Crowdfunding Untuk Membayar Pembedahan Glaukoma Kongenital

Claudia merupakan seorang gadis yang menetap di Cotonou, Benin telah menggunakan crowdfunding untuk mendapatkan rawatan pembedahan penyakit yang dialami oleh adiknya iaitu Glaukoma Kongenital. Kos rawatan pembedahan penyakit anaknya sangat mahal dan dia tidak mampu untuk membayar. Akhirnya, dengan hasil sokongan rakan-rakannya di Airtripp Funding, dia telah berjaya membantu adiknya menjalankan pembedahan.

Kisahnya bermula di mana Claudia mempunyai seorang adik yang berusia 19 tahun. Adiknya mengalami Glaukoma Kongenital sejak lahir lagi. Glaukoma Kongenital merupakan penyakit mata yang menyebabkan kerosakan pada saraf optik. Ketika adiknya masih kecil, dia telah mendapatkan rawatan pembedahan tersebut di Sepanyol. Akan tetapi rawatan tersebut tidak berjaya. Semenjak itu, penyakit matanya semakin merebak lalu memberi kesan kepada mata kanannya di mana mata kanannya tersebut tidak berfungsi lagi. Perkara yang lebih membimbangkan seorang kakak ini kepada adiknya ialah apabila mendapati mata kanan adiknya mula dijangkiti penyakit tersebut. Adiknya hampir sahaja tidak boleh melihat sepenuhnya. Dia terpaksa berhenti sekolah kerana dia tidak boleh melihat dengan jelas ketika belajar.

Jadi, solusi bagi penyakit adiknya itu memerlukan dua jenis rawatan yang patut diambil untuk memulihkan matanya. Rawatan pertama ialah, dia perlu melakukan pembedahan untuk menggantikan mata kanannya dengan implan. Seterusnya, rawatan yang kedua pula ialah dia mesti mendapatkan cermin mata yang khusus untuk mata kanannya melihat. Dengan melakukan rawatan sedemikian, adiknya mampu menyelamatkan mata kanannya semula.

Tetapi malangnya, dia tidak mampu untuk menanggung kos rawatan adiknya itu. Baru-baru ini sahaja keluarganya telah mengalami masalah kewangan memandangkan ayahnya sudah pencen. Jadi, pendapatan bulanan mereka berkurang. Dahulu mereka mungkin mampu untuk menanggung perbelanjaan tersebut tetapi kini tidak lagi. Ibunya pula bekerja sebagai Jurugaya. Tetapi pendapatannya tidak mencukupi untuk menjalankan rawatan adiknya itu.

Tambahan pula, Claudia juga bekerja dan menanggung keluarganya. Setakat ini, dia hanya mampu menyimpan sebanyak $200. Jika lihat semula pada kos pembedahan adiknya, dia terpaksa mengumpul lebih kurang dua tahun lagi untuk mencukupi duit perbelanjaan rawatan mata adiknya itu. Akan tetapi pembedahan tersebut perlu dilakukan dengan kadar segera sebelum mata kanan adiknya dijangkiti dengan lebih teruk.

Sebaik sahaja dia menjumpai Airtripp Funding, dia menceritakan kisahnya dan meletakkan jumlah dana secara terperinci. Dia sangat-sangat memerlukan bantuan rakan-rakannya di Airtripp Funding untuk membayar kos pembedahan dan cermin mata khusus untuk adiknya sebelum penyakit mata kanannya merebak lebih teruk. Katanya, sebaik sahaja dia mendapat dana tersebut, dia akan membawa adiknya terus ke hospital untuk menjalankan pembedahan.

Akhirnya, dengan sokongan orang ramai dari seluruh dunia di Airtripp Funding telah membantu Claudia mendapatkan pemebedahan mata adiknya. Dia telah berjaya memperoleh $273.00. Dana tersebut telahpun disalurkan kepada Claudia untuk menjalankan rawatan pembedahan tersebut. Dia berasa sangat bersyukur dan berterima kasih kepada orang ramai yang membantunya di Airtripp Funding atas sokongan dan dorongan yang diberikan. Semoga pembedahan adiknya itu berjalan dengan lancar dan diberikan kesihatan yang baik di masa hadapan.

Jika anda juga memerlukan dana untuk menolong orang yang tersayang, keluarga atau rakan-rakan, anda boleh menggunakan crowdfunding yang telah disediakan di Airtripp Funding kerana ia merupakan satu platform yang percuma dan mudah untuk mendapatkan dana dari seluruh dunia. Jadi, jangan lupa kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan anda di Facebook, Whatsapp, Instagram dan Twitter yang mungkin memperoleh manfaat daripadanya.

Lihat projeknya di sini!

Comments
Comments are closed.