Crowdfunding Untuk Merialisasikan Impian Melancong Ke Jepun

Anwesh Pati, seorang jejaka dari India telah membuat perkongsian ceritanya di Airtripp Funding mengenai impiannya untuk melancong ke Jepun. Dia memerlukan sokongan dan bantuan kewangan untuk mencapai impiannya ke Jepun. Dia telah menggunakan kaedah crowdfunding untuk mendapatkan sumbangan dana dari orang ramai. Kini, di dalam projeknya dia mempunyai 51 hari berbaki lagi untuk mendapatkan sokongan orang ramai dalam mencapai impiannya melancong ke Jepun.

Semua orang pasti mempunyai impian tersendiri bukan? Begitu juga pada Anwesh bahawa sudah lama dia mengimpikan untuk menetap di Jepun. Tetapi sebelum itu, dia mahu mengambil pengalaman dan merasai negara yang diidam-idamkannya terlebih dahulu iaitu melancong ke Jepun. Dia mahu mengenali sendiri keunikan budaya, tingkah laku sosial dan kehidupan seharian masyarakat Jepun. Katanya, dia hanya mampu untuk merasai negara Jepun di belakang tabir skrin televisyen sahaja. Jadi kini dia mahukan impiannya menjadi realiti.

Setiap orang mempunyai cita rasa berbeza, bagi Anwesh tidak kurang hebatnya di mana dia telah meminati Jepun dari kecil lagi. Dia telah membesar dengan kartun dan hiburan Jepun. Walaupun kartun berkenaan hanya hiburan, tetapi ia telah mendatangkan kesan kepada Anwesh kerana banyak pengajaran, budaya dan tingkah laku yang telah dipelajari. Betapa minatnya dia dengan Jepun dari kecil lagi telah menjadikan negara Jepun, negara kedua di hatinya.

Salah satu cara untuk mengetahui budaya asing ialah dari pembacaan buku dan mendengar cerita. Tetapi perkara ini luar biasa bagi Anwesh di mana perkara utama yang menarikkan hati dia untuk lebih medalami negara Jepun ialah melalui bahasa Jepun itu sendiri ketika dia berada di sekolah rendahnya. Kebiasannya, jika kita lihat barang-barang elektronik mahuun mainan pasti akan terdapat pelbagai bahasa yang ditulis di ‘instruction’ produk tersebut. Dia telah tertarik dengan bahasa Jepun di ‘instruction’ tersebut dan mula mempelajarinya daripada situ. Dia suka menyalin semula tulisan Jepun yang terdapat di ‘instruction’ itu ketika kecil. Semenjak itulah dia mula meminati negara Jepun.

Minatnya terhadap negara Jepun menjadi lebih mendalam apabila dia mula menonton satu cerita anime Jepun. Cerita pertama yang ditonton olehnya ketika kecil adalah cerita Digimon. Bukan sahaja sekadar cerita malahan dia juga terpesona dan tertarik dengan lagu tema anime tersebut. Jika anda nak tahu, anime ini wujud dalam pelbagai bentuk genre seperti aksi, romantic, komedi, sukan, seram dan banyak lagi. Salah satu cerita yang menyentuh hatinya ialah Crayon Shin-chan. Katanya, cerita tersebut sangat berkait-rapat dengan kehidupannya yang menjadikan dia tertanya-tanya bagaimanakah gaya hidup orang Jepun? Adakah sama dengan gaya hidup mereka dengan penduduk di negaranya?

Bukan itu sahaja, dia juga telah meminati drama-drama Jepun mahupun lagu-lagu Jepun terutama sekali Jpop. Semua faktor ini telah membawa dia untuk mempelajari dengan lebih mendalam mengenai negara Jepun. Katanya, lebih banyak dia mengetahui tentang Jepun, lebih tinggi minat dan sayangnya pada Jepun.

Kisah dia mula mengenali Airtripp adalah bermula di sini di mana pada tahun 2015, dia telah mencari satu aplikasi di ‘Play Store’ yang membolehkan dia membuat ramai kenalan daripada Jepun. Saat itulah dia berjumpa dengan Airtripp apabila sebaik sahaja dia dapat tahu bahawa developer aplikasi tersebut adalah berasal dari Jepun itu sendiri. Di dalam fikirannya, sudah pasti ramai pengguna Jepun di Airtripp. Jadi, perkara ini tidak mengecewakannya apabila dia betul-betul dapat mengenali ramai kenalan Jepun di Airtripp pada ketika itu.

Tetapi kebanyakan kawan-kawannya di Airtripp telah mula menghilang di media sosial secara beransur-ansur.Katanya, jika dia dapat pergi ke Jepun pada ketika itu mungkin dia dapat menguatkan atau sekurang-kurangnya mengekalkan persahabatan mereka.

