crowdfunding platform

5 platform crowdfunding yang terkenal di Malaysia

Crowdfunding adalah terma hasil gabungan perkataan “crowd” (orang ramai) dan “funding” (pembiayaan), dan ia adalah juga satu platform di mana dengan menggunakan perhubungan internet, individu atau sekumpulan orang meminta bantuan untuk mencapai impian atau matlamat mereka melalui bantuan kewangan dari individu lain yang boleh dan mahu membantu.

Anda ada idea bisnes tersendiri atau masalah kewangan tetapi tidak mahu ambil pinjaman peribadi kerana tidak yakin? Mahu sedekah, tetapi tidak tahu platform mana untuk digunakan? Pernah dengar tentang servis crowdfunding seperti Kickstarter dan GoFundMe, tetapi tidak arif tentangnya? Berikut ialah servis crowdunding yang terkenal di Malaysia!

Platform Crowdfunding antarabangsa

Kickstarter (Source: Google)

Kickstarter adalah platform crowdfunding dimana mereka yang ada idea tersendiri yang kebanyakannya produk, dan boleh kemukakan idea mereka dan jalankan penggalangan dana untuk projek tersebut, berbeza sedikit temanya daripada memberi sedekah insan. Namun begitu, platform ini ialah platform all-or-nothing, dimana sekiranya sesuatu projek itu tidak mencapai sasaran bantuan kewangan yang diperlukan, pencipta projek itu tidak akan dapat wang yang dikumpul, dan semua wang akan di beri semula pada penderma. Contoh projek yang berjaya ialah Travel Tripod oleh Peak Design dan Exploding Kittens. Namun begitu, platform ini meletakkan syarat warganegara, dan ia tidak boleh digunakan oleh warga Malaysia.

GoFundMe (Source: Google)

GoFundMe pula ialah platform yang berasaskan pendermaan. Pencipta projek yang kebiasaannya untuk mendana impian atau masalah kewangan mereka, seperti wang untuk pembelajaran atau membiayai wang hospital kerana kejadian kemalangan. Contoh projek yang terkenal ialah TIME’S UP Legal Defense Fund dan March for Our Lives. Namun, apa yang membezakan platform ini dari Kickstarter ialah, GoFundMe akan memberikan wang yang terkumpul kepada pencipta projek walaupun tidak mencapai sasaran. Sayangnya, platform ini hanya khas kepada warga Amerika sahaja.

Platform Crowdfunding Asia

100% Project (Source: Google)

100% Project ialah platform crowdfunding yang khas dibuat untuk mengumpul sedekah tetapi untuk projek yang berkaitan dengan sekolah. Contohnya, membeli mesin projektor untuk sekolah pendalaman, atau membaiki siling kelas yang telah rosak akibat ribut. Satu lagi ciri khas platform ini ialah semua pelawat laman mereka boleh lihat file spreadsheet dimana semua intipati projek, seperti nilai yang diperlukan, amaun kewangan yang telah dikumpul, dan lain-lain boleh dilihat, dan ini membantu membina kepercayaan antara pengguna dan servis mereka. Namun begitu platform ini hanya eksklusif untuk orang Malaysia sahaja.

Give.asia (Source: Google)

Give.Asia seperti namanya ialah platform crowdfunding yang tumpuannya di Asia, khasnya untuk orang menerima sedekah dari Singapura. Platform ini berskala sederhana hingga besar, maka nilai projek yang diperlukan boleh hingga ke 25,000 dolar Singapore, dan yuran platform dikenakan untuk membuat projek. Platform ini pula boleh digunakan di Asia sahaja.

Airfunding

Airfunding adalah platform rasmi blog ini, dan adalah 100 peratus percuma. Projek untuk Airfunding pula berskala kecil, dimana dana yang diperlukan di antara 100 hingga 1500 dolar Amerika. Oleh itu, kebanyakan projek di platform kami berbentuk personal, seperti bantuan kewangan untuk merielisasikan impian untuk ke Jepun. Bukan sahaja boleh digunakan di Malaysia, malah platform ini mendapat sokongan sedekah dari orang seluruh dunia.

Comments
Comments are closed.