Dana Untuk Mengadakan Pesta Krismas Kanak-Kanak Penduduk Iloilo!

Kisah ini menceritakan di mana Dhalia Torremoro daripada Bandar Iloilo, Filipina telah berjaya mengadakan pesta krismas bagi kanak-kanak penduduk setempatnya setelah mendapat hasil kutipan dana daripada kaedah crowdfunding yang dijalankan di platform Airtripp Funding.

Kanak-kanak adalah antara yang paling teruja apabila disebut mengenai perayaan krismas memandangkan ianya hanya berlaku setahun sekali. Hari krismas merupakan perayaan yang paling ditunggu tiap-tiap tahun terutama sekali kanak-kanak. Dhalia berkongsi ceritanya di Airtripp Funding di mana semenjak 16 tahun yang lalu, penduduknya akan mengadakan pesta krismas untuk kanak-kanak Iloilo pada setiap tahun 31 Disember. Pesta Krismas pasti akan disambut meriah di mana ia membawakan hari yang penuh magis dan penuh kemeriahan disambut lebih daripada 150 kanak-kanak penduduk setempatnya. Pesta krismas bagi kanak-kanak di Bandar Iloilo telah menjadi sebuah tradisi turun-temurun di sekitar penduduknya setiap tahun. Pesta ini bukan sahaja disambut meriah oleh kanak-kanak, malah ibu bapa mereka juga turut memeriahkan lagi suasana membantu menjalankan pesta krismas tersebut.

Kebiasaannya, mereka akan menyambut pesta krismas ini bergantung kepada jumlah hasil kutipan bersama komuniti mereka. Duit tersebut digunakan untuk membeli makanan dan hadiah kanak-kanak Iloilo. Masyarakatnya bukanlah daripada golongan yang berada. Pada ketika itu, kebanyakan daripada mereka mempunyai masalah kewangan sehingga mereka menghadapi kesukaran untuk  membeli hadiah yang mencukupi bagi semua kanak-kanak Iloilo. Kebanyakan daripada mereka berpendapatan rendah dan tiada siapa yang boleh mendapatkan pekerjaan yang tetap. Ibu bapanya perlu menyara kehidupan keluarganya yang ramai sehinggakan tiada siapa mampu mampu menyumbangkan perbelanjaan pesta krismas yang akan diadakan pada tahun lepas.

Bila disebut mengenai krismas, kanak-kanaklah antara yang paling teruja dan ditunggu-tunggu. Memandangkan mereka memikirkan keinginan kanak-kanak ini bergembira menyambut perayaan krismas, mereka berasa berhak untuk melihat kegembiraan anak-anaknya menyambut pesta krismas. Setiap tahun mereka akan berusaha keras memberikan yang terbaik untuk anak-anak mereka menyambut krismas. Mereka akan menyediakan makanan  yang menyelerakan, pelbagai aktiviti permainan yang menarik turut diadakan serta yang paling utama semestinya hadiah krismas bagi setiap kanak-kanak Iloilo. Tetapi malangnya mereka menghadapi kesuntukan masa untuk mencari kewangan perbelanjaan bagi menjalankan pesta krismas tersebut.

Buat masa ketika itu, Dhalia yang merupakan wakil penduduk Iloilo hanya mempunyai sedikit simpanan. Dia tidak mampu menyediakan jumlah perbelanjaan yang besar bagi pesta krismas penduduk setempatnya. Jadi, peluang terakhirnya ialah harapan bantuan rakan-rakannya di Airtripp Funding untuk menjalankan projek mereka agar kanak-kanak di Iloilo boleh menyambut pesta krismas dengan gembira. Secara tidak langsung, dana tersebut juga dapat mengurangakan kerisauan dan bebanan ibu bapa mereka.

Mereka telah bercadang untuk menggunakan dana tersebut untuk menghadiahkan kanak-kanak tersebut barang keperluan sekolah agar ia akan bermanfaat pada mereka di masa hadapan. Jadi, Dhalia hanya mampu mengeluarkan wang simpanan sebanyak $30 sahaja dan dia memerlukan sokongan selebihnya daripada rakan-rakannya di Airtripp Funding untuk membeli barang keperluan dan hadiah kanak-kanak Iloilo untuk menyambut pesta krismas.

Akhirnya, Dia memperoleh kutipan sebanyak $160.00 hasil sokongan rakan-rakannya di Airtripp Funding. Dia berasa sangat bersyukur dan berterima kasih tidak terhingga kepada rakanr-rakannya di Airtripp Funding, malah kepada platform Airtrtipp Funding itu sendiri kerana menyediakan platform yang dapat meringankan beban mereka malah memberi peluang anak-anak mereka menyambut pesta krismas dengan seronok. Kegembiraan dan kekaguman jelas terpancar di muka mereka. Pesta krismas yang diadakan di Iloilo tahun lepas sangat meriah.

Jika anda juga mempunyai projek untuk dijalankan bagi membantu kepada mereka yang memerlukan, anda juga boleh menggunakan crowdfunding yang disediakan di Airtripp Funding. Jadi, jangan lupa kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan anda di Whatsapp, Facebook, Twitter dan Instagram yang mungkin memperoleh manfaat daripadanya.

Lihat projeknya di sini!

Comments
Comments are closed.