Scholarship VS Crowdfunding

Biasiswa vs Crowdfunding: Bantuan Kewangan Pelajar

Pernah tidak anda mengimpikan untuk menyambung pelajaran anda di universiti yang anda mahukan selama ini? Atau pernah tidak anda berhasrat untuk menyambung pelajaran anda di luar negara? Jika pernah, sudah pasti halangan utama anda untuk mencapai hasrat menyambung pelajaran ke luar negara adalah masalah kewangan pelajaran. Dengan memperoleh bantuan kewangan sahaja dapat membantu serta memudahkan seseorang pelajar itu mencapai impian yang diidamkannya selama ini untuk menyambung pelajaran mereka ke luar negara. Tapi, macam mana nak dapatkan bantuan kewangan pelajaran? Terdapat dua langkah menarik di artikel ini untuk mendapatkan bantuan kewangan pelajaran, iaitu:

Biasiswa

Anda boleh mendapatkan bantuan kewangan pelajar melalui biasiswa. Dengan kemajuan teknologi terkini,senang sahaja nak dapatkan maklumat informasi biasiswa terbaru. Semuanya di hujung jari sahaja. Banyak laman web yang menyediakan senarai permohonan biasiswa terkini. Tapi, anda perlu sentiasa update mengenai biasiswa yang masih ditawarkan dalam tempoh permohonan. Tidak rugi sama sekali jika anda membuat banyak permohonan biasiswa kerana tiada langsung bayaran dikenakan untuk memohon biasiswa. Tetapi, banyak persaingannya jika anda memohon biasiswa. Peluang anda untuk mendapatkan biasiswa sangat cerah dan mudah jika anda mempunyai keputusan yang cemerlang seterusnya melepasi ujian temu duga. Anda perlu melakukan yang terbaik untuk bersaing dengan orang lain untuk mendapatkan biasiswa.

Crowdfunding

Jangan bersedih jika anda tidak berjaya untuk mendapatkan biasiswa kerana crowdfunding juga dapat membantu anda untuk mendapatkan bantuan pelajaran. Anda boleh mendapatkan sokongan daripada orang ramai melalui crowdfunding. Bagi sesiapa yang tidak pernah tahu mengenai crowdfunding, ia merupakan istilah gabungan daripada perkataan “pengumpulan orang ramai” dan “pendanaan”, dan ia adalah platform di mana melalui sambungan internet, ia membolehkan individu atau sekumpulan mereka meminta bantuan atau untuk mencapai impian dengan mendapatkan sumbangan berbentuk dana dari individu lain yang mahu membantu. Anda boleh menggunakan crowdfunding ini untuk merialisasikan impian anda untuk menyambung pelajaran ke luar negara. Bagaimana nak buat crowdfunding? Banyak platform di internet yang menyediakan kaedah crowdfunding. Setiap platform itu mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang berbeza. Anda perlu mengkaji terlebih dahulu dan seterusnya membuat pilihan yang tepat untuk menggunakan crowdfunding.

Comments
Comments are closed.