集資平台安全嗎?

Alternatif lain selain kickstarter

Anda ada idea bisnes tersendiri dan ingin mencuba nasib di Kickstarter, tetapi tidak boleh kerana halangan negara? Apa kata anda cuba alternatif lain selain Kickstarter yang kami akan senaraikan disini!

100% project ialah platform crowdfunding yang khas dibuat untuk projek yang berkaitan dengan sekolah. Contohnya, membeli mesin projektor untuk sekolah pendalaman, atau membaiki siling kelas yang telah rosak akibat ribut. Namun begitu platform ini hanya eksklusif untuk orang Malaysia sahaja.

Give.Asia seperti namanya ialah platform crowdfunding yang tumpuannya di Asia, khasnya Singapura. Platform ini berskala sederhana hingga besar, maka nilai projek yang diperlukan boleh hingga ke 25,000 dolar Singapore, dan yuran platform dikenakan untuk membuat projek. Platform ini pula boleh digunakan di Asia sahaja.

Platform ini adalah 100 peratus percuma. Projek untuk Airtripp Funding pula berskala kecil, dimana dana yang diperlukan di antara 100 hingga 1500 dolar Amerika. Bukan sahaja boleh digunakan di Malaysia, malah platform ini mendapat penyokong dari orang seluruh dunia. Yuran platform pula adalah percuma