Cara Untuk Mendapatkan Dana Event Selain Meminta Sponsorship

Pasti banyak event yang telah dijalankan di sekolah mahupun kampus seperti event larian, talk, kemasyarakatan, kemanusiaan,  konsert dan banyak lagi. Akan tetapi, event sebegini memerlukan modal yang banyak. Memang tidak dinafikan bahawa event yang dijalankan di sekolah mahupun universiti akan dapat peruntukan daripada mereka, akan tetapi pihak universiti atau sekolah tidak semesetinya  akan memberi peruntukan sepenuhnya kepada pelajar.

Jadi, para pelajar secara tidak langsung perlu mencari alternatif lain untuk mendapatkan dana bagi menjalankan event mereka. Untuk mendapatkan sebarang sponsorship, ia agak leceh dijalankan kerana banyak prosuder yang perlu diikuti. Jadi, kami akan berkongsikan beberapa cara yang mungkin para pelajar boleh gunakan untuk mendapatkan dana event selain meminta sponsorship.

1.Membuat aktiviti jualan

Aktiviti jualan dapat membantu para pelajar mendapatkan dana event yang hendak mereka jalankan. Antara jualan yang boleh pelajar lakukan adalah seperti jualan makanan, baju, accecories di mana ia boleh dijalankan di gerai, booth kecil mahupun media sosial. Bagi mendapatkan jumlah pulangan dana event yang banyak, pelajar disarankan untuk menjalankan aktiviti pada hari yang bermusim di sekolah ataupun di universiti seperti hari guru, karnival keusahawanan dan sebagainya. Jadi, jangan lepaskan peluang sebegini kerana aktiviti jualan pasti mendapat pulangan modal yang lumayan.

2.Runner

Perkhidmatan runner mungkin memerlukan banyak tenaga kerana anda perlu bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Akan tetapi, perkhimatan runner sebegini secara tidak langsung dapat menyumbangkan kepada dana eventl daripada hasil upah runner yang dijalankan.

3.Pertandingan

Mengadakan pertandingan juga boleh mendapatkan pulangan dana event yang berkesan.Banyak pertandingan yang boleh dijalankan di universiti atau sekolah seperti pertandingan melukis, sukan dan sebagainya.

4.Preloved Item

Pelajar juga boleh mendapatkan dana melalui jualan preloved item dengan mengumpul barang-barang terpakai yang masih elok dan layak dijual seperti baju, buku dan sebagainya. Aktiviti tersebut bukan sahaja boleh dijalankan di sekolah atau kampus, malahan boleh juga dijalankan di mana-mana.

5.Crowdfunding

Crowdfunding juga boleh dijalankan untuk mendapatkan dana tambahan untuk menjalankan event! Anda hanya perlu  memuat naik gambar dan rancangan event yang hendak anda jalankan di platform crowdfunding lalu menularkan kepada kenalan-kenalan anda di laman sosial untuk mendapatkan sokongan dana tambahan event yang hendak dijalankan.

Comments
Comments are closed.