Merancang trip dengan bajet rendah

Sekarang ialah musim bercuti! Di negara empat musim seperti di Korea atau England, bulan April ialah musim bunga dan ini adalah musim terbaik untuk membuat trip untuk melihat kecantikan alam ciptaan tuhan ini. Namun begitu, trip ke negara-negara ini bukanlah murah. Kadang kala ia boleh mencapai ribuan ringgit. Namun begitu, kebelakangan ini banyak video-video viral yang menunjukkan orang yang merancang trip dengan bajet rendah. Bagaimana ia boleh dilakukan?

Yang penting: Research tentang trip tersebut

Kalau dilihat tentang semua video-video trip yang viral di media sosial seperti FB atau Insta ini ialah video itu pasti dilengkapkan dengan offer-offer yang mereka telah jumpa untuk merealisasikan trip itu sendiri! Maka, apa yang mula-mula patut dibuat ialah membuat kaji selidik. Rajin-rajin melawat laman web servis seperti AirAsia atau WeGo jika ada offer masa terhad yang boleh anda dapatkan secepat mungkin. Boleh juga selidik tentang masa-masa dimana ia bukan lah musim “peak” untuk membuat trip impian itu. Seperti di Jepun, perbezaan di antara tiket penerbangan di musim “peak” dan biasa boleh sampai 2-3 kali ganda! Setelah selidikan yang cukup, poin seterusnya ialah:

Persediaan yang cukup

Walaupun anda sudah jumpa offer yang menarik dan murah, preparation lain masih boleh dilakukan untuk memudahkan lagi trip anda supaya senang ikut bajet yang anda sudah tetapkan. Banyak tips yang anda boleh lakukan seperti selidikan untuk itineri trip itu sendiri. Antaranya:

  • Tempat makan: Membawa makanan sendiri atau masak pasti lagi murah dari makan diluar setiap masa
  • Transport: Negara seperti Korea mempunyai sistem kereta api yang bagus, daripada naik teksi lebih baik selidik laluan kereta api yang boleh dilakukan
  • Tempat tinggal: Terutamanya kepada yang bujang, duduk di dormitari boleh menolong anda untuk potong bajet!
  • Timing menukar wang: Jika anda fasih tentang penukaran wang, peka dengan masa yang paling sesuai untuk dapatkan wang paling banyak!
  • Tanya kenalan: Jika anda bernasib baik untuk mempunyai kenalan yang sudah pernah pergi ke destinasi trip anda, anda boleh dapatkan tips untuk trip murah

Mungkin juga anda rasa, dengan semua tips ini masih susah untuk mengkikiskan lagi itineri trip anda untuk dapat bajet yang rendah. Kalau begitu, anda harus teruskan dengan poin yang seterusnya:

Dapatkan side income!

Dapatkan side income sebanyak mungkin sebelum pergi ke trip itu! Insyallah, bukan sahaja anda dapat melaksanakan trip itu dengan bajet yang anda telah tetapkan, tetapi mungkin juga anda boleh dapatkan duit lebih untuk digunakan. Antara cara yang kami rekomenkan:

  • Part-time: Cara paling jelas yang semua tahu
  • OT: Ini khas untuk yang telah bekerja, selagi ia tidak membebankan
  • Crowdfunding: Ada beberapa platform yang anda boleh guna untuk kumpulkan dana
  • Garage sale: Banyak garage sale yang boleh dicari untuk hujung minggu
  • Paling penting, mulakan Saving!

Cara menggunakan Internet untuk kebaikan

Kita semua tahu bahawa Internet ialah satu alat yang tidak boleh dipisahkan, terutamanya dikalangan otang muda seperti pelajar universiti atau sekolah. Namun begitu, bagaimana untuk gunakan platform ini dengan sebaiknya? Di sini kami bincangkan beberapa cara nak menggunakan internet dengan mudah dan efektif

  • Pembelajaran

Apakah laman pertama yang anda akan lihat apabila anda bukakan internet? Pastinya search engine seperti google! Jadikan tabiat untuk segera men “google” apa-apa informasi yang anda ingin tahu, tidak kira ketika sedang belajar ataupun apabila sedang berbicara dengan teman-teman. Sekarang dengan smartphone masing-masing, tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak boleh belajar tentang apa-apa topik!

