Apakah itu Crowdfunding?

Crowdfunding adalah terma hasil gabungan perkataan “crowd” (orang ramai) dan “funding” (pembiayaan), dan ia adalah juga satu platform di mana dengan menggunakan perhubungan internet, individu atau sekumpulan orang meminta bantuan untuk mencapai impian atau matlamat mereka melalui bantuan kewangan dari individu lain yang boleh dan mahu membantu.

Platform ini menyediakan peluang kepada projek berskala kecil seperti bil perubatan orang tersayang atau teman, melancong ke negara idaman, ataupun bayaran belajar di luar negara sehinggalah projek skala besar seperti bantuan kewangan untuk negara yang sedang membangun, kemajuan sesuatu produk, atau terbitan karya seni dan boleh melibatkan dana dari 100 dolar sehingga ratusan ribu dolar.

Ada 4 jenis crowdfunding:

  1. Donation-type (Derma): Semua dana yang diberi akan di derma kepada pemilik projek, dan penyumbang tidak mendapat pulangan.
  2. Equity-type (Ekuiti): Penyumbang akan dapat pulangan dalam bentuk faedah dari projek yang disokong, seperti pelaburan.
  3. Debt-type (Pinjaman): Penyumbang akan dapat pulangan dalam bentuk bunga dari dana yang telah didermakan kepada pemilik projek
  4. Reward-type (Ganjaran): Penyumbang akan dapat pulangan dalam bentuk servis atau produk dari pemilik projek
  • Pasaran crowdfunding yang sedang berkembang

Melalui anggaran bank dunia, pasaran crowdfunding yang pada tahun 2015 bernilai dalam anggaran 34.4 bilion dolar akan berkembang sehingga 90 bilion dolar menjelang tahun 2020.

  • Kelebihan crowdfunding

Crowdfunding membolehkan pembiayaan secara meluas, maka lebih senang dari segi kewangan untuk sesuatu individu untuk mencapai impian atau sasaran yang telah ditetapkan.
Sebagai contoh, dengan platform ini, lagi senang untuk menerima bantuan dari individu yang kita tidak kenal, tapi berhasrat untuk membantu.
Untuk jenis crowdfunding Debt dan Equity, individu yang ingin membuat bisnes yang tidak ada modal untuk berniaga juga boleh lagi senang mengumpul pelabur untuk memulakan bisnes.