Cara menggunakan Internet untuk kebaikan

Kita semua tahu bahawa Internet ialah satu alat yang tidak boleh dipisahkan, terutamanya dikalangan otang muda seperti pelajar universiti atau sekolah. Namun begitu, bagaimana untuk gunakan platform ini dengan sebaiknya? Di sini kami bincangkan beberapa cara nak menggunakan internet dengan mudah dan efektif

  • Pembelajaran

Apakah laman pertama yang anda akan lihat apabila anda bukakan internet? Pastinya search engine seperti google! Jadikan tabiat untuk segera men “google” apa-apa informasi yang anda ingin tahu, tidak kira ketika sedang belajar ataupun apabila sedang berbicara dengan teman-teman. Sekarang dengan smartphone masing-masing, tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak boleh belajar tentang apa-apa topik!

  • Perniagaan

Satu lagi imej yang kita boleh gambarkan tentang internet ialah connection di antara semua pengguna internet itu sendiri. Dan di dalam connection internet itu sendiri ada peluang untuk perniagaan! Bayangkan perniagaan dimana anda boleh menjumpa pelanggan-pelanggan hanya dengan beberapa sentuhan di smartphone anda! Bukan sahaja laman perniagaan seperti Lazada dan Alibaba, tetapi juga bentuk perniagaan yang lain seperti pelaburan atau crowdfunding!

  • Perhubungan

Dengan connection itu juga, platform ini bermaksud anda boleh menghubungi teman-teman yang sudah lama tidak menghubungi, dan juga mencari teman-teman baru yang tidak boleh anda hubungi dengan cara traditional. Dengan internet, halangan sempadan negara dan juga bahasa bukan lagi alasan untuk anda tidak berkomunikasi dengan orang-orang asing!

Seperti semua benda di alam ini, setiap benda ada keburukannya dan juga kebaikannya. Apa yang kita sebagai insan yang boleh berfikir ialah untuk tidak fokus kepada keburukan sesuatu itu dan fokus kepada kelebihan kepada sesuatu produk atau platform!

Comments
Comments are closed.