Crowdfunding Untuk Menjalankan Projek Perlindungan Haiwan di Langkawi

Sekumpulan anak muda daripada Program Kepimpinan Tun Razak sedang menjalankan sebuah projek perlindungan haiwan di Langkawi. Mereka ingin membuat pembaharuan dan peningkatan dari segi cara-cara pemeliharaan dan penjagaan haiwan yang terbiar di rumah perlindungan haiwan. Oleh itu, mereka telah menggunakan crowdfunding untuk mendapatkan sokongan dana dari orang ramai bagi meneruskan projek mereka berjalan dengan lebih lancar.

Mereka telah bekerjasama dengan ‘Langkawi Animal Shelter and Sactuary Foundation’ (LASSie) bagi menjalankan projek ini. LASSie ini merupakan sebuah pertubuhan yang menempatkan haiwan yang terbiar, ditinggalkan atau didera.

Jadi, objektif utama mereka untuk mendapatkan dana projek tersebut adalah untuk meningkatkan penjagaan kesihatan dan pengambilan ubat serta rawatan haiwan yang terjaga di LASSie. Seterusnya, mereka memerlukan dana tersebut untuk membayar perbelanjaan pemindahan tempat tinggal haiwan tersebut ke tempat tinggal baharu yang lebih baik. Kebiasaannya mereka akan dipindahkan ke luar negara bersesuaian dengan habitat binatang tersebut.

Di sini, terdapat beberapa gambar haiwan yang terbiar, ditinggalkan atau didera oleh pemilik yang tidak bertanggungjawab. Mereka memerlukan pusat perlindungan, rawatan yang terjaga dan makanan yang mencukupi.



Ini adalah Scar, yang diberi nama dari tanda parut besar di belakangnya atas kejadian yang berlaku padanya di mana terdapat pihak yang tidak berperikemanusiaan telah menuangkan air panas di badannya.

Kucing ini  diberi nama Wawa di mana ia merupakan seekor kucing yang telah didera lalu dibuang di tepi jalan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Jikalau mereka yang prihatin seperti  ini tidak membawa haiwan-haiwan tersebut ke LASSie, apa yang akan terjadi kepada haiwan tersebut di masa hadapan?

Secara ringkasnya, semua haiwan di LASSie telah mengalami penderaan yang teruk dari tangan manusia yang tidak bertanggungjawab. Malangnya, haiwan ini tidak mempunyai suara untuk bercakap dan meminta pertolongan apabila mereka memerlukan. Oleh itu, ia telah menjadi tanggungjawab kita sebagai masyarakat yang prihatin untuk menghulurkan segala yang kita mampu dalam membantu haiwan-haiwan tersebut yang malang. Makhluk ciptaan tuhan yang indah ini juga berhak menerima penjagaan serta pemeliharaan yang baik seperti kita.

Walaubagaimanapun, target jumlah dana yang diperlukan bagi menjalankan projek mereka adalah sebanyak $1,000.00. Kini, dia baru memperoleh sokongan dana tersebut daripada orang ramai sebanyak $654.00. Dana tersebut akan digunakan untuk menjalankan projek mereka dalam pemuliharaan haiwan. Kini, dia mempunyai 27 hari berbaki lagi untuk mengutip dana daripada rakan-rakannya di Airtripp Funding. Mereka berasa sangat bersyukur dan berterima kasih kepada orang ramai yang telah membantu mereka di Airtripp Funding kerana memberi peluang kepada mereka menjalankan projek pemuliharaan haiwan dengan lebih mudah.

Jadi sokongan anda semua di Airtripp Funding sangat bermakna kepada mereka dalam memelihara haiwan yang teraniaya. Anda bukan sahaja menolong mereka menjalankan projek, malahan anda juga sudah membantu haiwan yang memerlukan. Memandangkan mereka mempunyai 27 hari berbaki lagi di Airtripp Funding, anda juga mungkin berpeluang untuk membantu mereka menjalankan projek.

Di sini, terdapat beberapa pautan yang boleh anda lawati untuk mendapatkan informasi mereka dengan lebih lanjut mengenai projek mereka. Jadi, jangan lupa kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan anda di Whatsapp, Facebook, Twitter dan Instagram yang mungkin memperoleh manfaat daripadanya.


Lihat projeknya di sini!
Official Site
Instagram Page
Facebook Page


Comments
Comments are closed.