
3 mata untuk memahami 7 kelebihan crowdfunding
7 kelebihan crowdfunding
Sebelum kami kongsikan kepada anda beberapa kelebihan crowdfunding, baik anda lihat terlebih dahulu apa yang dimaksudkan dengan crowdfunding. Crowdfunding adalah pengumpulan dana kepada orang ramai secara online daripada individu ataupun sebuah kumpulan yang menjalankan sesebuah projek. Terdapat pelbagai platform yang menyediakan crowdfunding ini, akan tetapi kami akan sharekan kepada anda akan beberapa kelebihan crowdfunding, antaranya:
1、Membantu Mereka yang Memerlukan

Crowdfunding boleh dijalankan bagi mendapatkan dana untuk membantu mereka yang berada dalam kesusahan seperti:
- membayar bil perubatan yang tinggi
- mencari dana untuk menyambung pelajaran ke universiti di dalam negara mahupun luar negara
- membantu masyarakat setempat dalam kesusahan
Crowdfunding ini bukan sahaja dapat membantu golongan yang terdekat dengan kita sahaja seperti keluarga, rakan-rakan mahupun masyarakat setempat, akan tetapi ia masih boleh dijalankan untuk diri sendiri.
2、Memberi Peluang Kepada Individu Mencapai Impian
Semua orang pasti mempunyai impian yang tersendiri, bukan seperti:

- Melancong ke negara yang diimpikan selama ini
- Belajar ke luar negara
- Menyerlahkan bakat dengan menghasilkan album
- Menghasilkan sebuah karya
Dengan adanya crowdfunding, ia secara tidak langsung dapat membantu seseorang individu atau sekumpulan untuk mencapai impian mereka menjadi realiti!
3、Menjadikan Seseorang Lebih Kreatif

Invididu ataupun sekumpulan yang mahu jalankan sesebuah projek yang mungkin kebarangkalian akan membawa kepada benefit serta menyumbang kemajuan kepada orang ramai boleh terus laksanakan projek mereka dengan menjalankan crowdfunding. Dengan adanya kutipan dana crowdfunding tersebut, ia secara tidak langsung dapat meneruskan sesebuah projek tersebut dapat dilaksanakan dengan lancar tanpa sekatan atas kekurangan kos perbelanjaan projektersebut.
4、 Memberi ruang Kepada Pelajar Menjalankan Penyelidikan

Bila disebut mengenai pelajar, mereka tidak mempunyai kewangan yang lebih apabila mahu jalankan sesuatu penyelidikan. Penyelidikan sebegini sangat bagus bagi para pelajar kerana ia dapat meningkatkan kemahiran serta melahirkan sebuah generasi yang berfikiran kritis dan kreatif. Jadinya dengan bantuan kewangan orang ramai hasil daripada platform crowdfunding ini secara tidak langsung dapat membantu pelajar-pelajar tersebut untuk menjalankan aktiviti penyelidikan.
5、Boleh Menjalankan business

Bagi mereka yang baru berjinak ataupun mempunyai hasrat untuk membuka business, crowdfunding dapat membantu anda untuk mendapatkan modal perniagaan hasil sokongan daripada orang ramai. Anda boleh jalankan pernigaan seperti yang anda hasratkan selama ini dengan menjalankan crowdfunding agar business anda tersebut terlaksana.
6、Kemudahan Penderma untuk menderma

Kelebihan crowdfunding ini bukan sahaja kepada individu ataupun sekumpulan yang mahu jalankan crowdfunding, malahan penderma juga mudah untuk memberi sokongan dan membantu rakan mereka yang memerlukan kerana platform crowdfunding ini memudahkan penderma membantu mereka yang memerlukan hanya di atas talian.Pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja penderma boleh menyumbang serta memberi sokongan dana kepada orang ramai melalui platform crowdfunding.
7、Dapat meluaskan rangkaian berkenalan dan berhubung dengan orang ramai
Selain itu, penjalan projek juga dapat meluaskan rangkaian mereka dengan orang ramai ketika menjalankan crowdfunding. Mereka dapat berhubung dan mengukuhkan hubungan mereka dengan penderma. Tambahan pula, terdapat sebuah platform yang dapat meluaskan rangkaian derma bagi sesebuah projek kepada orang ramai di peringkat global seperti Airtripp Funding di mana semua orang dari seluruh dunia boleh memberi sokongan dana bagi projek anda.. Anda boleh lihat link tersebut untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.
Artikel yang disyorkan lain
Platform pengumpulan dana yang disyorkan lain
https://crowdfunding.airtripp.com/
Comments are closed.