Ptptn tak cukup untuk biayai hidup, apa sebab dan alternatifnya?

Ada mungkin dikalangan pelajar yang mendapat pinjaman PTPTN tidak kira untuk mana-mana peringkat, untuk Diploma, Sarjana mahupun peringkat yang lebih tinggi. Namun begitu, dengan kos pelajar seperti yuran dan duit makan ada yang menganggap ia lebih memudaratkan. Mengapa ia jadi begini? Apa yang boleh dibuat? Ini adalah artikel pendapat tentang “Ptptn tak cukup untuk biayai hidup, apa sebab dan alternatifnya?”

PTPTN tak cukup kerana kos yang makin meningkat

Zaman sekarang, kos biayai pelajar makin meningkat. Harus diakui, kos ini amat bergantung kepada institusi pelajaran, peringkat pendidikan dan juga kos pendidikan yang diambil, namun begitu ia juga harus diakui banyak juga pelajar yang masih terbeban untuk menjalani hidup biasa di kampus. Ada pelajar hanya mampu membiyai yuran, namun tidak dapat membayar kos harian seperti makan minum. Tambahan pula, ia juga jadi bebanan mental yang berterusan, dan akan diterangkan dalam poin yang seterusnya:

PTPTN pada asasnya ialah pinjaman, dan ia mampu jadi beban masa panjang

Semua harus ingat, PTPTN ialah pinjaman. Tambahan pula. datangnya bunga kepada pinjaman itu. Sememangnya ada banyak pihak yang tidak terasa beban oleh pinjaman ini, namun ada juga terasa bebanannya untuk bayar pinjaman dengan gaji para graduat zaman ini. Bayangkan pula dengan bunga yang diletakkan kepada amaun yang dipinjam.  Ini bukan sahaja jadi bebanan fizikal, namun ia juga mampu menjadi bebanan mental kepada pelajar yang sering terfikir sekiranya tak cukup untuk membayar PTPTN satu hari nanti. Masalah gaji graduan yang tak cukup juga ada perbincangananya tersendiri, namun skop nya ialah di luar langkaran perbincangan kali ini.

Maka, apa yang boleh dibuat jika tak cukup untuk biayai pelajaran?

Tidak adil sekiranya penulis hanya menerangkan tentang masalah tanpa memberi altenatif/penyelesaian kepada masalah ini. Ini ialah beberapa cadangan:

  1. Kerja Part-time
    • Kerja Part-time ialah cara paling popular untuk mengumpul wang, terutamanya di negara 1st World seperti Jepun. Namun kaedah ini ada dua kelemahan besar di Malaysia jika dibandingkan dengan Jepun; Budaya part-time tidak popular di Malaysia seperti di Jepun maka mungkin menjadi masalah untuk mencari kerja yang bersesuaian, dan Part-time boleh mengganggu waktu pelajar untuk belajar.
  2. Biasiwa
    • Ini adalah alternatif paling menawan, biasiswa tidak perlu dibayar balik seperti pinjaman, dan biasiswa mampu biayai bukan sahaja yuran pelajaran, malah kos hidup dan juga duit lebih untuk kegunaan personal. Namun begitu seperti ramai pelajar tahu, biasiswa adalah cara yang paling susah untuk mendapat dana pelajaran.
  3.  Crowdfunding
    • Kaedah ini adalah kaedah yang agak baru di Malaysia. Crowdfunding jika disimpulkan secara mudah ialah meminta pertolongan orang ramai untuk bantuan dana. Mungkin ada yang memandang serong dengan konsep kaedah ini, umpama menagih simpati kepada orang lain, namun apa bezanya dengan meminta keluarga atau saudara-mara pertolongan ketika memerlukan? Dan apa yang lagi ikhlas daripada meminta pertolongan untuk mencapai impian untuk meneruskan perjalanan. Tetapi Crowdfunding juga ada dimeritnya yang tersendiri, seperti imej negatif, dan juga keberkesanan Crowdfunding itu bergantung kepada diri sendiri.

Apa pendapat pembaca setelah membaca artikel pendapat ini? Ini adalah artikel pendapat, oleh itu penulis tidak menganggap apa yang ditulis sebagai fakta benar yang harus diakui, dan juga tidak berjanji semua alternatif akan memberi efek positif. Artikel ini lebih kepada pendapat setelah membuat research ringkas. Apa pendapat anda? Ada idea lain? Bincangkan bersama. 

Ini adalah artikel pendapat tentang “Ptptn tak cukup untuk biayai hidup, apa sebab dan alternatifnya?”

Comments
Comments are closed.