Crowdfunding Untuk Membayar Sewa Apartment

Olamide merupakan seorang ibu tunggal yang menetap di Lagos, Nigeria. Dia telah menggunakan crowdfunding untuk membayar apartment, kediaman barunya. Akhirnya, dia telah berjaya pindah ke apartment bersama anaknya setelah mendapat hasil sokongan rakan-rakannya di Airtripp Funding.

Pada tiga bulan yang lalu, wanita ini telah dijuji dengan kehilangan suaminya akibat kemalangan jalan raya. Kini, dia tinggal bersama seorang anak kecilnya yang berusia 8 bulan. Katanya, ketika dia menjalani kehidupan bersama suaminya ketika dahulu, perbelanjaan harian mereka sekeluarga semuanya mencukupi. Tetapi kini mustahil baginya untuk menanggung perbelanjaan kehidupan keluarganya seorang diri.

Sebulan selepas kehilangan suaminya itu, Olamide telah diarahkan untuk meninggalkan rumahnya apabila mendapati dia tidak mampu lagi untuk membayar duit sewa kediaman. Jadi, dia telah mengambil keputusan untuk menumpang di rumah kawannya. Tetapi malangnya, wanita ini terpaksa meninggalkan rumah tersebut tidak lama lagi memandangkan kawannya akan mendirikan rumah tangga. Wanita ini terpaksa mencari tempat tinggal yang baru. Jadi, sebab itulah dia menggunakan crowdfunding untuk membayar tempat tinggal yang baru bagi menjalani kehidupan bersama anaknya.

Dia sudah tidak mempunyai sesiapa lagi untuk meminta pertolongan. Tambahan pula, dia bekerja di salon kecantikan dan pendapatan bulanannya hanyalah $50. Dengan jumah pendapatan tersebut, dia tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan keperluan harian anak kecilnya itu seperti lampin, makanan, susu dan sebagainya. Ketika itu, ibunya sahajalah yang tinggal untuk meminta pertolongan. Akan tetapi, ibunya juga tidak mampu untuk menolong wanita ini memandangkan ibunya juga tidak bekerja serta tidak mempunyai pendapatan yang tetap atas masalah kesihatan yang dihadapi. Jadi, harapan yang tinggal oleh wanita ini adalah rakan-rakan Airtripp Fundingnya sahaja ! Dia memerlukan pertolongan dan sokongan mereka supaya dia dan anak kecilnya mempunyai tempat kediaman yang tetap.

Dia mahu berpindah ke apartment agar dia dapat menjalankan kehidupan yang baru bersama anaknya lalu memulakan simpanan untuk masa depan anaknya. Kini, dia hanya mempunyai simpanan sebanyak $50 sahaja dan wang tersebut tidak mampu untuk membayar apartment. Katanya, apabila dia mendapat sokongan daripada rakan-rakannya di Airtripp Funding, dia berhasrat untuk membayar sewa apartment tersebut untuk tempoh beberapa bulan agar dia boleh membuat simpanan seterusnya untuk menanggung perbelanjaan dia bersama anaknya di masa hadapan.

Jadi, hasratnya untuk berpindah ke apartment yang baru telah pun tercapai apabila dia telah berjaya memperoleh $265.00 hasil daripada sokongan rakan-rakannya di Airtripp Funding. Dia berasa sangat bersyukur dan gembira kerana pertolongan tersebut dapat membantu dia dan anaknya mempunyai tempat tinggal yang tetap lalu dapat menjalankan kehidupan baru dengan lebih baik di masa hadapan. Semoga Olamide dan anak kecilnya itu dapat meneruskan perjalanan kehidupan dengan lebih baik di masa hadapan. Jika anda juga mempunyai impian atau hasrat anda yang selama ini masih tidak dikecapi, anda juga boleh cuba crowdfunding di Airtripp Funding kerana platform ini sentiasa memberi peluang kepada anda mendapatkan dana dengan lebih mudah. Jadi, jangan lupa kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan anda di Whatsapp, Facebook, Twitter dan Instagram yang mungkin memperoleh manfaat daripadanya.

Lihat Projeknya!

Comments
Comments are closed.