Cara Mengumpul dana dengan mudah

Kenapa perlu ‘turun padang’ untuk mengumpul dana di setiap institusi, syarikat mahupun orang ramai sedangkan anda boleh sahaja membuat pengumpulan dana bagi projek yang anda mahu jalankan hanya di atas talian. Dengan kata nama lain, ia famous dikenali sebagai Crowdfunding. Crowdfunding ini sebenarnya sudah lama famous digunakan dari dahulu lagi di negara luar, dan kini ia sudah mula menjadi tumpuan di Malaysia. Jadi, bagi mereka yang kurang jelas mengenai crowdfunding ini, kami akan berkongsikan mengenai crowdfunding, di mana ia merupakan cara pengumpulan dana dengan mudah.

Apa itu crowdfunding? Crowdfunding ialah gabuangan dua perkataan antara “pengumpulan” dan ‘dana’. Secara terperincinya, crowdfunding merupakan pengumpulan dana daripada sekumpulan atau individu yang mahu menjalankan projek atau impian yang hendak mereka capai, dengan meminta sumbangan kepada orang ramai hanya melalui internet.

Tetapi, bagaima pula mahu membuat crowdfunding ini? Nak mengumpulkan dana kini mudah sahaja kerana sudah banyak platform crowdfunding yang telah disediakan di internet. Antara salah satunya ialah Airfunding di mana ia merupakan salah satu platform yang menyediakan pengumpulan dana kepada orang ramai dengan mudah. Sesiapa sahaja boleh menjalankan crowdfunding ini tidak kira usia mahupun daripada golongan tua, dewasa dan pelajar. Menariknya Airfunding ini ialah, ia merupakan platform crowdfunding yang sah dan diakui digunakan di Malaysia. Sudah ramai orang telah berjaya mengumpulkan dana di platform tersebut.

Selain itu, anda juga boleh mengumpulkan dana bagi projek anda sampai ke peringkat global. Sudah banyak projek yang telah berjaya mengumpulkan dana hasil daripada crowdfunding yang telah dijalankan di platform tersebut. Antara projek untuk pengumpulan dana yang boleh digunakan di platform tersebut untuk menjalankan crowdfunding ialah mengembangkan business, menyambung pelajaran ke luar negara, membayar yuran pendidikan, menjalankan misi kemanusiaan kepada masyarakat dan sebagainya. Anda boleh lihat di sini untuk lebih terperinci.

Jadi apa tunggu lagi. Idea dan impian sudah ada, kenapa tidak meneruskan matlamat anda dengan hanya menggunakan crowdfunding.

Comments
Comments are closed.