Crowdfunding Untuk Mendapatkan Rawatan Penyakit Mioma Uteri

Kisah ini menceritakan mengenai Andres dari Guayaquil, Ecuador. Ibunya telah mengalami Penyakit Mioma Uteri. Dia telah menggunakan crowdfunding untuk membayar kos rawatan penyakit ibunya. Akhirnya, setelah mendapat sokongan rakan-rakannya di Airtripp Funding, dia telah berjaya membantu ibunya mendapatkan rawatan tersebut.

Ibunya berusia 57 tahun. Dia mempunyai penyakit Mioma Uteri semenjak 2017 yang lalu di mana ia merupakan penyakit tumor jinak pada dinding rahim. Tetapi mereka baru sahaja mendapat tahu akan penyakit yang dihadapi oleh ibunya pada tahun ini apabila penyakit tersebut telah menunjukkan simptom seperti badan yang sentiasa rasa lesu, penat, pening kepala dan berlaku pendarahan. Jadi, doktor telah menjelaskan penyakit yang dialami oleh ibunya sebaik sahaja di bawa ke klinik. Nasihat doktor pada ibunya bahawa dia perlu melakukan pembedahan. Walaubagaimanapun sebelum pembedahan mesti dilakukan, ibunya terpaksa membuat beberapa rawatan susulan terlebih dahulu.

Tambahan pula, Ibunya merupakan ibu tunggal kepada empat orang anak. Ayahnya menghilangkan diri beberapa tahun yang lalu seterusnya meninggalkan Andres dan ibunya. Selepas kejadian itu, ibunya telah berkahwin dengan lelaki lain dan melahirkan tiga orang anak. Walaubagaimanapun, umur ayah tirinya tidak lama. Ayah tirinya telah meninggal dunia 18 tahun yang lalu. Jadi, banyak pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibunya akan tanggungjawab menjaga mereka sekeluarga secara sendirian. Oleh itu, Andres berhasrat untuk membalas semula jasa pengorbanan ibunya yang telah menjaga mereka sekeluarga selama ini. Dia mahu menjaga dan menolong ibunya mendapatkan rawatan penyakit tersebut.

Andres telah mula mendapatkan kerja dan da memperoleh pendapatan bulanan sebanyak $400. Tetapi pendapatannya hanya cukup sekadar menanggung perbelanjaan harian keluarganya. Dia tidak mampu untuk membuat simpanan daripada gajinya untuk mendapatkan kos rawatan penyakit ibunya. Kos rawatan ibunya sangat mahal iaitu berjumlah $500, manakala untuk pembedahan pula berharga $900. Katanya, jika dia terus melakukan pembedahan tanpa mendapatkan rawatan susulan boleh membawa kepada bahaya dan risiko yang tinggi atas kesihatan ibunya. Jadi, dia berhasrat untuk mendapatkan rawatan susulan dan seterusnya pembedahan penyakit ibunya.

Dia berkongsi cerita bersama kawan-kawannya di Airtripp Funding akan bantuan dana yang diperlukan untuk mendapatkan perbelanjaan rawatan penyakit ibunya. Dia hanya memiliki $500 duit simpanan. Dengan simpanan tersebut, dia masih mampu untuk mendapatkan rawatan susulan penyakit ibunya. Tetapi, dia tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan pembedahan penyakit ibunya itu. Dia sangat-sangat memerlukan dana tersebut supaya ibunya dapat menjalani kehidupan seperti biasa semula.

Akhirnya, dia telah pun berjaya memperoleh dana tersebut untuk mendapatkan rawatan pembedahan penyakit ibunya daripada sokongan rakan-rakannya di Airtripp Funding sebanyak $343.00. Dia berasa sangat bersyukur dan berterima kasih kepada rakan-rakannya di Airtripp Funding atas sokongan dan dorongan yang diberikan. Dia berkata bahawa dia akan membawa ibunya terus ke Klinik La Sotomayor sebaik sahaja mendapat dana tersebut supaya dia boleh mendapatkan rawatan susulan dan pembedahan ibunya.

Semoga kesihatan ibunya bertambah lebih baik di masa hadapan. Jika anda juga memerlukan dana untuk menolong orang yang tersayang, keluarga atau rakan-rakan, anda boleh menngunakan crowdfunding yang telah disediakan di Airtripp Funding kerana ia merupakan satu platform yang percuma dan mudah untuk mendapatkan dana. Jadi, jangan lupa kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan anda di Facebook, Whatsapp, Instagram dan Twitter yang mungkin memperoleh manfaat daripadanya.

Lihat projeknya di sini!

Comments
Comments are closed.