10 Tips Pengumpulan Dana (Crowdfunding)

Bagaimana mahu mendapatkan dana hanya dengan melalui crowdfunding? Di sini kami akan berkongsikan beberapa tips pengumpulan dana yang boleh anda jalankan. Nak dapatkan jumlah dana yang banyak pasti ada cabarannya. Jika anda betul-betul laksanakan tips pengumpulan dana yang akan kami kongsikan di bawah, anda berkemungkinan besar berjaya memperoleh dana tersebut hanya melalui Pengumpulan Dana atau lebih dikenali sebagai Crowdfunding.

Tips 1: Buat kajian yang sepatutnya

Terdapat banyak laman web platform pengumpulan dana (crowdfunding) melalui online di internet. Walaubagaimanapun, setiap platform pengumpulan dana tersebut mempunyai ciri-ciri istimewa yang tersendiri. Anda mestilah membuat kajian terlebih dahulu yang mana bersesuain dengan projek anda. Adakah berbentuk dana peribadi, business ataupun projek penyelidikan untuk anda meneruskan hasrat, impian mahupun projek anda di platform tersebut.

Tips 2: Mulakan projek anda dengan segera

Membuat pengumpulan dana ini kadang kala ia mengambil masa mengikut usaha anda dalam menularkan projek anda kepada orang ramai. Kita tidak dapat jangkakan berapa banyak dan bilakah penyumbang mahu menghulurkan dana bagi projek yang hendak anda jalankan. Jadi, anda mestilah mempunyai sasaran tempoh serta jumlah dana yang ingin dicapai untuk memenuhi hasrat projek anda. Masa adalah segala-galanya. Sebaiknya, kami mencadangkan kepada anda untuk menjalankan pengumpulan dana bagi projek anda dengan lebih awal. Hal ini kerana, kebarangkalian dana bagi projek anda mungkin dapat mencapai target yang diperlukan  jika dibuat dalam tempoh segera.

Tips 3: Meletakkan informasi dengan jelas

Dalam membuat pengumpulan dana, anda mestilah berkongsikan kepada orang ramai bahawa  kenapa anda memerlukan dana tersebut dengan jelas sekali. Dari segi tujuan, objektif serta segala matlamat bagi projek yang anda mahu jalankan. Tambahan pula, segala latar belakang dan maklumat asas seperi siapa yang hendak anda sumbangkan, projek apa yang hendak dijalankan dan sebagainya mestilah jelas  supaya orang ramai dapat maklum akan pembutuhan dana yang diperlukan bagi projek anda. Malah, informasi yang jelas juga dapat meyakinkan orang ramai untuk memberi sokongan dan sumbangan dana bagi projek yang hendak anda jalankan. Jadi,informasi mestilah diletakkan dengan jelas dalam platform pengumpulan dana yang disediakan bagi meyakini hasrat atau program anda kepada orang ramai.

Tips 4 : Menulis isi projek dengan baik

Untuk menarik perhatian serta memberi keyakinan kepada orang ramai untuk memberi sumbangan dana bagi projek anda, kami mencadangkan anda untuk menulis isi projek  yang dapat menarik perhatian serta memberi impak kepada orang ramai untuk membaca lalu memberi sumbangan dana. Jadi, anda mestilah membuat jalan penceritaan serta format penulisan yang baik untuk menarik orang ramai dalam pengumpulan dana projek yang hendak anda jalankan.

Tips 5: Jelaskan Penggunaan dan Pengaliran Dana

Kebarangkalian projek anda dalam pengumpulan dana di  platform tersebut tidak akan mendapat sambutan jika penjelasan bagi dana projek yang anda butuhkan samar-samar sama sekali. Jadi, lebih  spesifik dan jelasnya pengaliran dana yang hendak akan anda gunakan, lebih baik! Dengan itu, lebih baik anda meletakkan jumlah dana yang diperlukan dengan lebih jelas dan terperinci.

Tips 6 : Meletakkan Bukti yang Kukuh

Bagi meyakinkan orang ramai untuk menyokong projek pengumpulan dana dalam platfrom tersebut, anda digalakkan untuk meletakkan segala bukti yang kukuh seperti gambar dan video agar si pembaca dapat menarik minat untuk menghulurkan sumbangan dana dalam pengumpulan projek anda di platform tersebut.

Tips 7: Memperluaskan Jaringan

Bagi menarik orang ramai dalam pengumpulan dana bagi projek anda, seharusnya anda memperluaskan jaringan projek platform tersebut kepada orang ramai melalui kuasa viral. Anda mestilah share projek tersebut kepada kenalan-kenalan anda mahupun orang ramai di internet bagi memberi kesedaran kepada orang ramai akan projek yang hendak anda jalankan. Lebih bagus jika anda mempunyai sasaran kepada siapa yang perlu untuk diminta sumbangan. Paling utama sekali ialah di mana anda seharusnya mendekati media sosial bagi memudahkan segala maklumat sampai kepada orang ramai.

Tips 8: Sentiasa Mengemas Kini

Anda mestilah sentiasa membuat pengemas kini bagi perkembangan projek yang hendak anda jalankan kepada penyumbang. Malah membuat pengemas kini juga dapat memaklumkan kepada penyumbang bahawa anda betul-betul serius dalam pembikinan projek yang hendak anda jalankan.

Tips 9: Berhubung Dengan Penyumbang

Anda mestilah sentiasa berhubung serta berkomunikasi  dengan penyumbang sehinggalah tempoh projek anda tamat supaya mereka dapat mengetahui perjalanan serta perkembangan projek anda dari masa ke semasa lalu  dapat menguatkan hubungan jalin diantara anda dengan penyumbang.

Tips 10 : Usaha dan Sabar

Pengumpulan dana kadang kala mengambil masa. Jadi, bersabarlah dan janganlah berhenti usaha dalam pengumpulan dana bagi projek yang hendak anda jalankan. Teruskanlah berkongsikan kepada orang ramai di media sosial bagi pengumpulan dana akan projek anda.

Perlu diingatkan bahawa, jika tempoh projek anda tamat dan berjaya memperoleh dana yang dibutuhkan selepas menggunakan tips tersebut, kami mengingatkan anda untuk memenuhi hasrat, impian mahupun projek anda dengan baik.

Comments
Comments are closed.