  • Perniagaan

Satu lagi imej yang kita boleh gambarkan tentang internet ialah connection di antara semua pengguna internet itu sendiri. Dan di dalam connection internet itu sendiri ada peluang untuk perniagaan! Bayangkan perniagaan dimana anda boleh menjumpa pelanggan-pelanggan hanya dengan beberapa sentuhan di smartphone anda! Bukan sahaja laman perniagaan seperti Lazada dan Alibaba, tetapi juga bentuk perniagaan yang lain seperti pelaburan atau crowdfunding!

  • Perhubungan

Dengan connection itu juga, platform ini bermaksud anda boleh menghubungi teman-teman yang sudah lama tidak menghubungi, dan juga mencari teman-teman baru yang tidak boleh anda hubungi dengan cara traditional. Dengan internet, halangan sempadan negara dan juga bahasa bukan lagi alasan untuk anda tidak berkomunikasi dengan orang-orang asing!

Seperti semua benda di alam ini, setiap benda ada keburukannya dan juga kebaikannya. Apa yang kita sebagai insan yang boleh berfikir ialah untuk tidak fokus kepada keburukan sesuatu itu dan fokus kepada kelebihan kepada sesuatu produk atau platform!

Projek sampingan yang boleh dilakukan pelajar universiti

Mungkin ada sekarang ialah pelajar university yang ada masa lapang untuk digunakan. Dengan itu juga ada mungkin ingin gunakan masa lebihan itu untuk membuat sesuatu yang bermakna. Disini kami ingin mengsyorkan beberapa aktivi yang anda boleh lakukan sebagai pelajar. Jangan lupa, projek sampingan ini boleh dilakukan tetapi pelajaran harus diutamakan.

1. Kerja Part-Time

Benda yang mungkin pertama datang dalam minda para pelajar-pelajar ialah membuat kerja part-time. Banyak kerja part-time yang boleh dicari di Malaysia untuk para pelajar, terutamanya di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Kerja part-time boleh merangkumi dari kerja sebagai staf kedai, ataupun seperti krew makanan untuk kenduri.

2. Freelancer

Bila dikatakan freelancer, biasanya ia agak serupa dengan part-time, tetapi imejnya lebih profesional. Kebiasaannya kerja freelancer seperti kerja menulis artikel atau kerja penterjemahan. Kemungkinan ramai yang boleh agak yang freelancer ini tidak semudah kerja part-time untuk dicari. Namun freelancer lagi banyak pengalaman dan juga pampasan yang boleh diterima. Kami disini mengsyorkan laman seperti Freelancer.com untuk mencari kerja freelancer.

3. Kerja sukarelawan atau volunteer untuk komuniti

Jika part-time, ataupun freelancer tidak dapat dicari, apa kata anda membuat kerja volunteer pula? Kerja komuniti mungkin tidak dapat memperoleh gaji/pampasan, namun kerja ini bagus jika anda ada hasrat ikhlas untuk menggunakan masa lebihan anda untuk menolong orang lain. Banyak cara untuk anda membuat kerja sukarelawan, sama ada cari media sosial atau laman seperti ini, ataupun anda boleh buat projek sukarelawan sendiri menggunakan crowdfunding.

4. Melaksanakan rancangan yang telah lama ditangguh

Cuba ingat balik apakah rancangan-rancangan yang anda telah rancangkan sebelum ini. Ingin cuba melukis, ingin mulakan gym, dan lain-lain. Mana lagi masa yang sesuai kalau bukan sekarang! Apabila anda sudah habis belajar, anda mungkin tidak dapat lagi masa terluang untuk lakukan semua perkara itu.

