Alternatif Untuk Melanjutkan Pengajian / Memerlukan bantuan pendidikan biasiwa tetapi susah nak dapat?

Adakah anda pernah membuat permohonan sebelum ini untuk mendapatkan tajaan biasiswa? Atau mungkinkah ada sebahagian daripada anda sangat memerlukan biasiswa ataupun masih menunggu-nunggu respond permohonan tawaran biasiswa tersebut? Untuk pengetahuan anda, cara untuk mendapatkan biasiswa ini agak susah kerana persaingan kini semakin sengit di kalagan pelajar dari segi pencapaian akademik yang cemerlang. Tetapi, takkan anda mahu berputus asa begitu sahaja apabila mendapati bahawa anda tidak layak untuk mendapat tajaan biasiswa sedangkan terdapat alternatif lain untuk memperoleh bantuan pendidikan. Jadi di sini, kami akan berkongsikan tips bagaimana untuk mendapatkan bantuan kewangan pendidikan bagi melanjutkan pengajian ke tahap yang lebih tinggi.

Pelajar susah hendak mendapatkan tajaan biasiswa untuk melanjutkan pengajian di Universti dalam Malaysia dan Luar negara

Berapa banyak permohonankah yang pernah anda lakukan? Jika hanya sekadar satu, dua permohonan tajaan biasiswa sahaja lalu mengimpikannya untuk dapat tawaran tersebut, Memang tidak hairanlah jikalau anda tidak berjaya perolehi biasiswa tersebut. Hal ini kerana, untuk mendapatkan tajaan biasiswa tersebut sangatlah susah. Persaingan kini terlalu ramai. Hanya pelajar cemerlang yang bertuah sahaja berjaya mendapatkan tajaann biasiswa. Pelajar perlu bersedia mencari inisiatif lain bagaimana nak dapatkan bantuan kewangan pelajaran di universiti dalam Malaysia mahupun luar negara.

Kenapa para pelajar perlukan tajaan biasiswa dalam melanjutkan pelajaran ke Universiti dalam Malaysia mahupun luar negara

Bagi pelajar yang berpendapatan rendah, mereka sangat-sangat perlukan biasiswa ini. Mereka berkemungkinan mempunyai peluang yang besar untuk mendapatkan tajaan biasiswa tetapi dengan syarat, pelajar tersebut haruslah berusaha dan bersaing dengan calon-calon lain dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan tajaan biasiswa tersebut. Menariknya mengenai biasiswa ini sehinggakan para pelajar merebutkan peluang untuk mendapatkan tajaan biasiswa adalah kerana biasiswa dapat menanggung segala perbelanjaan sepanjang pengajian di univeristi di dalam Malaysia mahupun luar negara. Selain itu, kenapa para pelajar ini perlukan biasiswa adalah kerana biasiswa ini tidak sama dengan pinjaman, di mana para pelajar tidak perlu bayar balik segala perbelanjaan pendidikan tersebut. Jadi, para pelajar mestilah menggunakan wang tajaan biasiswa tersebut dengan sebaiknya supaya duit tersebut dapat digunakan untuk keperluan pembelajaran.

Alternatif untuk mendapatkan bantuan pendidikan selain biasiswa untuk melanjutkan pengajian ke univerisiti dalam Malaysia dan luar negara

Pasti sudah banyak permohonan tajaan biasiswa dari masa ke semasa yang sudah anda lakukan, akan tetapi sehingga kini masih tidak mendapat sebarang respond tawaran tajaan biasiswa yang anda pohon. Janganlah berputus asa kerana terdapat alternatif lain bagi para pelajar untuk mendapatkan bantuan kewangan pendidikan yang mungkin jarang sekali rakyat Malaysia ini sedari iaitu Crowdfunding. Crowdfunding adalah platform di mana melalui sambungan internet, ia membolehkan individu atau sekumpulan mereka meminta bantuan atau untuk mencapai impian dengan mendapatkan sumbangan dana dari individu lain yang mahu membantu. Pendek kata, ia adalah sumbangan dana daripada orang ramai secara online. Anda boleh menggunakan crowdfunding dengan meminta sokongan dan bantuan dana daripada orang ramai untuk meneruskan cita-cita anda melanjutkan pengajian ke tahap yang lebih tinggi.

Antara salah satu platform yang selamat dan mendapat sambutan orang ramai ialah Airtripp Funding di mana Airtripp Funding ini telah menyediakan pengumpulan dana secara online kepada orang ramai dengan mudah. Jadi, tunggu apa lagi? Anda boleh mencubakan crowdfunding di Airtripp Funding untuk mencapai impian anda. Jadi, jangan lupa kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan anda di Facebook, Whatsapp, Instagram dan Twitter yang mungkin memperoleh manfaat daripadanya.

Comments
Comments are closed.