Crowdfunding Untuk Menjalankan Rawatan Pembedahan

Mai Le Vy, seorang gadis daripada Vietnam telah berjaya membantu adiknya menjalankan rawatan pembedahan sebaik sahaja menjumpai Airtripp Funding. Dia merupakan kakak kepada dua adik kembarnya yang mengalami masalah kesihatan. Kos rawatan bagi penyakit adiknya sangat mahal dan dia tidak mampu untuk menjalankan pembedahan bagi penyakit mereka berdua. Jadi, dia telah menggunakan crowdfunding untuk membantu adiknya. Dengan hasil sokongan rakan-rakannya di Airtripp Funding, dia telah berjaya membantu adiknya menjalankan rawatan pembedahan.

Mereka sangat  memerlukan rawatan pembedahan tersebut. Dua adiknya merupakan kanak-kanak kembar yang berusia 8 tahun. Salah seorang daripada adiknya mengalami kecacatan kongenital di kakinya yang dikenali sebagai Clubfoot. Penyakit tersebut menyebabkan adiknya tidak boleh berjalan dengan betul seperti kanak-kanak yang lain. Manakala, adik kembarnya yang kedua pula mengalami penyakit Glaukoma. Ia merupakan penyakit mata yang menyebabkan kerosakan pada saraf optik. Mereka memerlukan ubat dan rawatan pembedahan supaya mereka boleh hidup seperti kanak-kanak lain di luar sana.

Mereka menghadapi kurang keyakinan dalam diri mereka. Hal ini kerana,mereka tidak boleh bermain seperti kanak-kanak yang lain, memandangkan kecacatan yang mereka hadapi. Adiknya tidak dapat berlari seperti kanak-kanak yang lain memandangkan dia mempunyai masalah di kakinya. Manakala, adik kembarnya yang kedua pula tidak boleh melihat dengan jelas seperti kanak-kanak yang lain memandangkan dia mengalami masalah kesihatan di matanya. Keadaan sebegini menyebabkan kesan kurang keyakinan dalam diri mereka. Jadi, rawatan pembedahan seperti ini sangatlah penting bagi mereka supaya mereka dapat hidup ceria dan bahagia seperti kanak-kanak yang lain di masa hadapan.

Siapa yang tidak sayang akan adik-adiknya bukan? Le Vy sangat berharap untuk mendapatkan rawatan pembedahan adiknya sebelum penyakit mereka merebak menjadi lebih teruk. Tetapi malangnya, mereka sekeluarga megalami masalah kewangan dan tidak mampu untuk menjalani rawatan pembedahan mereka berdua. Ibunya tidak bekerja memandangkan dia terpaksa menjaga adik-adiknya di rumah kerana mereka mesti diawasi selalu dan tidak boleh ditinggalkan keseorangan. Manakala, Le Vy pula merupakan seorang pelajar. Dia tidak mampu untuk menanggung rawatan pembedahan adik-adiknya. Sebab itulah, gadis ini meminta pertolongan rakan-rakannya di Airtripp Funding agar adiknya dapat menjalani rawatan pembedahan pada masa hadapan.

Dia hanya mempunyai simpanan berjumlah $ 200. Simpanan tersebut tidak cukup untuk menanggung perbelanjaan rawatan pembedahan adik-adiknya. Jadi, dia memerlukan sokongan dana berjumlah $1,300.00 untuk $1000 perbelanjaan pembedahan, $ 300 untuk kos rawatan dan pemulihan serta $200 untuk perbelanjaan harian mereka.

Akhirnya, dia telah pun berjaya memperoleh dana daripada rakan-rakannya di Airtripp Funding iaitu sebanyak $1,475.00 lebih daripada apa yang dijangkakan olehnya. Dana terseut telah pun digunakan untuk rawatan pembedahan adik-adiknya. Dia berasa sangat bersyukur dan berterima kasih yang tidak terkata kepada rakan-rakannya di Airtripp Funding atas sokongan dan dorongan yang diberikan. Semoga adik-adiknya dapat menjalani kehidupan yang lebih baik pada masa hadapan. Jika anda juga memerlukan dana untuk membantu orang yang tersayang, keluarga atau rakan-rakan, anda boleh menngunakan crowdfunding yang disediakan di Airtripp Funding kerana ia merupakan satu platform yang percuma dan mudah untuk mendapatkan dana. Jadi, jangan lupa kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan anda di Facebook, Whatsapp, Instagram dan Twitter yang mungkin memperoleh manfaat daripadanya.

Lihat projeknya di sini!

Comments
Comments are closed.