Faedah & Manfaat Menjalankan Crowdfunding

Seperti yang kita sedia maklum, crowdfunding adalah pengumpulan dana secara atas talian kepada orang ramai yang dijalankan oleh individu atau satu kumpulan yang mahu menjalankan projek tertentu. Ia merupakan salah satu kaedah yang sangat efektif untuk mendapatkan dana dengan mudah bagi memulai sesuatu projek. Jika diikutkan, banyak faedah crowdfunding ini, iaitu:

1. Mempermudahkan sesuatu pihak untuk mendapatkan dana bagi menjalankan projek

Hal ini kerana crowdfunding hanya dilakukan secara atas talian. Ia memudahkan bagi kedua-dua pihak untuk menderma dan mendapatkan dana.

2. Dapat feedback daripada pelanggan mengenai produk yang kita ingin jalankan

Selain mendapatkan modal bagi sesuatu produk yang dijalankan daripada kaedah crowdfunding, pihak yang ingin menjalankan business tersebut pasti dapat feedback daripada pelanggan yang mungkin boleh diperbaharui atau dipertingkatkan lagi mengenai produk yang mahu mereka jalankan.

3. Membantu mereka yang memerlukan

Platform crowdfunding sebegini sangat bagus dan sesuai digunakan bagi mendapatkan dana membantu mereka yang memerlukan seperti mendapatkan kos rawatan, membayar yuran pengajian yang terlalu tinggi, membantu masyarakat yang ditimpa kemalangan dan sebagainya.

4. Dapat mengakses dan memberi kesedaran akan projek anda kepada orang ramai dengan lebih mudah dan luas

Terdapat platform yang dapat membantu anda untuk memudahkan projek yang hendak anda jalankan sampai kepada pihak global seperti airtripp funding, di mana semua orang boleh membantu anda dalam menjayaka n projek dengan mendapatkan dana melalui crowdfunding

5. Lebih efisien

Apabila anda telah menjalankan crowdfunding, ini menunjukan bahawa anda betul-betul serius untuk menjalankan sesebuah projek, malah projek anda akan berjalan dengan lebih efisien.

Jadi, tunggu apa lagi. Crowdfunding merupakan platform yang sangat bagus digunakan untuk membuat pengumpulan dana kepada orang ramai dengan lebih mudah secara atas talian.

Comments
Comments are closed.