Bantuan kewangan ketika susah

Sebagai seorang pelajar, ada kemungkinan untuk anda untuk menghadapi masalah kewangan. Sekiranya anda dari keluarga yang mampu, anda mungkin tidak pernah atau akan lalui pengalaman seperti ini, namun untuk orang lain, apakah yang boleh dibuat? Adakah bantuan dari segi kewangan yang anda boleh cari?

Ada banyak cara yang boleh anda buat untuk mendapatkan bantuan kewangan sebenarnya, anda boleh cuba menghubungi pihak Zakat, cuba mengambil pinjaman pelajar, dan lain-lain. Akan tetapi, di artikel ini kami akan perkenalkan kaedah yang baru: Crowdfunding!

Apa itu Crowdfunding? Definisinya boleh disimpulkan dengan maksud dua perkataan dalam terma crowdfunding itu sendiri, Crowd (orang ramai) dan Funding (pembiayaan). Seperti yang pembaca boleh agak, maksud terma ialah pembiayaan dari orang ramai untuk seseorang individu atau kumpulan, dengan menggunakan platform internet.

Namun apa kelebihannya? Apa dimeritnya? Kelebihan terbesar crowdfunding ialah anda boleh mulakan projek crowdfunding dengan percuma, bergantung jika anda rajin mencari platform yang sesuai. Platform seperti Airfunding tidak mengenakan satu caj pon kepada individu yang memulakan projek. Tambahan pula, crowdfunding pada asasnya bukan satu pinjaman, oleh itu tuan projek tidak ada apa-apa ikatan kepada semua yang memberi bantuan.

Namun begitu, seperti ada pasang dan surutnya lautan, crowdfunding juga ada dimeritnya. Dimerit yang paling nyata tentang crowdfunding ialah, akhir sekali kejayaan sesuatu projek amat bergantung kepada betapa bersungguh-sungguh pemilik projek menjayakan projek sendiri. Pemilik projek harus rajin mengkongsikan tentang projeknya kepada teman dan ahli keluarga, dan juga bijak mencipta projek yang menarik perhatian orang lain untuk simpati dan beri bantuan.

Suka untuk kami sampaikan bahawa untuk mencipta projek crowdfunding yang berjaya tidak mustahil. Anda tidak harus lupakan hasrat untuk sambung pelajaran, apa kata anda cuba gunakan plaftorm crowdfunding untuk masa depan anda.

Comments
Comments are closed.