3 platform jenis donation di Malaysia

Crowdfunding ialah satu jenis fundraising yang terbahagi kepada 4 jenis: Equity (Ekuiti), Loan (Pinjaman), Reward (Pulangan) dan Donation (Sumbangan). Setiap individu atau institusi memerlukan crowdfunding yang berbeza, bergantung kepada apa yang anda mahukan dan juga situasi kewangan anda. Untuk kali ini, kami ingin fokus kepada crowdfunding jenis sumbangan di Malaysia. Kami juga telah tulis tentang crowdfunding dan intipati tentang setiap jenis di artikel ini.

Apakah itu crowdfunding jenis Donation (Sumbangan)? Ini adalah jenis fundraising dimana, bantuan kewangan yang diberikan adalah seperti nama crowdfunding ini, hanyalah seperti sedekah, tidak akan memberi apa-apa kelebihan kepada pemberi sedekah. Oleh itu, crowdfunding jenis ini amat bagus untuk individu yang berniat untuk berbuat amal melalui bantuan kewangan. Ini adalah berlainan daripada pinjaman wang atau pinjaman peribadi (p2p) dimana ada wang yang harus dipulangkan kepada satu pihak. Antara platform antarabangsa yang terkenal ialah GofundMe atau Kickstarter.

Jadi apakah platform untuk memberi bantuan kewangan ini di Malaysia? Kami senaraikan 3 untuk anda:

100% Project

100% Project (Source: Google)

100% Project ialah platform crowdfunding yang khas dibuat untuk mengumpul sedekah tetapi untuk projek yang berkaitan dengan sekolah. Contohnya, menjalankan workshop khas untuk pelajar, atau membaiki siling kelas yang telah rosak akibat ribut. Satu lagi ciri khas platform ini ialah semua pelawat laman mereka boleh lihat file spreadsheet dimana semua intipati projek, seperti nilai yang diperlukan, amaun kewangan yang telah dikumpul, dan lain-lain boleh dilihat, dan ini membantu membina kepercayaan antara pengguna dan servis mereka. Namun begitu, platfom amal ini adalah untuk pengguna yang telah mengesahkan identiti mereka sebagai cikgu di Malaysia

GIVE.ASIA

Give.asia (Source: Google)

Give.Asia seperti namanya ialah platform crowdfunding yang tumpuannya di Asia, khasnya untuk orang menerima sedekah dari Singapura. Platform amal ini sama cirinya dengan GofundMe atau Kickstarter. Platform ini berskala sederhana hingga besar, maka nilai projek yang diperlukan boleh hingga ke 300,000 dolar Singapore, dan yuran platform dikenakan untuk membuat projek. Platform sedekah ini bukan sahaja boleh digunakan di Malaysia tetapi boleh digunakan di Asia juga, oleh itu kebarangkalian untuk menjumpa insan yang memberi amal adalah lebih tinggi, seperti projek ini yang mengumpul hampir setengah juta dollar Singapore untuk kes Corona virus.

Airfunding

Airfunding

Airfunding adalah platform rasmi blog ini, dan adalah 100 peratus percuma. Projek untuk Airfunding pula berskala kecil, dimana dana yang diperlukan di antara 100 hingga 1500 dolar Amerika. Oleh itu, kebanyakan projek di platform kami berbentuk personal, seperti bantuan kewangan untuk merielisasikan impian untuk ke Jepun. Bukan sahaja boleh digunakan di Malaysia atau Asia, malah platform ini mendapat sokongan sedekah dari orang seluruh dunia.

Artikel Lain:

Baca juga:

  1. Site Airfunding
  2. Bagaimana untuk memilih platform crowdfunding
  3. Cara untuk menggunakan internet untuk kebaikan
  4. Kisah Kejayaan Bianca Berjaya Membawa Ibunya Pulang Ke Rumah

Comments
Comments are closed.