Ahmad Berjaya Mendapatkan Dana Untuk Membantu Ibunya Mendapatkan Rawatan Pembedahan Katarak Mata

Kisah ini menceritakan di mana Ahmad dari Seran, Indonesia telah berjaya membantu ibunya mendapatkan rawatan pembedahan katarak mata setelah membuat crowdfunding yang telah dijalankan di Airtripp Funding. Kejayaan itu telah datang hasil daripada sokongan rakan-rakannya di Airtripp Funding.

Sudah masuk tujuh tahun ibunya menanggung penyakit Katarak. Katarak ialah sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun. Keadaan ini menjejaskan keadaan di mana ibunya tidak boleh melihat dengan jelas. Baru-baru ini, dia selalu mengalami beberapa simptom seperti sakit-sakit dan gatal pada matanya. Sebelum ini, pernah sahaja dia mencari pelbagai inisiatif untuk merawat penyakit mata ibunya termasuklah menjalankan rawatan tradisional. Akan tetapi ia tidak memberikan kesan yang positif kepada penyakit yang dialami ibunya itu.

Jadi, dia berhasrat untuk membantu ibunya mendapatkan pembedahan rawatan ibunya agar ibunya dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik di masa hadapan. Dia mahu melihat ibunya dalam keadaan sihat dan baik seperti dahulu.

Tambahan pula, Ahmad bekerja sebagai kakitangan keselamatan dan pendapatan bulanannya sebanyak $190. Dia dan bapanya menanggung perbelanjaan bersama untuk seluruh ahli keluarganya termasuk tiga adiknya yang masih belajar. Memandangakan mereka juga memerlukan perbelanjaan pembelajaran sekolahnya, Ahmad tidak mempunyai simpanan lebih untuk membawa ibunya ke hospital bagi menjalani rawatan pembedahan katarak. Dia berasa sangat terkilan kerana dia benar-benar mahu membantu ibunya mendapatkan rawatan katarak.

Doktornya pernah berpesan bahawa penyakit katarak ibunya hanya boleh dirawat dengan melakukan pembedahan. Mereka tidak memliki insurans kesihatan yang dapat menanggung kos pembedahan tersebut. Jika ibunya mengambil tindakan untuk melakukan pembedahan secepat yang mungkin, kebarangkalian kesembuhan penyakit yang dialami oleh ibunya itu sangat tinggi.

Walaubagaimanapun, hospital yang ingin mereka jalankan pembedahan adalah di Banten iaitu dua jam perjalanan daripada rumahnya. Dia hanya memiliki duit simpanan sebanyak $50 dan memerlukan selebihnya daripada sokongan rakan-rakannya di Airtripp Funding. Katanya, ibunya sudah lama menahan kesakitan pada katarak. Jadi, dia mahu membantu ibunya memulihkan semula agar ibunya dapat melihat dengan jelas pada masa hadapan.

Akhirnya, hasil daripada sokongan rakan-rakannya di Airtripp Funding dia telah berjaya memperoleh dana sebanyak $235. Dia berasa sangat bersyukur dan berterima kasih kepada rakan-rakannya di seluruh dunia yang telah membantunya mencapai impian tersebut menjadi kenyataan untuk membantu ibunya mendapatkan rawatan pembedahan katarak. Semoga ibunya diberikan kesihatan yang leih baik di masa hadapan.

Jika anda juga mempunyai projek yang dijalankan tetapi tidak kesampaian atas sebab tidak memilik dana yang mencukupi, anda boleh mencuba crowdfunding di Airtripp Funding. Jadi jangan lupa kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan anda di Whatsapp, Facebook, Twitter dan Instagram yang mungkin memperoleh manfaat daripadanya.

Lihat Projeknya Di Sini!

Comments
Comments are closed.