Ayuh gunakan masa anda dengan sebaiknya!

Memberi bantuan kewangan kepada golongan yang memerlukan

Adakah anda berhasrat untuk menolong golongan yang memerlukan, seperti fakir miskin, ataupun anak-anak yatim, golongan OKU, dan lain-lain, tetapi ingin cara mudah untuk mencari mereka, dan cara yang senang untuk menderma? Maka kami mencadangkan menggunakan Crowdfunding kami, Airtripp Funding

Bantuan kewangan dengan Airtripp Funding (Airfunding)

Airfunding ialah platform crowdfunding berskala kecil dimana semua orang termasuk orang Malaysia sendiri boleh membuat projek untuk menolong mereka dengan masalah mereka, ataupun mencari individu-individu yang mereka mahu membantu.

Di dalam Airfunding, terdapat banyak jenis projek yang anda boleh jumpa, dan kesemuanya dikategorikan supaya mudah dicari. Antara kategori yang terkenal ialah Keluarga, Kesihatan dan Komuniti. Antara projek terkenal yang telah berjaya mencapai matlamat yang telah ditetapkan ialah:

  • Bantuan kewangan untuk pembedahan dua adik lelaki (Vietnam): URL
  • Bantuan kewangan untuk teman yang mengalami kanser payu dara (Filipina): URL
  • Bantuan kewangan untuk membawa ibu pulang ke negara (Brazil): URL

Memberi bantuan kewangan dengan mudah

Dengan Airfunding, bantuan boleh diberikan dari mana-mana. Hanya perlu masuk ke dalam website Airfunding, dan cari projek yang anda rasa anda ingin bantu. Bantuan boleh dilakukan dengan kad kredit/debit yang ada Visa, Mastercard atau AMEX.

Apa tunggu lagi, mulakan bantuan sekarang!

Chelsea fans, unite! Pertolongan kepada bekas pelatih

Adakah anda penyokong Kelab EPL Chelsea? Ataupun anda adalah penyokong sukan bola sepak secara awam? Jika ya, anda dah sudah dengar berita tentang bekas pelatih Chelsea, Ken Shellito? Untuk yang tidak tahu, pelatih yang pernah melatih kelab di Kuala Lumpur, Perak dan Sabah ini telah meninggal hujung tahun lepas. Dan kami ingin beritahu anda tentang cara untuk menolong keluarga kepada star Chelsea ini.

Ingin dikebumikan di Stadium Chelsea

Sebelum Ken Shellito meninggal dunia, beliau berhasrat untuk abunya disebarkan di padang Chelsea. Beliau ada banyak memori indah di padang Stamford Bridge, dan hasrat ini juga diterima oleh kelab Chelsea sendiri. Namun begitu oleh kerana isteri beliau yang berasal dari Sabah tidak boleh mendapat pencen kerana perbezaan kerakyatan, isteri beliau tidak mampu untuk membayar kos untuk melaksanakan hasrat arwah suaminya.

Bagaimana anda boleh membantu? Berita baik untuk penyokong bola EPL di sini, Jane Bellingham telah mencipta projek crowdfunding di sini! Anda boleh menghulur bantuan kepada arwah dengan menyokong projek crowdfunding ini, mahupun dengan amaun yang sedikit. Pada masa penulisan artikel ini, projek ini sudahpun mengumpul sebanyak 715 dolar Amerika dari 1500 dolar matlamat!

Ayuh membantu, tidak kira sebagai penyokong Chelsea, penyokong bola, ataupun hanya sebagai insan yang ingin membantu.

Kepada yang tidak tahu, pelatih yang berasal dari England ini pernah bermain untuk pasukan Chelsea sendiri dan juga kelab national England pada tahun 1960-an. Setelah habis bermain sendiri, beliau telah berpindah ke Malaysia dan berkahwin dengan rakyat Malaysia sendiri yang berasal dari Sabah. Di Malaysia beliau telah menjadi pelatih kepada kelab bola di Malaysia.