Di dalam perancangannya ialah apabila sebaik sahaja impiannya ke Jepun tercapai, dia mahu meneroka semua tempat di Jepun. Dia mahu menggunakan peluang seumur hidup ini dengan melancong ke Tokyo, Osaka, Kyto, Fukuoka, Nara dan Kobe. Ia bukan sekadar melancong, dia juga mahu berjumpa rakan-rakannya di Airtripp secara langsung. Katanya, dia akan melancong ke Jepun bukan sebagai pelancong tetapi ia sebagai seorang penyelidik yang cuba mahu mendalami lebih dalam mengenali budaya, gaya hidup penduduk Jepun serta merenung sendiri keindahan suasana di Jepun.

Dia betul-betul mahu mendekati negara Jepun dengan lebih mendalam. Dia telah membuat persiapan untuk membolehkan dia melancong dan seterusnya tinggal di Jepun. Untuk meklumat tambahan, dia telah memperoleh tahap N3 dalam Ujian Kemahiran Bahasa Jepun (JLPT) dan sedang merancang untuk mencapai tahap tertinggi pada tahun depan. Dia telah menggunakan pelbagai laman web untuk menambahkan informasi dan ilmu pengetahuan dengan lebih mendalam mengenai Jepun. Walaupun dia sudah mengetahui banyak perkara mengenai Jepun akan tetapi masih banyak lagi yang perlu dipelajari olehnya. Pengetahuan sahaja tidak lengkap jika tidak melawat negara tersebut.

Anwesh bekerja sebagai ‘software analyst’ semenjak November 2017 dan pendapatan bulanannya ialah sebanyak $250. Kos sara hidup di India dan Jepun sangat berbeza dan susah baginya untuk menampung perbelanjaan mencapai impiannya melancong ke Jepun sendirian. Perkara yang paling mengejutkan baginya ialah  apabila dapat tahu harga makanan tengahari yang dia peruntukkan di India hanyalah sekadar $1 sahaja. Akan tetapi, di Jepun memerlukan $10 untuk makan tengahari.

Jadi, dia telah menggunakan kaedah crowdfunding yang telah disediakan di Airtripp Funding untuk merebut peluang ini melancong ke negara yang diidam-idamkannya selama ini iaitu Jepun. Dia percaya bahawa semua orang mampu untuk melancong tanpa mengira bangsa dan latar belakang kewangan mereka. Jadi,dia sangat berharap untuk mendapat sokongan sekurang-kurangnya $2200 walaupun perjalanan ini boleh membawa lebih daripada $2700.

Jadi, dia telah meletakkan jumlah dana yang diperlukan secara terperinci di Airtripp Funding iaitu perbelanjaan tiket kapal terbang, penginapan, pengangkutan, makanan serta perbelanjaan-perbelanjaan lain seperti SIM card, insurans dan sebagainya. Sebaik sahaja dia mencapai target dana yang diperlukan itu, dia akan melancong ke Jepun. Targetnya untuk melancong ke Jepun adalah sekurang-kurangnya beberapa bulan sebelum Olimpik 2020 bermula di Tokyo. Sudah pasti negara tuan rumah tersebut akan mempersiapkan diri menjalankan majlis besar-besaran. Jadi, dia tidak mahu melepaskan peluang ini untuk mengambil pengalaman mengenali dengan penduduk-penduduk di Jepun di samping menganali budaya Jepun.

Dengan hasil sokongan yang diperolehi daripada rakan-rakannya di Airtripp Funding, dia telah berjaya memperoleh $503.00 setakat ini. Kini dia mempunyai 51 hari berbaki lagi untuk mengutip dana daripada rakan-rakannya di Airtripp Funding. Dia berasa sangat bersyukur dan berterima kasih kepada kawan-kawannya yang telah membantunya di Airtripp Funding kerana memberi peluang untuk mencapai impiannya melancong ke Jepun. Memandangkan dia mempunyai 51 hari berbaki lagi di Airtripp Funding, anda juga mungkin berpeluang untuk membantu Anwesh mencapai impian yang diidam-diidamkannya selama ini. Dia sangat berharap akan bantuan dan sokongan anda dalam merilisasikan impianya ke Jepun.

Bagi mereka yang ingin memulakan projek mereka tetapi tidak memiliki modal yang mencukupi, anda juga boleh cuba menggunakan crowdfunding yang telah disediakan oleh Airtripp Funding untuk meneruskan projek yang anda ingini. Jadi, jangan lupa kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan anda di Whatsapp, Facebook, Twitter dan Instagram yang mungkin memperoleh manfaat daripadanya.

Lihat projeknya di sini!

Comments
Comments are closed.