Senarai Bantuan Kewangan 2019

Pada tahun 2019, kerajaan telah membuat beberapa inisiatif bagi membantu rakyat Malaysia meringankan beban dalam tekanan ekonomi kini terutamanya diberikan kepada golongan B40. Golongan B40 adalah golongan 40% terendah di mana isi rumah berpendapatan purata di bawah RM3,860.00. Jadinya, pelbagai langkah kerajaan yang telah diberikan kepada rakyat pendapatan B40 dalam usaha mengurangkan kos sara hidup yang tinggi di Malaysia. Antara bantuan kewangan yang telah diberikan ialah:

1. Bantuan Sara Hidup

Kredit imej

Bantuan Sara Hidup diberikan kepada kumpulan B40 seperti yang ditunjukkan pada rajah di atas berdasarkan kepada syarat-syarat kelayakan permohonan dalam memastikan hanya golongan yang benar-benar layak sahaja untuk menerimanya.Bantuan ini bukan sahaja diberikan kepada yang berstatus rumah tangga, malahan golongan bujang juga turut disediakan bantuan kewangan bagi mereka yang layak menerimanya.

2.Skim MySalam

Kredit imej

MySalam merupakan skim takaful perlindungan kesihatan percuma menerusi Dana Amanah MySalam kepada kumpulan B40. Skim ini membantu kumpulan B40 untuk mendapatkan bantuan untuk menjalani rawatan penyakit yang mungkin boleh menjejaskan aliran pendapatan isi rumah mereka. Permohonan dan maklumat lanjut boleh layari di sini.

3.Rebat Bil Elektrik RM40

Kredit imej

Penerima bantuan tidak perlu membuat pembayaran bil elektrik di bawah RM40. Tambahan pula, penerima bantuan hanya perlu membuat pembayaran baki bil elektrik melebihi RM40 bagi golongan pendapatan isi rumah miskin tegar serta miskin yang berdaftar dan disahkan dalam sistem eKasih. Semakan boleh dilakukan seperti link pada rajah di atas.

4.Bantuan Awal Persekolahan

Kredit imej

Bantuan ini telah diberikan bertujuan  untuk meringankan perbelanjaan ibu bapa dalam menanggung perbelanjaan persekolahan anak-anak. Murid-murid yang layak menerima bantuan Awal Persekolahan 2019 akan mendapat bantuan sebanyak RM100 bagi setiap murid.

5.Lain-Lain Bantuan Kewangan

  • Zakat/Yayasan

Agihan zakat juga turut diberikan kepada lapan golongan asnaf di setiap negeri. Permohonan bantuan kewangan dan skim bantuan juga boleh dilakukan di setiap Lembaga Zakat atau Majlis Agama negeri-negeri seperti MAIWP, LZS, MAIPs, LZNK, ZPP, ZakatNP, MAIM, MAIJ, YP, MAIDAM, MAIK, MUIS, TBS.

  • Pengumpulan Dana (Crowdfunding)

Banyak lagi bantuan yang telah diberikan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan kewangan. Tidak lupa juga akan beberapa inisiatif dan usaha daripada platform lain yang turut menyediakan bantuan kewangan bagi mereka yang mencari keperluan dana seperti Airtripp Funding di mana platform ini sentiasa bersedia untuk anda dalam membantu bersama mencari bantuan kewangan melalui kaedah Pengumpulan Dana (crowdfunding) yang telah dibincangkan dalam posting yang lepas. Pengumpulan dana ini boleh dijalankan kepada sesiapa sahaja daripada setiap kelompok masyarakat tanpa pengecualian untuk mendapatkan bantuan dana seperti dana rawatan, yuran pengajian dan sebagainya seperti yang telah dibincangkan di  dalam artikel sebelum ini.

Semoga segala senarai bantuan kewangan ini dapat membantu mereka yang memerlukan bantuan serta memberi manfaat kepada pembaca untuk berkongsi bersama rakan-rakan yang mungkin memperoleh manfaat daripadanya.

Comments
Comments are closed.