Cara Nak Mendapatkan Duit Untuk Belajar Ke Luar Negara

Belajar di luar negara adalah pengalaman yang paling berharga bagi pelajar kolej. Selain dapat meningkatkan pembelajaran akademik, belajar di luar negara juga dapat memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka dunia. Malah, pelajar juga dapat berkenalan dengan kawan-kawan baru dari seluruh pelusuk dunia yang berbeza budaya, bahasa dan pelbagai latar belakang. Belajar di luar negara ini juga merupakan satu bonus kepada pelajar untuk meletakkan pengalaman tersebut di resume. Jadi, tidak hairanlah jika terdapat ramai pelajar yang merebutkan peluang ini untuk belajar ke luar negara.

Walaubagaimanapun, pengalaman sebegini bukanlah murah. Kos pembelajaran di luar negara sahaja memerlukan perbelanjaan yang banyak melainkan jika anda berasal daripada keluarga yang kaya dan mampu untuk menanggung perbelanjaan pembelajaran di luar negara sendirian. Walaubagaimanapun, ramai pelajar yang mempunyai kemahiran akademik mempunyai masalah untuk belajar ke luar negara. Jadi apa yang perlu anda lakukan? Bagaimana nak dapatkan duit untuk belajar ke luar negara? Berikut adalah beberapa tips terbaik untuk mendapatkan duit bagi merebut peluang ini untuk belajar ke luar negara. Mari kita lihat beberapa cara  dalam artikel ini yang mana mungkin boleh membantu anda mencapai impian untuk belajar ke luar negara!

Biasiswa

Terdapat banyak syarikat di luar sana yang menawarkan biasiswa kepada pelajar yang ingin belajar ke luar negara. Pertama sekali, anda perlu membuat senarai biasiswa-biasiswa terkini yang ditawarkan oleh universiti mahupun kolej swasta. Maklumat ini mudah sahaja didapati di Google. Selepas itu, dapatkan butiran mengenai tahap pengajian, jumlah bayaran, tarikh akhir permohonan biasiswa dan sebagainya. Selepas anda memohon biasiswa, anda mungkin dipilih dalam proses pemilihan termasuklah menghadapi temu duga permohonan biasiswa. Sudah tentu, halangan terbesar untuk memperoleh kelakayan biasiswa adalah mendapatkan gred yang memenuhi syarat biasiswa yang sebenar. Ingatkah anda akan nasihat cikgu di sekolah dahulu untuk belajar dengan lebih rajin? anda mungkin berpeluang untuk memperoleh biasiswa tersebut jika anda mendengar nasihat tersebut!

Pinjaman Pelajaran

Jika anda tidak berpeluang untuk memperoleh biasiswa, pilihan lain yang mungkin anda boleh gunakan untuk dapatkan duit untuk belajar ke luar negara adalah dengan membuat pinjaman pendidikan untuk belajar ke luar negara. Walaubagaimanapun, seperti mana yang disebutkan sebagai pinjaman, sudah tentu ia merupakan salah satu risiko untuk menanggung beban membayar semula. Jika anda ingin membuat keputusan untuk memohon pinjaman pendidikan, anda perlu memilih dengan bijak dari mana-mana agensi lain yang menawarkan pinjaman pendidikan. Tetapi ia tidak menjadi masalah kepada anda jika anda tahu bagaimana untuk menguruskan kewangan anda dengan baik seperti yuran pendidikan, perbelanjaan perumahan dan perbelanjaan sebagainya. Tips kepada mereka yang ingin memohon pinjaman pendidikan adalah membaca terma dan syarat terlebih dahulu dengan berhati-hati untuk mengelakkan perkara yang tidak dijangkakan di masa hadapan. Akhir sekali, jangan lupa untuk bayar semula pinjaman tersebut selepas graduasi.

Kerja Sambilan

Jika anda tidak mahu stress terhadap hutang yang terlalu banyak atau anda tidak mampu untuk memohon pinjaman, anda boleh membuat duit dengan melakukan kerja sambilan. Dengan kemajuan teknologi kini mudah sahaja untuk mencari kerja sambilan kerana terdapat banyak aplikasi yang menyediakan kerja separuh masa. Anda boleh membuat pilihan sama ada untuk bekerja di kawasan sekitar anda ataupun hanya bekerja online di rumah. Lokasi tempat kerja, kekosongan dan gaji semuanya telah ditulis dalam permohonan tersebut. Anda juga boleh mencari kerja yang bersesuaian dengan kemahiran dan minat anda. Ia mungkin mengambil masa dan tenaga untuk mendapatkan duit untuk belajar ke luar negara, akan tetapi ia serba sedikit dapat membantu anda menjana pendapatan sampingan untuk belajar ke luar negara. Bukan itu sahaja, malah anda juga dapat menambahkan pengalaman di masa hadapan untuk memohon pekerjaan.

Crowdfunding

Akhir sekali, apabila semua cara di atas tidak berjaya, anda boleh meminta sokongan dan pertolongan daripada orang ramai. Cara yang lebih baik untuk meminta bantuan orang ramai adalah dengan melalui platform Crowdfunding! Crowdfunding adalah istilah gabungan antara dua perkataan iaitu ‘pengumpulan’ dan ‘pendanaan’, di mana platform ini membolehkan individu atau sekumpulan orang ramai meminta bantuan dengan hanya melalui internet untuk menjalankan projek atau mencapai impian anda dengan membenarkan sumbangan berbentuk dana dari individu lain yang bersedia untuk membantu. Anda boleh menggunakan kaedah crowdfunding ini untuk mengumpul dana bagi merialisasikan impian anda untuk belajar ke luar negara. Anda hanya perlu memastikan bahawa anda mempunyai sebab yang kukuh untuk membuat orang ramai tertarik untuk menyokong dan memberi sumbangan untuk mencapai impian anda belajar ke luar negara. Hal ini kerana, orang ramai tidak akan menolong anda hanya jika anda malas untuk mencari duit membayar yuran pembelajaran. Tetapi ingat, beberapa platform crowdfunding hanya boleh digunakan di beberapa buah negara tertentu sahaja. Jadi, anda perlulah membuat kajian secara menyeluruh terlebih dahulu platform crowdfunding mana yang bersesuaian untuk anda jalankan.

Comments
Comments are closed.