Bantuan Pelajaran : Biasiswa, Dermasiswa, Pinjaman, Crowdfunding

Sebaik sahaja dapat tawaran di IPTA/S, pasti pelajar akan berlumba-lumba untuk membuat permohonan biasiswa sedangkan kuota untuk mendapatkan tajaan biasiswa sangatlah terhad. Hakikatnya, terdapat banyak sahaja jenis bantuan pelajaran lain  yang pelajar boleh dapatkan untuk menanggung yuran pengajian di IPTA/S. Bantuan pelajaran ini sebenarnya terdapat dalam pelbagai bentuk di mana pelajar mungkin dapat manfaatkan daripadanya dalam menangani masalah kewangan semasa mengikuti pengajian IPTA atau IPTS yang ditawarkan.

Kredit imej

Biasiswa

Bila sebut sahaja mengenai biasiswa ini, pelajar pasti akan target untuk mendapatkaan tajaan daripada JPA mahupun MARA yang mana ia merupakan tajaan biasiswa yang paling popular serta menjadi pilihan di kalangan pelajar untuk mendapatkan bantuan pelajaran. Mana tidaknya, biasiswa dapat menanggung segala perbelanjaan pengajian di IPTA/S meliputi yuran pengajian dan sara hidup. Akan tetapi, wang yang diberikan oleh pihak tajaan itu bukanlah percuma. Terdapat kontrak atau ikatan yang telah dilakukan oleh sebahagian penaja atau organisasi dengan pelajar yang memohon biasiswa di mana pelajar perlu berkhidmat atau bekerja di bawah organisasi syarikat tersebut selepasnya tamat pengajian suatu hari nanti. Sebab itulah syarikat yang memberikan bantuan kewangan biasiswa sangat memilih calon yang berkelayakan terutama sekali dari segi akademik yang cemerlang. Anda boleh ikuti cara dan tips mudah untuk mendapatkan tawaran biasiswa agar biasiswa tersebut dapat digunakan untuk menanggung perbelanjaan pengajian.

Dermasiswa

Kredit imej Iluminasi

Dermasiswa adalah bentuk pemberian secara ‘one-go’ di mana ia merupakan bantuan kewangan yang diberikan oleh sesebuah syarikat atau organisasi secara sukarela khususnya kepada pelajar yang susah. Akan tetapi, pemberian bantuan kewangan dermasiswa akan diberhentikan terus sekiranya pelajar gagal dalam pengajian. Namun, jumlah dermasiswa tidaklah banyak seperti biasiswa kerana tiada ikatan yang dikakukkan oleh pihak penaja dan pelajar kerana dermasiswa ini bertujuan untuk membantu pelajar yang mempunyai potensi dalam meneruskan pengajian di IPTA/S tetapi tidak mampu untuk menanggung yuran pengajian. Antara contoh dermasiswa adalah seperti Zakat4Pengajian, MUIP, Dermasiswa Tunku Abdul Rahman, Yayasan Selangor, Dermasiswa SimeDarby dan banyak lagi.

Pinjaman Pendidikan

Kredit imej UPUONLINE

Kebanyakan pelajar akan memilih untuk membuat pinjaman pelajaran jika tidak memperoleh sebarang tajaan biasiswa atau tidak mampu lagi untuk menanggung yuran pengajian IPTA/S. Cara untuk mendapatkan bantuan pinjaman pelajaran ini mudah sahaja kerana syarat untuk mendapatkan pinjaman pelajaran tidak seketat biasiswa. Antara contoh pinjaman pelajaran yang ramai pelajar membuat permohonan adalah PTPTN dengan kadar faedah yang rendah. Perlu dingatkan juga, pelajar mestilah membayar semula PTPTN selepas tamatnya pengajian berdasarkan faedah yang ditetapkan melainkan jika anda seorang pelajar yang cemerlang mencapai piawaian PNGK yang ditetapkan  dalam penbelajaran di pengajian tinggi IPTA/S.

Crowdfunding

Jangan terlepas pandang bahawa sebenarnya crowdfunding juga dapat membantu pelajar untuk mendapatkan bantuan pelajaran dalam membiayai yuran pengajian di IPTA/S. Ia merupakan kaedah yang digunakan dalam bentuk sumbangan atau sokongan, bukannya pinjaman atau sesuatu yang berbentuk ikatan. Jadinya, crowdfunding bebas digunakan oleh pelajar untuk mendapatkan yuran pengajian. Walaubagaimanapun, keberkesanan crowdfunding ini berdasarkan pada kesungguhan pelajar berkongsikan intipati mereka di media sosial. Antara contoh crowdfunding yang boleh dijalankan oleh pelajar untuk mendapat bantuan pelajaran adalah Airtripp Funding.

Konklusinya, pelajar mestilah berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang cemerlang untuk mendapatkan biasiswa begitu juga dengan dermasiswa. Walaubagaimanapun kaedah seperti pinjaman dan crowdfunding juga dapat membantu pelajar meneruskan pengajian ke tahap yang lebih tinggi bagi mereka yang mendapat keputusan yang sederhana. Jadi, tuntutlah ilmu sampai ke negeri Cina. Hal ini demikian, amat sayang sekali jika seseorang pelajar itu mempunyai kebolehan dan prestasi yang tinggi dan cemerlang akan tetapi masalah kewangan yang menjadi halangan mereka  untuk menuju ke negara gading. Janganlah risau jika memikirkan mengenai kewangan pengajian kerana rezeki ada di mana-mana sahaja. Paling penting sekali, jangan sesekali berputus asa untuk meneruskan pengajian ke tahap yang lebih tinggi. Harap segala bantuan pelajaran di atas dapat membantu pelajar mencari inisiatif dalam merancang untuk meneruskan pengajian ke tahap lebih tinggi. Selamat mencuba!

Comments
Comments are closed.