mungkin memperoleh manfaat daripadanya.

Lihat projeknya di sini!

Comments
Comments are closed.