Crowdfunding Untuk Mendapatkan Rawatan Kecederaan Kaki

Francisca merupakan seorang gadis yang menetap di Surabaya, Indonesia telah mengalami kemalangan yang mendatangkan kecederaan kedua kakinya. Dia memerlukan bantuan dana untuk membayar yuran rawatan luka di kakinya memandangkan kesakitan dikakinya masih terasa walaupun selepas tiga puluh hari berlaku. Jadi, dia telah membuat keputusan menggunakan crowdfunding untuk mendapatkan rawatan kecederaan kakinya. Dengan hasil sokongan rakan-rakannya di Airtripp Funding, dia berjaya mendapatkan rawatan kecederaan kedua kakinya.

Nasib tidak menyebelahi Francisca apabila motor yang ditunggang gadis itu terlibat dalam satu kemalangan pada sebulan yang lalu. Bercerita lanjut mengenai kemalangan itu, dia berkata bahawa dia telah mendapatkan rawatan kecil untuk merawat luka di kakinya tetapi ia masih tidak berkesan. Walaupun sudah sebulan berlalu, perit di kakinya masih kian terasa. Keluarganya juga tidak mempunyai lebihan duit untuk menanggung rawatan luka di kakinya. Dia hanya mampu mendapatkan rawatan tradisional tetapi masih tidak berkesan. Perkara yang paling membimbangkan Francisca ialah apabila dia sendiri tidak tahu keadaan kakinya sama ada kakinya mengalami patah tulang atau tidak.

Mereka sekeluarga tidak mampu untuk menanggung rawatan kecederaan kakinya. Katanya, ibu bapanya bekerja di sebuah kilang dan hasil pendapatan mereka sebulan hanyalah $138. Duit itu sahajalah digunakan untuk perbelanjaan anaknya seramai 3 orang termasuk yuran sekolah harian mereka. Dia tahu bahawa dia perlu mendapatkan rawatan kakinya di hospital memandangkan keadaan kakinya semakin teruk sehinggakan kesakitan yang dialami di kakinya tidak membolehkan dia tidur di malam hari walaupun sudah sebulan yang lalu menjalankan rawatan tradisional. Tetapi dalam situasi yang sebegini dia tidak mampu untuk mendapatkan rawatan luka di kakinya.

Memandangkan kesakitan yang dialami di kakinya menyebabkan dia tidak mampu berjalan sehingga ke hari ini, dia terpaksa menagguhkan pembelajaran sekolahnya. Jika luka di kakinya tidak dirawat secepat mungkin, ia bukan sahaja akan menjejaskan pembelajarannya di sekolah, malah berkemungkinan dia terpaksa memakai tongkat sepanjang hayatnya.

Namun, dia mahu mendapatkan pemeriksaan susulan bagi memastikan kepastian mengenai luka di kakinya. Dia memerlukan sokongan rakan-rakannya di Airtripp Funding sebanyak $330 untuk perbelanjaan rawatan luka di kakinya. Besar nilai baginya dan mereka benar-benar tidak mampu untuk mendapatkan jumlah sebegitu.

Akhirnya, dia telah pun berjaya memperoleh dana tersebut sebanyak $330 setelah mendapat hasil sokongan dan dorongan rakan-rakannya di Airtripp Funding. Sebaik sahaja mendapat dana tersebut, dia telah pun pergi ke hospital dan mendapatkan rawatan susulan di kakinya. Dia berasa sangat bersyukur dan berterima kasih kepada rakan-rakannya di Airtripp Funding atas sokongan dan dorongan yang diberikan. Semoga Francisca dapat menempuhi perjalanan hidup dengan lebih sukses di masa hadapan. Jika anda juga memerlukan dana untuk menolong orang yang tersayang, keluarga atau rakan-rakan, anda boleh menngunakan crowdfunding yang disediakan di Airtripp Funding kerana ia merupakan satu platform yang percuma dan mudah untuk mendapatkan dana. Jadi, jangan lupa kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan anda di Facebook, Whatsapp, Instagram dan Twitter yang mungkin memperoleh manfaat daripadanya.

Lihat projeknya di sini!

Comments
Comments are closed.